Showing posts with label Drama RTM. Show all posts
Showing posts with label Drama RTM. Show all posts


Drama adaptasi novel 'Korban Kasih' karya Fatimah Saidin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Disiarkan selama 30 episod sepanjang Ramadhan ini, Korban Kasih menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya dan skrip oleh Farhana Fauri, drama terbitan Mache All Star United. Boleh juga ditonton melalui portal myklik.rtm.gov.my.

"Kadangkala kita perlu menangis supaya kita tahu dalam hidup ini bukan sekadar untuk bergembira, dan kadangkala pula kita perlu ketawa supaya kita tahu nilai setitis air mata." - Aisyah #KorbanKasih

FATIMAH SAIDIN TULIS NOVEL INI KETIKA BERUSIA 18 TAHUN

Tempoh hari saya ada tengok video Fatimah Saidin, penulis novel Korban Kasih (KK). Katanya, novel KK pertama dia buat semasa berusia 18 tahun. Ambil masa sebulan untuk siapkan. Bukan kisah benar, tapi latar tempat itu betul wujud.Novel KK kedua dia tulis, masa dia bekerja sambil belajar (master).

Walaupun bukan kisah benar tapi ramai cerita pengalaman dipilih kasih begitu wujud dalam keluarga mereka kepada Puan penulis ini.Malahan ada pembaca yang jadi arkitek sebab terinspirasi dengan watak Jalil dalam novel #KorbanKasih itu. Videonya ini:




LAGU TEMA / OS:
Sampai Syurga - Ezad Lazim feat Idayu

KORBAN KASIH ONLINE: Ada semua episod di my Klik RTM


WATAK PELAKON (Klik nama untuk ke instagram pelakon korban kasih):

Saharul Ridzwan sebagai Jalil
Azrel Ismail sebagai Jamil
Zara Zya sebagai Fatimah
Ummi Nazeera sebagai Aisha
Dynas Mokhtar sebagai Norizah
Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail
Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah
Nadiyah Shahab sebagai Fika
Elnisa Ryun sebagai Farah
Riz Amin sebagai Fuad
Meor Mohd sebagai Hassan
Haziq Fadhullah sebagai Rafizal (Ijal)

Dan ramai lagi boleh ke instagram @macheallstarunitedsdnbhd

SINOPSIS KORBAN KASIH


Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah merupakan adik bongsu kepada Kak Long serta pasangan kembara Jamil dan Jalil. Sejak kecil lagi, Jalil dibezakan kasih sayang oleh ibu mereka. Jamil dan adik beradik yang lain mendapat layanan yang baik tetapi Jalil dilihat sebagai anak malang yang dinafikan haknya sebagai anak. Jalil sangat dibenci oleh ibu sendiri dan telah didera dari segi emosi dan fizikal.

Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tela dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.

Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.

Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.

Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.

Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

MANA NAK BELI NOVEL KORBAN KASIH - FATIMAH SAIDIN?

Sini - https://dbpniaga.my/Inventori/Kategori_inventori?cr=korban%20kasih

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel "Korban Kasih" dan "Korban Kasih 2". Diskaun 20% diberikan oleh www.dbpniaga.my bersempena dengan tayangan drama ini.


Sumber - https://www.instagram.com/p/CACh6HynE3A/




Drama RTM Aku Di Sisimu (TV1) | Mengisahkan seorang isteri (Laila) yang sanggup membuka rumah jagaan untuk menjaga suaminya yang koma dan ramai pesakit lain (dibantu sahabatnya, yang pernah menjadi jururawat hospital). Dia juga ada dua orang anak kecil. Pesakit lain yang dijaganya, ada yang menghidap kencing manis, lumpuh, autisme dan early onset alzheimer.


Antara yang menarik perhatian saya, watak suami (Azhan Rani) kepada salah seorang pesakit; isterinya (yang masih muda tapi hilang ingatan), tetap kekal setia dan bertanggungjawab, walaupun kadangkala hampir putus asa, namun kembali dikuatkan oleh Laila dan semangat dalam dirinya sendiri.

Sumber: @zahralovera
Malah salah faham Laila dengan sahabatnya (bekas jururawat hospital itu), sehingga menyebabkan sahabatnya berundur adalah detik yang paling mencabar bagi Laila. Sehingga perlu mencari pengganti yang sesuai.

Lakonan Fouziah Gous sebagai Laila dan dua anaknya, adik Wan Rania Humaira serta Isqandar begitu menjadi. Malahan penggerak utama cerita ini adalah Pak Shukor, (pemberi idea asal Rumah Seri Pagi ini) seorang pesakit kencing manis dibawa oleh aktor hebat iaitu Hilal Azman. Pelakon lain seperti Azhan Rani, Hafiz Halim dan Natasha Elyzza juga bagus.

Sumber: @Rania_441
WATAK PELAKON
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Azhan Rani sebagai Faizal
Haeryanto Hassan sebagai Nasa
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Wan Rania sebagai Sarah
Azzahra Ahmad sebagai Ummi
Hafiz Halim sebagai Rozali
Fikri Zubiri sebagai Azril
Hafiizh Alias sebagai Shahril

Dalam drama ini banyak juga isu lain seperti cabaran dari segi kewangan, persahabatan dan pelbagai lagi perkara yang bermain dengan perasaan.
Antara yang saya dapat dalam drama ini adalah, masing-masing kita ini ada sakit, suka duka dan perjuangan tersendiri dalam hidup. Walaupun kadangkala wujud salah faham, namun masih cuba dan mahu berusaha memberi yang terbaik untuk satu sama lain.
Cerita ini belum tamat lagi semasa saya menulis ini, pada penghujung Januari 2018.

Disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 7 malam di TV1. Boleh tengok juga episod lalu drama #Akudisisimu ini (online) di laman web: https://myklik.rtm.gov.my/program/59496/59497

@fouziahgous
- Lagu temanya dinyanyikan Nieyl Mentor.
🌸 Benda baik kita perlu kongsi sama-sama.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top