Konsert Tradisional Gema Bumantara, Dato' Sri Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Kaca Dan Permata - Siti Nurhaliza ft Umairah
Lirik Lagu Kaca Dan Permata -Siti Nurhaliza ft Umairah
Pre-Chorus: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Bagaikan kaca disangka permata
Indah khabar dari rupa
Chorus: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Anak odeng-odeng
Pandir pun dah pening
Cinta palsu jangan ditawan (baik-baik pilih kasih)
Anak odeng-odeng
Pak pom geleng-geleng
Janji yang indah mudah dilupakan (baik-baik pilih kasih)
Post-Chorus: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Anak ikan Cik Ti mandi-manda dalam kolam
Jaga-jaga hati-hati nanti ada yang tenggelam
Anak ikan Cik Ti mandi-manda dalam kolam
Jaga-jaga hati-hati nanti ada yang tenggelam
Verse 2: Umairah
Oh kekanda, bijaksana
Bicara mu bagai cahaya
Oh kekanda, bagai berlian
Segenap kata akan disimpan, simpan
Pre-Chorus: Umairah
Rasa ini datang tanpa di undang
Hati tak rela berdendang
Chorus: Umairah
Anak odeng-odeng
Pandir pun dah pening
Cinta palsu jangan ditawan (baik-baik pilih kasih)
Anak odeng-odeng
Pak pom geleng-geleng
Janji yang indah mudah dilupakan (baik-baik pilih kasih)
Post-Chorus: Umairah
Anak ikan Cik Ti mandi-manda dalam kolam
Jaga-jaga hati-hati nanti ada yang tenggelam
Anak ikan Cik Ti mandi-manda dalam kolam
Jaga-jaga hati-hati nanti ada yang tenggelam
Bridge: Dato' Sri Siti Nurhaliza & Umairah
Harumnya kekanda bak sutera, Sang Putera
Jangan mudah goyah dek manis kata-kata
Bila tеpung mekar di taman penuh berwarna
Manakan ditеlan jika hati telah setia
Air tenang jangan disangka tiada gelora
Kalau tak dipecah riung maralah sagunya?
Cinta selalu berbunga jadi air mata
Tapi itu semua kata-kata orang lama
Refrain: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Amboi, petahnya mulut lidah berbicara
Chorus: Dato' Sri Siti Nurhaliza & Umairah
Anak odeng-odeng
Pandir pun dah pening
Cinta palsu jangan ditawan (baik-baik pilih kasih)
Anak odeng-odeng
Pak pom geleng-geleng
Janji yang indah mudah dilupakan (baik-baik pilih kasih)
Sumber: http://lagulagumalaysia.blogspot.com/2025/11/lirik-lagu-kaca-dan-permata-siti.html
Lirik lagu Hati Yang Rindu - DATO' SRI SITI NURHALIZA
Dedaun gugur penyapa tenang
Payu berbisik rindu tak sudah
Dihujung desa tersemat kasih
Berputik cinta tak pernah letih
Oh kasih dengarlah lagu hati
Lagu rindu tak henti henti
Dalam irama dalam syair pujangga
Namamu abadi didada sukma
Bertatih sayang di jalan kenangan
Setia menanti walau sendirian
Pelita jiwa tak akan padam
Demi cinta yang takkan tenggelam
Oh kasih dengarlah lagu hati
Lagu rindu tak henti henti
Dalam irama dalam syair pujangga
Namamu abadi didada sukma
Bertatih sayang di jalan kenangan
Setia menanti walau sendirian
Pelita jiwa tak akan padam
Demi cinta yang takkan tenggelam
Andai bulan jatuh ke riba
Takkan setanding cinta kita
