Baru-baru ini ramai memperkatakan tentang status produk minuman kedai kegemaran ramai, iaitu Starbuck dan Tealive serta beberapa lagi produk. Sedangkan kedua produk ini jelas telah mendapatkan sijil halal Jakim.
Jadi apa kata kita semak (check) status halal produk ini sekali lagi. Bagaimana cara nak semak atau guna Halal Directory Jakim ini? Tadaa. Jom kita semak.
Pertama sekali pergi ke laman web Jakim Halal Directorynya iaitu Halal Malaysian Portal: System MYeHALAL di
www.halal.gov.my/v4/index.php.
 |
| Laman web Jakim |
Baik, sekarang lihat ada bahagian carian yang bertulis Verify Halal Status itu? Tulis produk yang kita sedang ragu-ragu akan statusnya. Cari dan tulislah apa yang anda mahu.Kemudian enter!
Tadaa, STARBUCK HALAL! Jika nak kedai spesifik, klik bahagian
premis / kedai makan di senarai kiri laman web. Nak lagi details, boleh ke bahagian menu makanan.
****
Kempen Buy Muslim First
Walaupun pelbagai persepsi dan pendapat mengenai kempen BMF ini, bagi saya lebih kepada mengutamakan yang halal dan produk orang islam dengan niat membantu ekonomi islam dan tidaklah mengatakan kita perlu memboikot produk bukan muslim. Cuma sebagai muslim, kita lebih perlu memperbaiki kualiti dan memberikan yang terbaik kepada masyarakat dengan meletakkannya sebagai satu tanggungjawab dan amanah.
"Kempen BMF adalah untuk membantu secara langsung pengusaha Muslim yang masih jauh tertinggal manakala kempen BHF (Buy Halal First) lebih untuk membantu peniaga bukan Muslim yang mula terjejas perniagaan mereka."
- Bak kata Tuan Haji Mohd Tahir Hamdan.
Sumber:
https://www.indahnyaislam.my/