Showing posts with label Hun Haqeem. Show all posts
Showing posts with label Hun Haqeem. Show all posts


Lirik lagu Untuk Semua Jiwa - Hun Haqeem ft Noki (OST Filem Soloz Game Of Life)


Lirik:

I wanna be a hero

Untuk semua jiwa

Biar mereka tahu ku yang juara


Arena pertama

Di pentas dunia

Bermula langkah


Menjadi lagenda

Sentuhan magika

Mata memeka

Setiap gerak

Memeta juara


Fakta jangan hirau dengan kata kata yang tak membinaaa

Buktikan dengan hasil ikut cara cara kitaa

Sejujurnya aku Tak kesah seberapa pun penatnya

Jadi buat barang sampai mereka tak menafikannya

Semangat tuk maju kehadapan

Kekalahan jadi kekuatan

Pengalaman jadi pengajaran

So sampai masa


I wanna be a hero

Untuk semua jiwa

Dan tak mudah diriku mengaku kalah

I wanna be a hero

Ku bukti kau salah

Biar mereka tahu ku yang juara


Kadang kadang kalah dan ku terus bangkit

Rencana dicipta nah tak menjadi

Sekuat mana pun wira yang dipilih

Gandingan bahu menjadi panji


Jalanan berduri rintangan berganti

Belajar kenali nah silap diri

Di kanan dan kiri sahabat semati

Slogan di hati kita sorak berapi


I wanna be a hero

Untuk semua jiwa

Dan tak mudah diriku mengaku kalah

I wanna be a hero

Ku bukti kau salah

Biar mereka tahu ku kan menjadi hero

Untuk semua jiwa


I wanna be a hero

Ku bukti kau salah

Biar mereka tahu ku yang juara






Hun Haqeem (Haqeem bin Hermy; lahir 7 Januari 1998) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Lahir di Kuching, Sarawak.

Beliau berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam.

Pada 1 Mac 2020, Hun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan serius di tumit kaki kanan dan ligamen. 

Berpendidikan dalam jurusan Perakaunan & Kewangan di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. 

Instagram: @hunhaqeem 

Tiktok: @hunhaqeem

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon dan model dan berjinak-jinak mendekati dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press. Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan telefilem Tasbih Usang. Hun membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Hapus" oleh Masya Masyitah, kemudian diikuti oleh muzik video "Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza. Beliau kemudian berlakon bersama Wanna Ali dan Meerqeen dalam drama Angkara Cinta dengan memegang watak sebagai Luqman.

Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga, Qhalish dalam Cinta Belum Tamat Tempoh dan Jaafar dalam Kampung People.


Diskografi

Kopitiam Rasa Sayang (2021)


Filemografi


Drama

2019 -

Cari Aku Di Syurga (Ariff, TV3 Drama pertama) 

Cinta Belum Tamat Tempoh (Qhalish, Astro Ria) 

Kampung People (Jaafar, TV3) 

2020 - 

Seindah Tujuh Warna Pelangi (Arjuna) 

The Gadis (Mika) 

Kampung People 2 (Jaafar) 

Angkara Cinta (Luqman, Astro Prima) 

2021 - 

Sihir (Hud, Astro Ria) 

Dayang Senandung (Fannan, TV Okey) 

2022 - 

Ulya & Dini (Dini, Astro Ria) 

Hantu Raya Pergi Perang (Kadir Osman / Raya Sooka) 

2023 - 

Nenek Bongkok Tiga (Zamir, Viu) 

Imam Instant Ustazah Scammer (Imam Ashraf, Astro Ria) 

Chinta Wrong Direction (Raja Akid, Astro Ria) 

My Famous Ex-Boyfriend (Rakan Jamie Episod 24, penampilan khas) 

W: Two Worlds (Alif Hadi, Viu) 


Telefilem

2019 - Tasbih Usang (HyppTV Telefilem pertama) 

2020 - Pemuja Rahsia (Adam, TV3) 

2021 - Tentang Alif (Mat, Astro Ria) 

2022 - Obses (Lokman, Astro Citra) 


Televisyen

2020–2022 - Gempak TV (Pengacara bersama Astro Ria Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana) 

2024 - The Masked Singer Malaysia, (musim 4) [Peserta (Roti John) Astro Warna] 




Dan siapa sangka Hun Haqeem pandai meyanyi! 




Antara sumber:


















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top