Showing posts with label Chubb-E. Show all posts
Showing posts with label Chubb-E. Show all posts

 



1st verse

Sepuluh tahun dulu

Aku pernah mencinta kamu

Kau pura pura lupa

Akan janji manis padaku


pre chorus

Kini kau telah luka, dengan si dia

Kau ingin kita bersama semula


Lupakan saja, kisah yang lama

Aku sudah punya bahagia


Chorus 

Pergi saja sayang

Aku sudah bilang

Karna aku mau panggil “dia” sayang


Jangan dekat sayang 

Aku sudah bilang

Karna hatiku dekat dekat “dia” sayang

Ku sudah larang

Karna cintaku hanya untuk “dia”


2 verse

Sepuluh tahun dulu

Kau lukai hatiku

Angkuhnya sifat asalmu

Yang slalu merendahkan aku


Rap

Setiap hari aku memikirkan mu,

Sering termimpi kamu,

Tapi itu dulu punya cerita,


Bertahun sakit serupa gila,

Tunggu bahagia tiba,

Tidur tak lena makan tak kenyang mandi tak basah,

Itu semua keranamu,


Sekarang engkau hadir katamu kau masih,

Ada cinta hanya untuk diriku,

Katamu kau menyesal memilih si dia,

Ku yang terbaik dari dirinya,


Mintak maaf aku sudah ada ganti,

Terbaik dari kamu yang tak berhati,

Sepuluh tahun ku merana tanpa kamu disisi,

Selamat datang ke rakyat negeri patah hati.

Lagu ini ringkas tapi makna dan rasanya sampai. Biru Malam adalah lagu gandingan 2 anak muda berbakat yang sedang meningkat naik iaitu Amir Masdi dan Chubb-E. 

Lirik lagu Biru Malam - Amir Masdi X Chubb-E
 
Chorus.
Walau senyum indah cahaya,
Bagai bulan kala gelita,
Namun hati masih gelisah,
Terkenang dirimu,

Walau bibir indah berkata,
Hilang dalam dunia tawa,
Sendiri bertemankan purnama,
Menanti dirimu,
Biru malam,

Verse.
Disaat diri tak berteman,
Sendiri mencari jawapan,
Adakah mampu aku terus berjalan,

Ku hanya mampu tuk berdoa,
Agar semua tak sengsara,
Gelap ku menanti bulan menyinar agar bercahaya,

Pre-Chorus.
Aku berjanji akan ku cari diri ini,
Yang lemas didalam mimpi,
Ku ubah jadi realiti,

Verse 2.
Ku sedar diri ini tidak sempurna,
Senyuman menutupi hati yang luka,
Pada tuhan ku berserah,
Kuatkan hati diri takkan menyerah,

Sebelum nafas akhir,
Diri ditelan bumi,
Biarku mengenali diri,

Apa ku harus berikan hati,
Pada semua insan,
Walau diriku tak mampu,
Namun,

Pre-Chorus.
Aku berjanji akan ku cari diri ini,
Yang lemas didalam mimpi,
Ku ubah jadi realiti,

Bridge.
Janji aku tidak akan menyerah,
Resah tapi tidak akan berserah,
Biru malam akan aku cari,
Setia walau sendiri menanti,

Ku dicipta bukan untuk mengalah,
Masih bersyukur walaupun merana,
Kerana setiap apa yang ada,
Punyai sinar cahya tak terkata,

Chorus.
Walau senyum indah cahaya,
Bagai bulan kala gelita,
Namun hati masih gelisah,
Terkenang dirimu,

Walau bibir indah berkata,
Hilang dalam dunia tawa,
Sendiri bertemankan purnama,
Menanti dirimu,
Biru malam,

Rap.
Tanpa sedar hidup ini perlu kesedaran,
Tanya pada hati adakah jiwa ini perlukan kemenangan,
Adakah diriku selesa,
Menjadi watak yang berbeza,
Aku angkat kedua tangan menanti jawapan biru malam.

/////

Audio Production
Artiste: Chubb-E X Amir Masdi
Produced by, Chubb-E.
Composed by, Chubb-E

Instagram:







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top