Showing posts with label Famili Duo 3. Show all posts
Showing posts with label Famili Duo 3. Show all posts


Bagai dijangka, pasangan adik-beradik, Syaiful dan Sharif muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga (FD3). 

Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan lawak Zero itu membawa pulang ganjaran lumayan berupa wang tunai berjumlah RM100,000. 

Pasangan duo terbabit menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan 81 peratus meninggalkan jauh dua lagi finalis yang turut menunjukkan persaingan sengit.

Mereka menyampaikan lagu Kong Kali Kong untuk tema pusingan pertama iaitu Tema Berkumpulan/Duet Popular disusuli lagu Medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah bagi segmen kedua bertemakan Bebas yang mendapat pujian melambung juri. 

Terdahulu, enam pasangan dipilih untuk bertanding dalam program realiti kekeluargaan selama lapan minggu, namun tiga daripada duo terbabit tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Berkonsepkan kalah mati bersaing hingga minggu ketujuh iaitu peringkat separuh akhir, peserta yang tersingkir ialah duo suami isteri Tom dan Fuad Rahman, duo adik beradik, Rayyan Bakery dan Adam serta Shila Amzah dan Syahir.

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus.

Persaingan FD3 yang bersiaran sejak 15 Oktober lalu menyaksikan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap, manakala Janna Nick bersama Izzue Islam bertindak selaku hos



Lagu persembahan akhir FD3:


Duo Adik-Beradik 

Tempat kedua - Adira dan Emma Suhaimi

Bawakan lagu Pelesit Kota (Search) dan Bang Bang (Ariana Grande, Jessie J & Nicki Minaj. 


Duo Sepupu

Tempat ketiga - Haqiem Rusli & Ariff Bahran

Ada Gajah Di Balik Batu (Wali Band) dan Beribu Sesalan (Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura). 



Sumber:

https://www.kosmo.com.my/2023/12/03/tepati-ramalan-sharif-syaiful-juara-famili-duo-3/



 

Program nyanyian keluarga Famili Duo dah kembali di musim ketiga guys!!! Amacam guys line up musim ni menarik, kan? 


Perserta Famili Duo Musim Ke-3 (2023)

  • Haqiem Rusli X Ariff Bahran
  • Tom X Fuad Rahman
  • Adira Suhaimi X Emma Suhaimi
  • Ryan Bakery X Adam Bakery
  • Shila Amzah X Amir Syahir


Ada satu lagi doa, itu kejutan! 


Pengacara:

Izzue Islam dan Janna Nick

@izzueislam & @jannanick


Juri Famili Duo 3 (2023)

Ajai dan Mas Idayu


Bila Famili Duo 3 ini? 

▶️ Nantikan Famili Duo 3 mulai 15 oktober setiap Ahad, jam 9 malam hanya di TV3!


Boleh Strim secara Live HD di Tonton melalui www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton. 


🔴 Subscribe TontonUp sekarang untuk peluang mengundi sebanyak 50 undi seminggu. Kalau tak undi boleh undi sebanyak 10 kali saja. 


🔴 Gunakan kod diskaun FamiliDuo2023 sekarang untuk dapatkan diskaun sebanyak RM 8 untuk langganan Tonton selama 3 bulan. 


🔴 Juga berpeluang untuk dapatkan hadiah istimewa setiap minggu dari Famili Duo. 



Ada kejutan untuk Duo keenam, siapa agaknya? Jeng Jeng Jeng 











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top