Showing posts with label Cuti 2024. Show all posts
Showing posts with label Cuti 2024. Show all posts

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, cuti tambahan Deepavali dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di sini, kongsikan tarikh penting cuti tambahan perayaan Deepavali 2024:

1) 30 Oktober 2024 (Rabu) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)

2) 31 Oktober 2024 (Khamis) - Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)

3) 30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)

4) Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan

Gambar

Secara kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan KPM kepada Kumpulan A dan Kumpulan B adalah seperti berikut;

1) Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu, empat hari)

2) Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad, lima hari)


Diharapkan ibu bapa dapat menyusun jadual anak-anak dengan bijak dan memastikan masa diisi dengan aktiviti bermakna serta bermanfaat sepanjang cuti perayaan Deepavali nanti.




Sumber: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/kpm-umum-cuti-tambahan-sempena-deepavali-2024




Alhamdulillah. Selamat tahun baru semua. Moga tahun ini menjadikan kita semua lebih baik lagi. Insya-Allah. 

Berikut merupakan Takwim Islam 2024 dan tarikh penting Islam 2024 (1445-1446H)



Sumber/Muat Turun: 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top