Showing posts with label Final GV 10. Show all posts
Showing posts with label Final GV 10. Show all posts

Photo

All Stars Gegar Vaganza 2023 telah melabuhkan tirainya pada 10 Disember 2023 yang lalu - menyaksikan Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza Musim Kesepuluh itu. Dalam senarai 8 orang finalis itu (Jac, Hady, Naqiu, Azharina, Liza, Nikki, Tomok dan Nana), saya tertarik untuk berkongsi persembahan di konsert akhir itu ialah Siti Nordiana Alias (Nana).

1. Persembahan Pertama - Solo
Lagu - Kisah Hati (Alyah)



2. Persembahan duet
(dengan Ifan Seventeen) 
Lagu - Kemarin (trending di YouTube) 



3. Persembahan Battle
(Lagu Blackpink - Kill This Love) 
- Battle dengan Jac, Tomok, dan Liza Hanim.



Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan Siti Nordiana terutamanya. Telah berusaha dan mencuba yang terbaik, tetap membanggakan. Moga terus maju jaya. 


Akhirnya tiba sudah di peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) 2023 (Gegar Vaganza musim sepuluh final). 

Bintang GV yang berjaya adalah seramai 8 orang (5 juara GV) dan 3 bintang daripada Hot Seats.

Mereka ialah Juara daripada musim masing-masing iaitu - Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Jaclyn Victor (GV9) serta Bintang Hot Seats iaitu Liza Hanim (GV4), Nikki Palikat (GV8) dan Tomok (GV9).

Juri tetap pula terdiri daripada Dato' Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Dato' Syafinaz Selamat. Manakala pengacara musim kali ini masih kekal Nabil Ahmad dan Jihan Muse. 

Berikut adalah lagu-lagu yang bakal dipersembahkan di peringkat akhir. 

LAGU SOLO BINTANG ALL STARS GEGAR VAGANZA 


KISAH HATI


HALO



MAKING LOVE OUT OF NOTHING AT ALL



NUR NILAM SARI



WHEN YOU BELIEVE



MY HEART WILL GO ON


TRAGEDI BUAH EPAL


SEBERAPA PANTAS



Lagu Duet finalis All Starts Gegar Vaganza 2023


  • Naqiu & Cakra Khan - Kekasih Bayangan
  • Hady Mirza & Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta


  • Siti Nordiana & Ifan Seventeen - Kelmarin
  • Azharina & Dato' Ramli Sarip - Kamelia


  • Nikki Palikat & Zainal Abidin - Ikhlas Tapi Jauh
  • Tomok & Armand Maulana - Terbang


  • Jaclyn Victor & Jamal Abdillah - Sandarkan Pada Kenangan
  • Liza Hanim & Aina Abdul - Terus Hidup


Lagu battle ASGV Akhir:


Kill This Love - Black Pink

- Jac, Tomok, Liza, Nana


Sorry, Sorry - Super Junior

- Naqiu, Nikki, Azharina, Hady










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top