Lirik lagu PULANG TIDAK DINANTI LAGI • Fadzli Far East ft. Airys Khadeeja

 



Berlainan benar jalan pulang kali ini

Pulang sekali ini sudah tidak dinanti lagi

Tiada lagi deringan phone 30 minit sekali

Tidak ada juga pesanan mohon aku berhati-hati

Rindu pada yang menungguku di depan jerigi pintu

Rindu pada keluh kesah risaumu

Diulang tanya sudah di mana?

Di mana kamu anakku?

Tinggal lagi berapa batu?

Tinggal lagi berapa batu?

Tidak bisa engkau sembunyikan

Gembira di balik wajah tuamu

"Kerana kamu anakku, mak masak ini dan itu"

Abah masih sama sejak dulu

Diam memerhati, gembiranya simpan di hati

Sakitnya kamu tahu

Bila pulang sudah tidak di nanti lagi

Empat nisan yang menunggu

Tanda tiada lagi makna Hari Rayaku



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top