Showing posts with label BookTokMalaysia. Show all posts
Showing posts with label BookTokMalaysia. Show all posts



Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, para pemain industri perbukuan di Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka bagi merayakan kecintaan terhadap bahan bacaan serta meraikan pelbagai aktiviti khusus buat para pengunjung nanti.

KELAH BUKU 2026 DI DATARAN MERDEKA!


Jom luangkan masa dengan buku dalam suasana paling santai di tengah-tengah kota.


24 – 26 April 2026 (Jumaat – Ahad)

9 pagi – 9 malam

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Bentang tikar, buka buku, dan biarkan cerita bermula.

Bawa keluarga, kawan-kawan, atau datang sendiri ... kerana setiap halaman ada maknanya.


Pengalaman membaca, berkongsi cerita, dan menikmati suasana komuniti yang hidup.





Antara pengisian Kelah Buku @ Kota Baca yang dikuasakan oleh Persatuan Booktube Malaysia (BooktubeMY) nanti adalah:

1. Telaah Buku

2. Cerakin Kata

3. Tikar Rehat&Baca

4. Kuliah Poket Dunia Buku

5. Menjurnal

6. Pertandingan Fotografi

7. Audio Siar Cakap

Tanda dalam kalendar. Sedia untuk berkelah bersama-sama kami nanti!


Terima kasih Puan Adibah Omar dan Perbadanan Kota Buku kerana memberi kepercayaan kepada tim Kelah Buku untuk turut serta memperkasa budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.


Antara sumber:

kLIBF

https://www.threads.com/@hafizlatiff111/








Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 

📚 24 Mei - 2 Jun 2024

📚 10 pagi - 10 malam

📚 World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

📚 Ikuti Telegram; https://t.me/ShareInfoKLBookFair


SURAU

Persediaan untuk #PBAKL2024. Di sini kami kongsikan lokasi surau ketika menghadiri acara PBAKL 2024. Simpan poster ini untuk rujukan anda nanti.


DIREKTORI WTCKL

Bagi anda yang pertama kali ke WTCKL, berikut adalah penerangan ringkas untuk anda. Selain senarai di bawah, tandas terletak di semua aras. Selain itu, bilik ibu dan anak juga disediakan dan terletak di tepi kaunter pendaftaran / pentas utama.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, Duta Buku Sedia membantu!





Sumber:

https://x.com/KLIBF/status/1781161511261786154?s=19














Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top