Lirik lagu Cinta Pada Pencipta - Fiq7

 




Intro

Mencari cinta yang pasti

Kesali hati yang ku cemari


Verse 1

Cinta diatas cinta

Cinta aku padaNya

Lemaskan aku dalam

Cinta pada Maha Esa


Taknak lemas duniawi

Bantu hambaMu ini

Nikmat yang Kau beri

Sampai harini ku syukuri


Ku langkah kaki ini

Bertempur di dunia

Andai rebahku

Ku yakin Kau ada setiap masa


Jangan leka kan aku

Sedarkan ni sementara

Yang jatuh pasti bangkit

Itu lumrah manusia


Tapi tatkala diri mulai kembali jahil

Halal dan haram

Tak nampak tu alasan mustahil

Dahi dah mula kurang sujud

Persoal kan sakit

Andai mata hati ku celik

Tak jadi yang pelik


Selalu persoal

Apa doa ku tak dilangit

Selalu bertanya

Bilakah hilang rasa sakit


Dan ku mula sedar

Kenapa benda ni berlaku

Akibat jauh dengan Tuhan

Tu punca selalu


Chorus

Tak sanggup kehilangan arah

Dari cahayaMu Tuhan

Aku rela berkorban

Kuberikan harapan


Ku tak mampu

Hilang arah

Dari rahmatMu Tuhan

Sumpah ku mahu betulkan

Apa yang dah ku salah


Verse 2

Janji manusia ku pegang

Akhirnya ku derita

Cinta manusia ku kejar

Akhirnya ku kecewa


Cinta padaNya ku cinta

Akhirnya kan sempurna

Semua dah dijanji

Tapi dulu ku terleka


Namun kini tetapkan tujuan aku

Ya Robbi

Ya Muhaimin

Ya Alim

Ya Sami’

Ya Basit


Rahsia dalam rahsia

Takdir Kau ku terima

Andai jatuh 10 kali

Kalini percaya


Yang Kau ada ngan aku

Bila ku jatuh dunia

Yang Kau dengar masalahku

Tak kira apa masa


Hanya Kau yang boleh

Bolak balik hati manusia

Cukup ku senyum

Itu tanda aku bahagia


Wahai hati yang selama ini aku dambai

Bukan ku dah takda hati

Hanya kejap ku pergi


Biar lah takdir

Yang akan pertemukan semula

Jika jodoh dah tertulis

Tu lah sebaik cinta


Chorus

Tak sanggup kehilangan arah

Dari cahayaMu Tuhan

Aku rela berkorban

Kuberikan harapan


Ku tak mampu

Hilang arah

Dari rahmatMu Tuhan

Sumpah ku mahu betulkan

Apa yang dah ku salah

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top