Showing posts with label Beraya Dengan Saya. Show all posts
Showing posts with label Beraya Dengan Saya. Show all posts

 



Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya, Dato' Sri Siti Nurhaliza, 10 April 2026, Jumaat, 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.





Dapatkan tiket ke acara ini bermula pukul 12 tengahari esok (Khamis) di www.ticket2u.com.my.


Baju melayu segak bergaya,

Ayu berkebaya dara jelita, 

Jom Beraya Dengan Saya,

Di Zepp kita bakal berjumpa.




#pentaseksklusifberayadengansayasitinurhaliza

 




Selamat Hari Raya walau di mana kita berada

Tahun ini semua raya di mana?

Kalau ditanya, saya di desa

Kampung halaman, menjadi teman

Sudikah singgah, beramah mesra 


Tahun ini semua raya di mana?

Ada rezeki kita bersua

Salam-salaman, maaf-maafan

Mencipta suasana bahagia


Adik, abang, kakak turut serta

Mari pulang bersama


Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Lekas sayang, lekas pulang

Mari menyambut raya

Kalau senang, jemput datang

Beraya dengan saya


Tahun ini pulang raya naik apa?

Kereta api, bas atau kereta?

Kapal terbang, pasti tersedia

Dekat dan jauh ada jalannya


Adik, abang, kakak turut serta

Mari pulang bersama


Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Baju dah gosok ke? (Sudah)

Kuih dah susun kan? (Sudah)

Langsir dah gantung? Semuanya lengkap

Ibu berbedak

Ayah dah segak

Menunggu pulangnya anak-anak


Mari beraya, kita beraya

Semuanya jom pulang beraya


Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Selamat hari raya!!

Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Lekas sayang, lekas pulang

Mari menyambut raya

Kalau senang, jemput datang

Beraya dengan saya


Lekas sayang, lekas pulang

Mari menyambut raya

Kalau senang, jemput datang

Beraya dengan saya




















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top