Showing posts with label Heliza Helmi. Show all posts
Showing posts with label Heliza Helmi. Show all posts
Lirik lagu Mengukir Takdir - The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)
[Verse]
Engkau melangkah tanpa bicara
Wajahmu tenang, jiwa membara
Tak perlu megah, tak minta tara
Memeluk jiwa yang hilang arah
[Chorus 1]
Engkaulah cahaya di ufuk terbuka
Bersinar damai, lembut menyapa
Di tiap nadi, mengalir terus berani
Mengukir takdir, garis yg tertulis
[Chorus 2]
Engkaulah pelangi di penghujung megah
Menggapai langit, tak pernah lelah
Setiap debar, degup, teguh kau melangkah
Membawa harap, seluasnya cerah
Mengukir takdir
[Rap]
Takdir menguji tapi jiwa tak lari
Langkahku teguh walau jalan berduri
Akan ku tunggu… walau nyawa ku sepi
Biar dunia gelap cahaya pasti menyinari
Kerna jiwa mu tetap tegar dan hadir
[Bridge]
Tiada apa yang bisa meruntuhkan rasa
[Outro]
Dia bukan ribut yang terus membakar
Tapi hujan yang merintik dgn sabar
Pada 2 Oktober lalu, Hazwani Helmi dan Heliza Helmi telah ditahan Israel setelah kapal mereka dipintas, mereka berdua ketika itu terlibat dalam pelayaran kemanusiaan - Sumud Nusantara - menuju ke Gaza bersama berpuluh kapal/bot dan beratus aktivis lain. Moga mereka semua dilindungi dan segera dibebaskan. Allahu Mustaán.
Kategori:
gaza,
Hazwani Helmi,
Heliza Helmi,
lagu nasyid,
lagu Palestin,
lirik,
Mengukir Takdir,
nasyid,
The Helmis
Lirik lagu La Tahzan - Heliza Helmi
Menjejaki kaki di bumi Gaza
Terasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya
(korus)
La tahzan rabbuna ma'ana
La tahzan rabbuna ma'ana
La tahzan rabbuna ma'ana
Jangan sedih Allah bersama kita
Mereka sentiasa berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu, ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta, jiwa dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja
(ulang korus)
Siapa Tuhan kamu? Allah
Siapa guru Kamu? Rasulullah
Apa pegangan kamu? Al-Quran
Apakah jalan hidup kamu? Jihad fisabililah
Sumber gambar: https://husnamichi.blogspot.com/2013/12/heliza-helmi-la-tahzan-lirik.html
Kategori:
gaza,
Heliza Helmi,
Jangan bersedih,
La tahzan,
lagu Palestin,
lirik
Akhlak Remaja Masa Kini (oleh Heliza Helmi & Ustaz Hariri - Pink Point TV Al-Hijrah)
Tempoh hari saya ada menonton saudari aktivis kita, Heliza Helmi dan Ustaz Hariri yang menjadi panel jemputan untuk rancangan siaran langsung bual bicara di TV Alhijrah; Pink Point (Musim 2). Topiknya sangat dekat dengan ramai remaja iaitu; "Akhlak Remaja Masa Kini." Di sini saya kongsikan sedikit kata-kata dan pesanan mereka yang terlibat. Moga bermanfaat. insya-Allah.
Pesan HELIZA HELMI:
- Kita semua agen dakwah
- Hidup ada matlamat. Contoh nak selawat 1000 sehari misalnya.
- Post dekat internet bagi motivasi ke diri. Kita suruh mesti kita malu kalau tak buat
- Kita kena berfikiran akhirat. Saya jumpa anak-anak Syria mereka tak sempat fikir tentang lain. Kita kalau nak tulis atau sebar aib, kita fikir adakah betul aku tulis, sebab akan ditanya balik. Lepas tu fikir kalau ajal kita tengah buat tu.
- Kata Imam Hassan al-Basri pasal dakwah:
Pesan USTAZ HARIRI :“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.” -(Imam Hassan Al-Basri)
- Jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.
- Anak belajar daripada melihat.
- Bersyukurlah Allah tutup aib kita.
- Dilarang buka aib sendiri.
Video asal: https://alhijrahmedia.com/pink-point-musim-2-akhlak-remaja-masa-kini/
![]() |
| Sumber gambar: https://alhijrahmedia.com |
- Rujukan lain: http://badartas.blogspot.com/
Kategori:
aib,
Akhlak Remaja Masa Kini,
alhijrah,
dakwah,
Heliza Helmi,
Pink Point,
Ustaz Hariri
Lirik lagu Ayat Cinta Dari Tuhan - The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)
Heliza Helmi dan adiknya; Hazwani Helmi (Duo: The Helmis) muncul dengan lagu baru berjudul Ayat Cinta Dari Tuhan (ACDT). Selain bergerak sebagai penyanyi, pengacara dan usahawan, mereka berdua juga terlibat dengan misi kemanusiaan ke Syria #rescuesyria (www.tabungsyria.com).
Jika mahu bantu boleh ke akaun:
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
- https://www.instagram.com/mapimofficial/
Ayat Cinta Dari Tuhan
The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)
Lirik lagu Ayat Cinta Dari Tuhan - Heliza Helmi & Hazwani Helmi
Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini
Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih, segala raga ku letih
Tuhan, tolong aku hilang rasa pedih
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan
Jatuh, kerap kali ku terjatuh, rasa pilu
Bagai tiada sinar baru
Namun, dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku, oh Tuhan ku
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman
Hadirmu, sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu, aku malu
Tuhan kau perhatikan ku
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan
Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan …
Lagu dan lirik: Hazwani Helmi
![]() |
| Dari kiri: Hazwani dan Heliza (Gambar: @hazwanihelmi) |
Instagram Heliza Helmi: https://www.instagram.com/nurhelizahelmi
Instagram Hazwani Helmi: https://www.instagram.com/hazwanihelmi
Instagram The Helmis FC: https://www.instagram.com/thehelmisfc
Kategori:
Ayat Cinta Dari Tuhan,
duo,
Hazwani Helmi,
Heliza Helmi,
lirik,
nasyid,
The Helmis






