Showing posts with label Infografik. Show all posts
Showing posts with label Infografik. Show all posts

Tragedi di Gerik, Perak pada 11 Mei 2025 telah menganggu emosi seluruh negara yang menangis di Hari Ibu. Seekor anak gajah mati dilanggar lori, manakala ibunya enggan berganjak, setia menunggu di lokasi kejadian sehingga lebih lima jam.



Gajah bukan sahaja haiwan pintar, malah penuh empati. Induk dan anak gajah hidup dalam kumpulan matriaki rapat dan saling menjaga, membantu yang lemah serta menunjukkan kesedihan apabila kehilangan. 






Haiwan mungkin tidak memahami kematian sama seperti manusia tetapi gajah secara spesifik sering memperlihatkan apa yang tampak bagi manusia sebagai gejala kesedihan dan duka apabila berhadapan dengan kematian.

Insiden tragis seperti ini bukan yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir. Mari kenali serba sedikit sifat mamalia daratan terbesar di Asia ini. Semoga penyelesaian dalam mengurangi konflik antara manusia dan haiwan dapat segera kita capai.







Infografik: Kenali beruang matahari yang juga merupakan maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026

Wira dan Manja - nama Maskot Beruang Matahari Tahun Melawat Malaysia 2026

Bernama Radio



Semalam 13 Oktober bersamaan Hari Jumaat telah dibentangkan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita - Anwar Ibrahim.

Berikut adalah sebahagian Infografik: Berkenaan STR dan bonus kakitangan kerajaan dan pesara, rebat elektrik dan STR. 









📌 Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa Malaysia. 

📌Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25% iaitu drpd RM 8 bilion kpd RM 10 bilion

📌 Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

📌Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500

📌 Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM 500 akan disalurkan sebelum Ramadan.

📌 Manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan

📌 Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023 & permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding stahun sekali sebelum ini. 

📌 Bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari 2024

✅ KWSP

📌 Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kpd RM500 setahun terhad kpd RM5,000 seumur hidup

📌 Bagi i-Suri KWSP pula ditingkatkan kpd RM300 setahun terhad kpd RM3,000 seumur hidup

📌 Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskane dngan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih. 

📌 Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami

📌 Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkane sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

✅ PTPTN 

📌 Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:

1. Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman

2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran

3. Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gajit aau debit terus berjadual

✅ Yuran Pengajian IPT

📌Yuran bagi pendaftaran masuk ke Universiti Awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500

📌Tiada sekatan pendaftaran subjek bagi setiap semester bagi pelajar yang tidak mampu membayar yuran pengajian

✅ Duti Eksais Minuman Bergula 

📌Dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter

✅ Sumbangan Khas Komuniti Islam

📌Kerajaan bersetuju utk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yg akan disalurkan terus kepada lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja & marbut di peringkat komuniti.


✅ Bonus Kakitangan Awam & Pesara �

📌 Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak: ��

📌 RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak �

📌 RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform�

📌 Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen�

📌 Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.


Pautan:

Infografik: Twitter SinarHarian

Antara sumber: https://mysumber.com/bajet-2024.html






Pada 2 November 2018 lalu, telah dibentangkan belanjawan 2019 (belanjawan pertama oleh kerajaan Pakatan Harapan) oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. Berikut adalah infografik Belanjawan melalui laman web Bernama dan Harian Metro untuk rujukan. Juga disertakan di bawah pautan teks lengkap belanjawan 2019 serta video ucapan pembentangan Belanjawan 2019. 

Gambar / Infografik Belanjawan


Perbelanjaan Persekutuan
Pelan Perkembangan Ekonomi Digital
Sektor Perumahan
Peluang perkerjaan
Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019) & Kesihatan

*****
Teks penuh ucapan lengkap pembentangan Belanjawan 2019: 


*****
Perkongsian Facebook My Personal Finances | Laman web: https://mypf.my



Video pembentangan belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Laman web rasmi Belanjawan 2019: http://www.treasury.gov.my

"MALAYSIA WIBAWA, EKONOMI DINAMIK, RAKYAT SEJAHTERA."









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top