Bersulam halus benang budaya
Dalam lagu dalam nyawa
Oh kasih dengarlah lagu hati
Berlagu rindu tak henti henti
Dalam irama dalam syair pujangga
Namamu abadi didada sukma
Oh kasih dengarlah lagu hati
Berlagu rindu tak henti henti
Dalam irama dalam syair pujangga
Namamu abadi didada sukma
Oh kasih dengarlah lagu hati
Berlagu rindu tak henti henti
Dalam irama dalam syair pujangga
Namamu abadi didada sukma
Ini nada ku warisan kita
Disulam indah suara nusantara
Kekal abadi selamanya
Lagu hati
Hati yang rindu
Sumber:- https://lirik.my/lirik-lagu-yang-rindu-siti-nurhaliza/
LIRIK LAGU Rencong - DATO' SRI SITI NURHALIZA
LIRIK LAGU Rencong - DATO' SRI SITI NURHALIZA
Anak pertiwi begitulah
Bidalan menusuk ke jiwa
Anak pertiwi kalau mencuit
Pantunnya amboi makan dalam
Mawar melur dan kenanga
Mengapa kau lihat sama
Apakah tandanya
Masih belum bijaksana
Nak syair tak pandai
Nak zapin tak gemalai
Nak berkias tak menjadi
Nak silat tak handal
Nak pencak tak bermaya
Nak bertempur tak berani
(Janganlah begitu weh)
Anak pertiwi jangan keliru
Kadok dan sireh dua berbeza
Anak pertiwi jangan begitu
Adat lama semua terlupa
Sudah makan pantun
Sudah pun minum gurindam
Masih tak berjumpa
Dimana makrifatnya
Nak syair tak pandai
Nak zapin tak gemalai
Nak berkias tak menjadi
Nak silat tak handal
Nak pencak tak bermaya
Nak bertempur tak berani
Bajulah kurung coraknya rencong
Hidung tak mancung
Pipi tersorong-sorong
Kembang selasih sama siantan
Kalau tak fasih cepat hafalkan
Keh dah kabo kat ork
Anak pertiwi begitulah
Didalan menusuk ke jiwa
Anak pertiwi kalau mencuit
Pantunnya amboi makan dalam
Sakitnya bukan sedikit
Tertikam menikam menerkam
(Popaleh)
Jangan cuba lari
Berpantang undur sebelum kalah
Bajulah kurung coraknya rencong
Hidung tak mancung
Pipi tersorong-sorong
Kembang selasih sama siantan
Kalau tak fasih cepat hafalkan
Nak syair tak pandai
Nak zapin tak gemalei
Nak berkias tak menjadi
Nak silat tak handek
Nak pecat tak bermaye
Nak bertempur tak beghani
(Nak syair)
Nak syair tak pandai
Nak zapin tak gemalai
Nak berkias tak menjadi
(Tak menjadi)
Nak silat tak handal
Nak pecat tak bermaya
Nak bertempur tak berani
(Nak bertempur)
Nak syair tak pandai
Nak zapin tak gemalai
Nak berkias tak menjadi
(Tak berani)
Nak silat tak handal
Nak pecat tak bermaya
Nak bertempur tak berani
Versi bergambar: Threads Hafiz Hamidun
https://www.threads.com/@hafizhamidun/
Sumber: https://www.malaykord.com/2025/10/siti-nurhaliza-rencong-chord.html?m=1
LIRIK LAGU KESUMA - DATO' SRI SITI NURHALIZA
LIRIK LAGU : KESUMA - DATO' SRI SITI NURHALIZA
Judul Lagu : Kesuma
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Komposer : Aisha Retno, RADi
Penulis Lirik : Aisha Retno
Kendatipun masa silam sempat menyulami diri,
Sukma ini sudah puas berbelangsungkawa manja,
Maka datanglah wahai atma baru untuk jiwa lara,
Sila hadirlah mayapada baru untuk penerang lara..
