Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts


 Jenis cuti yang pekerja kena tahu:


1. Cuti Hospitalisation Berbayar

• 60 hari setahun. Berasingan dengan MC


2. Cuti Sakit (MC)

• 14 hari setahun (Berkhidmat kurang dari 2 tahun)

• 18 hari setahun (Berkhidmat 2 ke 5 tahun)

• 22 hari setahun (Berkhidmat lebih dari 5 tahun)


3. Cuti Maternity Berbayar

• 98 hari untuk ibu baru bersalin


4. Cuti Paternity Berbayar

• 7 hari straight termasuk Sabtu Ahad untuk bapa


5. Cuti Tahunan Berbayar

• 8 hari setahun (Berkhidmat kurang dari 2 tahun)

• 12 hari setahun (Berkhidmat 2 ke 5 tahun)

• 16 hari setahun (Berkhidmat lebih dari 5 tahun)


Tapi setiap syarikat lain polisi so berbeza sikitlah jumlah harinya. Banyak syarikat bagi lebih dari yang sepatutnya. Tapi adakah majikan korang sekarang tengah bayar setimpal dengan workload? Apa kata check dulu market rate: bit.ly/3PU5q0h





Sumber:

https://x.com/faridaffy/status/1831223067172901117?s=19


Gambar:

Photo by Ahmet Şimşek: https://www.pexels.com/photo/men-near-screen-in-airport-terminal-in-black-and-white-16996761/









Hi dreamers, the Early Bird Tickets are NOW LIVE! ✨ Get ready for an adventure like never before, where reality and fantasy blend in perfect harmony.

Choose between Weekend & Weekday Single Passes or our Exclusive Combo Pass! 😍 The Combo Pass includes 1x Wonderland Magical Potion 🧪 and 1x Enchanted Bite 🍰 to add a sprinkle of magic to your journey! ✨

Grab your tickets now at our official website: www.alicesaveswonderland.com or from Klook, Ticket2U, and CloudJoi. 🎟️

After securing your tickets, remember to book your preferred time slot starting 20th October at booking.alicesaveswonderland.com 🕰️

Early Bird tickets are LIMITED and will only be available for a short time—grab them while they last! 🎟️




The Exchange TRX ig:

https://www.instagram.com/p/DA0W5WgKjRo/?igsh=MXJqOXNhMXVvdHY2aw==









Sarawak memang cukup dikenali dengan Bandaraya Kuching, kerana terdapat pelbagai tempat menarik yang harus dikunjungi di situ. Sebelum saya bercerita tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuching, Sarawak, apa kata saya bercerita tentang tempat penginapan yang ingin di recommended di sini. So, let’s check it out now!

Okay, sebenarnya ada banyak jenis penginapan yang ada di Kuching, Sarawak ini, lagi-lagi yang berada berdekatan dengan pekan, lagi banyak choice. Tapi, kali ni saya ingin berkongsi tentang tempat penginapan yang sangat best dan sangat sesuai untuk dijadikan tempat percutian untuk honeymoon mahupun bersama keluarga. Tempat yang menjadi bualan ini ialah Damai Beach Resort!


Damai Beach Resort terletak di pantai Teluk Bandung dan berhadapan dengan Laut China Selatan, dan pastinya ia menjanjikan pemandangan yang sungguh spectacular dan mendamaikan buat tetamu yang datang untuk menginap di sini. Resort bertaraf empat bintang ini berkonsepkan moden dan kontemporari, tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional Sarawak pada rekaan dalamannya, sekaligus membuatkan kita berasa tenang dan selesa dengan keadaan persekitarannya. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut kesesuaian kita sebagai tetamu. Damai Beach Resort ni ada tujuh jenis bilik iaitu Baruk suites, Long House suites, Chalet, Seaview deluxe, Standard balcony, Superior pool side, dan juga Hill view wing. Fuhh, jenuh taip satu-satu nama bilik dia. Nampak tak betapa banyaknya pilihan yang kita ada jika bercadang nak menginap di Damai Beach Resort ni? Semua bilik memang lengkap dengan segala kemudahan seperti hair dryer, air conditioner, cattle, pendek kata semualah, tapi apa yang paling best, setiap bilik yang disebutkan tadi mempunyai ruang yang sangatlah luas, memang sesuailah buat kita yang plan nak datang bersama keluarga. Kalau ada yang datang sini memang nak berbulan madu, the most recommended bilik ialah Baruk suites. Baruk suites ni dibina berdasarkan rumah tradisional masyarakat Bidayuh, ia terletak di lereng bukit dan tinggi agar kita dapat menikmati pemandangan yang indah serta romantik bersama pasangan kita. Di samping itu, Damai Beach Resort ini juga ada padang golf dia sendiri, jadi pada sesiapa yang dah bosan asyik terperuk dekat bilik tu, kita boleh cuba bermain golf di Damai Golf & Country Club. Tak reti main golf? Jangan risau, pada sesiapa yang tak reti main golf, boleh cuba aktiviti lain seperti jungle trekking, bersantai atau jalan-jalan di persisiran pantai dan banyak lagi. Kemudahan pulak memang banyak seperti swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak, gym, kids village, spa and massage service pun turut disediakan.


Rasanya macam tak sabar nak ke Damai Beach Resort inikan? Kalau sesiapa berminat nak booking resort ni, apakata cuba book Damai Beach Resort at Tanjung di website Traveloka. Sebab ianya menawarkan harga yang sangat murah berbanding dengan kita membuat direct booking. Bukan itu sahaja, kita boleh tempah sekali tiket flight di traveloka.com ni tau, jadi tak adalah pening kepala nak booking asing-asingkan? So, tunggu apa lagi, jom tempah sekarang!

Tempat menarik berdekatan di Damai Beach Resort

Sarawak Cultural Village


Sarawak Cultural Village ni terletak kira-kira 0.41 km dari Damai Beach Resort, memang sangatlah dekat. Jadi, rugi tau kalau kita tak berkunjung ke sini. Sebabnya, dia umpama muzium yang alive, maksudnya dia bukannya macam muzim yang bosan, tengok gambar / lukisan statik semua tu tau, tak! Ia more towards mengenali pelbagai etnik group di Sarawak dengan lebih dekat lagi serta dapat melihat rumah mini seperti etnik Bidayuh, Iban, dan Orang Ulu. Bukan itu sahaja, kita juga akan dipertontonkan dengan persembahan tarian daripada setiap etnik Sarawak di theater yang disediakan. Menarik bukan?

Gunung Santubong


Gunung Santubong adalah antara gunung yang agak terkenal di Sarawak. Lagi-lagi famous dengan cerita lagendanya, tidak lain dan tidak bukan pertengkaran di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Selain daripada cerita lagenda yang seringkali menjadi bualan penduduk tempatan, gunung Santubong ini juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk hiking, kerana pemandangannya yang sangat cantik dan memukau bagi sesiapa yang memandang.

Ini baru sebahagian yang dapat diceritakan. Ada banyak lagi kelebihan jika berkunjung ke sini, jadi jangan lepaskan peluang untuk pergi bercuti di Sarawak dan menginap di tempat menarik ini! :)












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top