Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

 



Hari ini hari istimewa untuk seorang sahabat yang sangat baik dan manis; Khairani (Khai). Mengenali beliau semenjak 2021 di aplikasi twitter, beliau seorang yang penuh dengan kejutan dan kebaikan. Seorang 'problem solver' dan penyabar. 

Beliau sanggup datang dari rumahnya di selatan tanahair (walaupun ada beberapa kekangan) untuk berjumpa dengan saya dan meneruskan tali silaturahim (sudah 3 kali setakat ini). Alhamdulillah. Orangnya juga begitu tenang dan tak berkira. Suka memberi pelbagai hadiah hari lahir kepada saya dan ada masanya, sudi membantu kami sekeluarga. Daging frozen yang sering dikirim dah jadi macam signature ya! Terima kasih banyak Khai.

Khai juga seorang yang kreatif dan berwawasan; mempunyai banyak perancangan dalam hidupnya. Kreatif bermain saxophone, gitar dan mahir mencipta lagu sendiri. Boleh berkunjung ke youtube Khai (@rebrandmusix24) jika nak dengar lagu ciptaan beliau yang lain 

Ini antara lagu yang kami cipta bersama, saya sebagai penulis lirik, beliau pencipta lagu (terima kasih untuk ruang dan peluang). ADA KITA tajuknya. Beliau memang berjiwa seni.




Selain tidak lupa memberi tanda ingatan ketika berjalan-jalan atau melancong, beliau juga ada mengirimkan video dan gambar cantik untuk saya. Baikkan, orangnya? Dahlah comel.




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Khairani, moga dipermudahkan urusan beliau seterusnya, dimurahkan rezeki dan moga tercapai apa yang diidamkan. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik saya, buat saya happy dan selalu ada jika diperlukan (sungguh, awak telah banyak membantu selama ini).

Semoga persahabatan kita berpanjangan & diberkati hingga ke akhir hayat. Sayang awak, Lillahi Taala. 

Jaga diri selalu, Khai. Moga sentiasa berbahagia bersama keluarga dan insan tersayang. Fi hifzillah.








The Butterworth Fringe Festival 2024 is back with a bang this September!



🗓️ 14 & 15 September 2024

⏰ 5pm - 11pm

📍 Padang Pemuda Merdeka, Butterworth

Expect a myriad of spellbinding local and international performances, all to be presented for FREE to you! ✨ Be immersed in the arts and culture of the classic enclave of mainland Penang and look out for tantalising street eats as well as interactive games and workshops!

For more details, refer to the e-booklet here: https://bit.ly/3MCcPhA


******

PENGANJURAN BUTTERWORTH FRINGE FESTIVAL TAHUN 2024

Majlis Bandaraya Seberang Perai dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Butterworth Fringe Festival 2024 (BFF 2024) yang akan diadakan pada 14-15 September 2024 (Sabtu-Ahad) bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam bertempat di Padang Pemuda Merdeka, Butterworth.

Pelbagai acara tempatan dan antarabangsa bakal dipersembahkan secara PERCUMA kepada komuniti. BFF adalah salah satu platform dalam memperkenal dan mempromosikan komponen pelancongan dan ekonomi kreatif yang berkonsepkan Street Art Festival dan memangkin aktiviti Local Economic Development (LED) bagi komuniti Seberang Perai khasnya dan Negeri Pulau Pinang secara amnya.

Semua dijemput hadir!







Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/Bd93Tnrc4Nq5TJLg/?mibextid=xfxF2i














Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top