Showing posts with label Datuk Seri Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Siti Nurhaliza. Show all posts

Tahniah Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin kerana telah dianugerah gelaran Biduanita Negara pada 13 November 2024 lalu.

Buat semua, terimalah lagu baru beliau yang dicipta oleh Erwin Gutawa dan Gita Gutawa ini;- SEJARAH. 



Setiap langkahku

Telah membawaku

Jadi diriku

Dengan segala baik kurangku


Setiap tatap yang ku jumpa

Kasih yang tercipta

Beri makna untuk selamanya


Walau hidup tak sempurna

Ku bersyukur apa adanya

Tawa dan air mata pun jadi sejarah


Walau ku hanya manusia biasa

Ku akan terus mencuba

Hadapi dunia dengan lebih bijaksana


Setiap badai yang berlalu

Tegarkan hatiku

Melengkapi lembar kisahku


Walau hidup tak sempurna

Ku bersyukur apa adanya

Tawa dan air mata pun jadi sejarah


Walau ku hanya manusia biasa

Ku akan terus mencuba

Hadapi dunia dengan lebih bijaksana... 


Walau ku hanya manusia biasa

Ku akan terus mencuba

Hadapi dunia dengan lebih bijaksana






Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Beliau menerima anugerah itu dalam majlis penuh gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan kepada legenda muzik tanah air itu.

Selaku penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, beliau akan menerima wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu. 



Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang seni suara ini menganggap anugerah itu sebagai antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya dan menyifatkan anugerah yang diterimanya itu mewakili semua anak seni yang lain.  

Beliau beriltizam mahu melakukan yang terbaik untuk membawa seni negara di peringkat lebih baik pada masa akan datang.

Selaras dengan penerimaan anugerah berkenaan, Siti mengumumkan akan melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah pada Khamis, 14 November 2024.

Penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006.

Manakala, gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.

Untuk rekod, ASN sudah diadakan sebanyak lapan edisi bermula 1993, 1995, 1997,1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir penganjurannya adalah pada 2009 dengan tokoh pernah menerima ASN ialah Tan Sri Dr Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Dr Ahmad Nawab (Seni Muzik) dan Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan).

ASN diperkenalkan pada 1993 untuk mengiktiraf pencapaian menakjubkan penggiat seni dalam pelbagai cabang seni seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.


Penerima lain di Anugerah Seni Negara 2024:

Tahniah Dato’ Mohd Nor Khalid (Dato' Lat) di atas penganugerahan Anugerah Seniman Negara dan seterusnya ditauliahkan sebagai Seniman Negara Ke-9. 

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada Datuk Lat pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 malam ini.

Berangkat sama pada majlis itu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim diiringi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima wang tunai sebanyak RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.

Beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu MOTAC serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan

Telah berkecimpung selama 60 tahun dalam dunia kartun, Lat mendapat pelbagai pengiktirafan dan gelaran antaranya adalah Tokoh Warisan Orang Hidup, Ikon Budaya, Seniman Diraja Perak, Wira Budaya, Anak Malaysia, dan Seniman Rakyat. 

Sementara itu, lima pengiat seni tanah air menerima Anugerah Karyawan Seni iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi kategori Karyawan Seni Muzik; Zakaria Ariffin (Karyawan Seni Lakon/Pementasan); Wong Kit Yaw (Karyawan Seni Tari); Bangie Anak Embol (Karyawan Seni Kraf Tangan) dan Wong Hoy Cheong (Karyawan Seni Visual).

Masing-masing menerima wang tunai RM30,000, watikah dan trofi, kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan serta status sebagai Seniman Tamu. 



Anugerah terakhir, Anugerah Pendukung Seni pula diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia bagi kategori media, Yayasan Hasanah bagi kategori korporat dan The Temple Of Fine Arts bagi kategori badan bukan kerajaan.

Penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM10,000, watikah dan trofi.






Andainya engkau ku miliki

Terdahulu, sebelumnya

Andai ku curah rasa hati

Mungkin kini ku kan tenang di sampingmu


Belum puas ku menikmati

Kesan kasih sayang, kau terpaksa pergi

Ingin ku terus di cinta ini

Walau bisikanmu azimat berduri


Bila cinta berbunga

Jadi air mata di jariku


Betapa ku cinta padamu

Katakanlah kau cinta padaku

Sematkan aku di hatimu

Walau di mana berada, ingat ku dalam doamu


Hiasilah hati

Dengan cinta suci (suci)

Selamanya, ho-oh-uh-oh


Bila cinta berbunga

Jadi air mata di jariku


Betapa ku cinta padamu

Katakanlah kau cinta padaku

Sematkan aku di hatimu

Walau di mana berada, ingat ku dalam doamu


Gemerlapkan jiwa

Semikanlah cinta

Semoga kau dan aku

Akhirnya bersama


Aku kan menunggu

Walaupun seribu tahun lagi (tahun lagi)

Ho-uh-oh


Gemerlapkan jiwa

Semikanlah cinta

Semoga kau dan aku

Akhirnya bersama


Aku kan menunggu (ku menunggu)

Walaupun seribu tahun lagi

Ho-uh-oh-oh


Sematkanlah (aku di hatimu) di hatimu

Walau di mana berada, ingat ku dalam doamu


Gemerlapkan jiwa

Semikanlah cinta

Semoga kau dan aku

Akhirnya bersama


Aku kan menunggu (ku menunggu)

Walaupun seribu (tahun lagi)

Ho-uh-oh-oh-uh-oh


gemerlapkan

(Semikanlah cinta)

(Semoga kau dan aku)

(Akhirnya bersama) bersama


tahun lagi













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top