![]() |
| Photo |
Persembahan Siti Nordiana di final All Stars Gegar Vaganza 2023
Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Keputusan itu sekali gus telah menafikan kedudukan tujuh pesaing terdekatnya.
Persembahan mantap Jaclyn menerusi lagu When You Believe dan Sandarkan pada kenangan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Tahniah diucapkan.
Lagu konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (akhir - 2023)
Akhirnya tiba sudah di peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) 2023 (Gegar Vaganza musim sepuluh final).
Bintang GV yang berjaya adalah seramai 8 orang (5 juara GV) dan 3 bintang daripada Hot Seats.
Mereka ialah Juara daripada musim masing-masing iaitu - Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Jaclyn Victor (GV9) serta Bintang Hot Seats iaitu Liza Hanim (GV4), Nikki Palikat (GV8) dan Tomok (GV9).
Juri tetap pula terdiri daripada Dato' Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Dato' Syafinaz Selamat. Manakala pengacara musim kali ini masih kekal Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Berikut adalah lagu-lagu yang bakal dipersembahkan di peringkat akhir.
LAGU SOLO BINTANG ALL STARS GEGAR VAGANZA
Lagu Duet finalis All Starts Gegar Vaganza 2023
- Naqiu & Cakra Khan - Kekasih Bayangan
- Hady Mirza & Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta
- Siti Nordiana & Ifan Seventeen - Kelmarin
- Azharina & Dato' Ramli Sarip - Kamelia
- Nikki Palikat & Zainal Abidin - Ikhlas Tapi Jauh
- Tomok & Armand Maulana - Terbang
- Jaclyn Victor & Jamal Abdillah - Sandarkan Pada Kenangan
- Liza Hanim & Aina Abdul - Terus Hidup
Lagu battle ASGV Akhir:
Kill This Love - Black Pink
- Jac, Tomok, Liza, Nana
Sorry, Sorry - Super Junior
- Naqiu, Nikki, Azharina, Hady
Senarai perserta All Stars Gegar Vaganza 10 (GV All Stars 2023)
Gegar Vaganza 10
1. Ayai Ilusi (Juara GV1)
2. Siti Nordiana (Juara GV2)
3. Azharina (Juara GV3)
4. Datuk Aishah (Juara GV4)
5. Noryn Aziz (Juara GV5)
6. Hady Mirza (Juara GV6)
7. Naqiu (Juara GV6)
8. Cliff Umar (Juara GV7)
9. Aliff Aziz (Juara GV8)
10. Jaclyn Victor (Juara GV9)
5 lagi hot seats pilihan penonton. Boleh undi di - https://voting.astro.com.my/gegarvaganza-hotseat
Barisan juri masih diketuai Dato' Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.



















