Showing posts with label Amir Ahnaf. Show all posts
Showing posts with label Amir Ahnaf. Show all posts


    


   

Assalamualaikum, kami datang nak beraya ni


Jom jom jom jom jom


Selamat hari raya dan selamat hari kita

Duit raya diminta, duit hantaran pun boleh juga

Bersalam bermaafan, berpasangan sama colour

Jangan buat andaian, eh dah lah jom kita beraya


Jom jom jom jom jom


Raya dengan saya sudah lama tak berjumpa

Kampung belah mana, baju raya awak warna apa

Nyalakan pelita, hari untuk kita bahagia

Raya dengan saya

Syawal kali ini kita berdua

Jomlah beraya


Datang rumah terbuka, kena salam parents dulu

Tahun ini jadi tetamu, tahun depan jadi menantu

Pagi raya pertama, pergi masjid sama sama

Sudahlah berseloka, bila nak terima nikahnya


Raya dengan saya sudah lama tak berjumpa

Kampung belah mana baju raya awak warna apa

Nyalakan pelita hari untuk kita bahagia

Raya dengan saya

Syawal kali ini kita berdua

Jomlah beraya


Raya dengan saya sudah lama tak berjumpa

Kampung belah mana, baju raya awak warna apa

Nyalakan pelita, hari untuk kita bahagia

Raya dengan saya

Syawal kali ini kita berdua

Jomlah beraya


Hai jodoh saya




Sumber:

https://www.boomplay.com/lyrics/199665233


Daiyan Trisha ft. Amir Ahnaf









Langkah berat namun setia di jalan takdir

Setiap jejak ku ukir, aku pemimpin yang lahir

Kudrat dan darah jadi perisai


Aku bangkit berkuasa, ini waktuku

Kudrat dalam diri, ku genggam takhtamu

Setiap luka jadi tanda di jiwa ini

Aku bangkit berkuasa, ku takkan pernah lari


Dalam bayangan sunyi dan apa yang ku rasa

Setiap bisikan jadi suara yang memaksa

Rakan jadi lawan, kegelapan yang ku rasakan

Namun kudrat dalam diri ini jadi bintang

Menuju ke langit tinggi


Setiap langkah ku sambut rencana kudeta

Dengan kudrat ku tetapkan mahkota selamanya


Aku bangkit berkuasa, ini waktuku

Kudrat dalam diri, ku genggam takhtamu

Setiap luka jadi tanda kemenangan di hati

Aku bangkit berkuasa, ku takkan pernah berhenti


Setiap langkah ku susun rencana kudeta

Dengan kudrat yang kukuh ku tetapkan mahkota selamanya

Kudeta ini takkan terhenti

Kudeta, kudeta, kudeta

Kudeta, kudeta, kudeta


Kudratku membakar, kudeta


Aku bangkit bertakhta, ini waktuku

Kudrat mengalir, ku tundukkan impianmu

Setiap luka jadi tanda di jiwa ini

Aku bangkit berkuasa, ku takkan pernah berhenti


Kudratku, kudetaku

Kudratku, kudetaku





Pelakon Wanita Popular 2023 - Anna Jobling kembali membintangi drama bersiri baru bergandingan bersama pemenang anugerah (bbnu) lelaki popular - Amir Ahnaf. 

Drama bersiri ini akan bermula Disember ini, jam 9 malam setiap Isnin hingga Khamis.


Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah 

Cinta dan Setia, Dusta dan Derita

Terlukanya hati seorang isteri iaitu Aileen apabila suaminya Farid yang selama ini memenuhi kriteria sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang bersembunyi disebalik perwatakan yang nampak baik zahirnya tetapi kini terserlah batinnya cintakan keduniaan berkiblatkan nafsu. Apakah akan terjadi dengan perkahwinan Aileen dan Farid?


Episod: 20

Tarikh Tayangan: 4 Disember 2023

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Lagu tema (OST) : Boneka Tanpa Hati - Nadeera


Watak Pelakon 

Amir Ahnaf sebagai Farid

Anna Jobling sebagai Aileen

Dynas Mokhtar sebagai Umira

Fadhli Masoot sebagai Arman

Alya Iman sebagai Fara

Dian P Ramlee sebagai Aminah

Steve Yap sebagai Musthapa Chan

Bulan Terry sebagai Natalie

Amir Nafis sebagai Zayn

Ahmad Syafiq sebagai Engku






Sumber:

https://sooka.my/en/watch/episode/details/syurga-itu-bukan-mudah---akan-datang/1523625










 

Amir Ahnaf (Kahar) & Mierul Aiman (Fakhri)

Kedua-dua hero remaja ini meledak melalui drama Projek High Council di Astro. Buktinya mereka berdua siap tercalon dalam top 5 kategori BBNU lelaki popular. Tahniah dan moga maju jaya diucapkan. Jom lihat biodata ringkas mereka.



Biodata Amir Ahnaf -

Nama: Muhammad Amir Ahnaf Bin Mohd

Khairudin

Umur: 23 (2023)

Tarikh Lahir: 17 Februari 2000

Asal: Terengganu

Ketinggian: 178cm

Instagram: @amir.ahnaff

Menarik Tentang Amir:

Anak kelahiran Kuala Terengganu ini telah menamatkan pengajian dari Universiti Pelajaran Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan atau Games Development. Amir merupakan anak sulung daripada orang beradik dan berbakat dalam bidang muzik sejak usia kecil lagi. Kini, Amir turut giat mencipta lagu sendiri. Semangat kental Amir yang tidak putus asa untuk mencuba uji bakat pencarian Hero Remaja sehingga empat kali sejak tahun 2020 nampaknya membuahkan hasil.



Biodata Mierul Aiman -

Nama: Muhammad Amirul Aiman Bin Norazman

Umur: 25 (2023)

Tarikh Lahir: 14 Julai 1998

Asal: Putrajaya

Ketinggian: 178cm

Instagram: @mierulaiman

Menarik Tentang Mierul:

Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya ini merupakan model utama dalam acara pentas peragaan fesyen tempatan. Sebagai seorang model, Mierul mempunyai misi untuk pergi lebih jauh dalam dunia lakonan apabila aktif menambah ilmu serta skil dengan menyertai kelab-kelab lakonan. Baginya, mengasah bakat perlu bermula daripada inisiatif sendiri. Di samping itu, Mierul juga tidak asing dalam aktiviti lasak dan dia aktif bermain sukan ragbi sejak tahun 2011 lagi.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top