Jadilah sahmura ku
Peneman setia ku
Sampai liang hayatku
Si bunga ngembang bermekaran
Di kelopak tangan sayang
Indah rupawan sayang
Petiklah kesuma puspita jelita
Si bunga ngembang bercahaya
Di kelopak tangan sayang
Indah rupawan sayang
Petiklah kesuma puspita jelita
Aduh sayang
Usah gusar atau gulana
Aduh sayang
Akulah kesuma puspita
Kemanapun benang cinta, jemari ku sanggup ku sulam,
Suarakan kejujuran kalau cinta bilanglah cinta,
Maka datanglah wahai atma baru untuk jiwa lara,
Sila hadirlah mayapada baru untuk penerang lara..
Jadilah sahmura ku
Peneman setia ku
Sampai liang hayatku
Jadikan kesuma puspita berlenggang di hatimu saja
Perlahan dia berinang-inang
Kesuma hendak berenang-renang
Jadikan kesuma puspita berlenggang di hatimu saja
Perlahan dia berinang- inang
Kesuma hendak berenang-renang
Petiklah hati juwita..
Si bunga ngembang bermekaran
Di kelopak tangan sayang
Indah rupawan sayang
Petiklah kesuma puspita jelita
Si bunga ngembang bercahaya
Di kelopak tangan sayang
Indah rupawan sayang
Petiklah kesuma puspita jelita
Aduh sayang
Usah gusar atau gulana
Aduh sayang
Akulah kesuma puspita
Lirik lagu Kumbang Bunga - Dato' Sri Siti Nurhaliza ft Lesti Kejora
Lirik:
Alunan bayu menyapa lembut
(hahahahahahaha)
Ahai, Tenangnya disambut
(hahahahahahaha)
Berangan-angan kasih menjemput
(hahahahahahaha)
Ahai, Nama pun disebut
(hahahahahahaha)
Mekarnya cinta dibaja restu
Ketika kumbang menghinggap ke bunga
Tercipta satu perjalanan indah
Melamar hati yang mahu dicinta
Paras rupa yang sepadan tingkah laku
Dibuai rasa
Bagai dunia ini dimilikinya
Janji kedua-duanya bahagia
Pada restu dan ikatan kasih rasmi Tuhan
Kasih Rasmi Tuhan
Kasih Rasmi
kasih Rasmi Tuhan
Abang rindu itu punya obat
Jika pengen masuk cepat
(hahahahahahaha)
Datang bunga mangga bawa dulang
Bawa hati dia pulang
(hahahahahahaha)
Mekarnya cinta dibaja restu…haih
Ketika kumbang menghinggap ke bunga
Tercipta satu perjalanan indah
Melamar hati yang mahu dicinta
Paras rupa yang sepadan
Tingkah laku
Dibuai rasa
Bagai dunia ini dimilikinya
Janji kedua-duanya bahagia
Pada restu dan ikatan
Kasih rasmi Tuhan
Pilih yang mana
Pilih, pilih yang mana
Dikau berkenan
Oh pilih si dia
Pilih, pilih si dia
Yang kau berkenan (haaaaaa….
Ikatan yang direstui Tuhan
(hahahahahahaha)
Ahai, Kasih rasmi Tuhan
(hahahahahahaha)
Ikatan yang dikasihi Tuhan
(hahahahahahaha)
Ahai, Kasih rasmi Tuhan
(hahahahahahaha)
Ketika kumbang menghinggap ke bunga
(ke bunga)
Tercipta satu perjalanan indah (nan indah)
Melamar hati yang mahu dicinta
Paras rupa yang sepadan (cinta)
Tingkah laku
Dibuai rasa
Bagai dunia ini dimilikinya
Janji kedua-duanya bahagia
Pada restu dan ikatan
Kasih rasmi Tuhan
Kasih Rasmi Tuhan (Kasih)
Kasih Rasmi (Rasmi)
kasih Rasmi Tuhan (Tuhan) (Tuhan)
Kasih Rasmi Tuhan (Ha haaaa)
Kasih Rasmi (Ha haaaa)
Kasih Rasmi Tuhan














