Showing posts with label KOI. Show all posts
Showing posts with label KOI. Show all posts

 




LIRIK LAGU

(Mya)

susuk besi dimungkari

air seni menakluki

hitam gelap jadi putih

walau kotor tampak suci

sang berbisa ular hitam

kadang dua kembar siam

ada cuma bayang bayang

hidup dalam lurah dendam

diseru besi kursani ada rahsia


(Achoi)

dunia kejam kau panggil siapa?? 

pesta manusia hidup jadi gila 

Semar bicara, bisa berbisa, kau medampingku sudah bersatu

nak diluah mati ayah

nak ditelan mati ummasarung pekin golok cindai

jaga jaga ada landai

ada ikut jadi keldai

dah tersandung jadi bangkai

maha besi ,geliga ular

jasad dikunci mereka berkata

golongan mereka yang bijaksana

kau mahu hidup sini jadi hamba

saki baki nyawa yang ada dibumi 

mati pun meladar kealaman kami

mewah di atas dipasakkan hiraki

tuntut pabila dibawah nanti


(Mya)

susuk besi dimungkari

air seni menakluki

hitam gelap jadi putih

walau kotor tampak suci

sang berbisa ular hitam

kadang dua kembar siam

ada cuma bayang bayang

hidup dalam lurah dendam

Terbinasalah tubuh yang dulu sempurna


(Raflex)

Pandangan keliru atau 

pandangan itu yang tertipu 

tertumpu dengan angka dibentang jitu Bahkan sebalik angka perlu ditiru

Sudah disediakan oleh siapa 

yang baik atau sebalik punya agenda 

yang rakus takkan habis 

menepiskan ditapis menentangkan di gilis ditunggang pula hadis

Malah di pudarkan pada dunia 

Di kaburkan soalan jawab si buta

Maka tubuh terima cecair dusta

Walau hingga ada yang tergadai nyawa

Berpaling tadah berdedam suka

Asalkan bisa turut tunjuknya

Walaupun ada tergadai nyawa 

Turut telunjuk yang di suruhnya

Media menjadi peranan mereka

Sedia di dalam genggaman siapa

Siapa di dalam genggaman mereka

Menurut telunjuk belitan si ular


(Hemo)

Jap! Mari kita imbau

Kenangan di halau akibat merayau

Terasa di pantau macam seekor kerbau

Cuba duduk sebelah ada ke bau?

Kena ada sijil kalau tak kau di jail

Mata dah terkebil merontak di bebel

Pedih menyesali, sedih kenang diri

Cam Gerimis Mengundang zaman ni 

The thing goes skrak, “Kak bagi free nak tak?

Tak perlu bayar datang acara keramaian

Berpasukan, sila tanda tangan

Bertuah boleh hidup lama

Macam saya memang istimewa

Saya bukan orang biasa

Separuh manusia, separuh kera

Kera apa, kerana, na apa, na sib, 

sib apa, sib baikla, la apa, la ri!!”


(Mya)

susuk besi dimungkari

air seni menakluki

hitam gelap jadi putih

walau kotor tampak suci

sang berbisa ular hitam

kadang dua kembar siam

ada cuma bayang bayang

hidup dalam lurah dendam

ikut dilapah dijajah sama agenda




 



LIRIK LAGU

[Chorus]

Nyawa di rentap kepuasan sia sia

Gentayangan nista nafsu di dalam akal minda

Timbangan neraca dunia harga yang perlu dibayar

Kelak binasa yang di himpunkan siapa menerima ijazah 


[Achoi]

Baling batu! Sorok tangan tubuh nan kecil dihempas badai

Renjis duka dipalit nista disemaikan nyawa yang sudah berkecai

Bukan takdir tapi tangan keji yang mengatur papan sang kelembai

Yang bernyawa kan jadi membisu si mungkar cuba jadi pelatur

Tangisan si tua yang masih bernyawa kidung purba hilang berlagu

Mengetuk pintu langit tangan yang menadah ramai masih percaya kamu

Si penjaga mata darah genggam bara tadah tangan doa 

Keadilan cuba di selidungkan dipenjara keranda tukun

Binasa munafik cemarkan rahsia lenyap bisukan 

Durjana muslihat sengsara terhijab rebah lesapkan 

Lidah berbisa, patah di hujung

Dosa menggunung, kau menanggung

Tindasan kotorkan burukkan hanguskan

Lemparan injak bantahan


[Hemo]

Fuhh, lega rasa, satu persatu disiku aku

Umpama begitu ilusi budiku

Cari cara-cara tubuh bersikukuh

Keruk bara-bara bancuh jadi teguh

Azam rata-rata cekuh jiwa penuh

Lakaran terapi pasti patah buluh

Lirikan berapi janji kalah musuh

Okay, sekalipun tak kenal kita tak pernah bersemuka 

Free tiga puluh juta doa pasti termakbul jua 

Yang berlapang padang tapi tak berlapang dada

Orang berada mengada duduk belanda

Utara balik selatan, pusing-pusingkan berjumpa

Tak selamanya berkuasa, tak selamanya bertakhta

Tak pernah dalam sejarah yang terkutuk kekal menang

Di hujung cerita yang benar di julang

Otakku gotoku nang boti nang nang nang kui boti kui

Fire fire bila kun fayakun

Yang sana hukuman macam kena kamui

Oleh-oleh non-stop, ulang congeh-congeh

Untuk kamu saja main toreh-toreh

Gigih toleh-toleh, takda songeh-songeh

Ini tempat lari pun tak boleh-boleh


[Raflex]

Gelisah mengeluh, bermain di daya fikiran

Sebutan namamu hanya ya rabbi yang aku masih dpt zikirkan

Berharap terima , tenang ku dalam memikirkan 

Bernafas dan hembusan nafas ini harap tidak menjadi kekangan

Itu terlalu pahit buat tubuh kecil ini tuk menghujatkan

Mengapa harus terima sakit dengan tanpa ada rasanya belasan

Sebalik sosok tubuh kecil ini cuma mahukan kedamaian

Malah yang di pilih berpisah dengan kekejaman tu persoalannya? 

Nyawa bukan rangkar catur 

Empunya nama jangan atur 

Berkuasa bukan pada takbur

Pengahkiran kita sama terkubur

Doa yang zalim tersungkur

Kebulur dengan azab bakal luntur

Ya rabbi dengarkanlah doa ini

Mengerti maksud hati dan setiap tutur








LYRICS

Chorus

Si Tari lengang bertalung mengalung

Madah tak bertumpang tapi dipecah pekung

Si gala rahsia terbungkam tertundung

Nada yang di sulam dusta menjadi kalung


Khaza Raflex

si bongkak mencorak ngorak di bentang risalah bukti 

buktinya tiada inti isi nya ilusinasi

fikiran di nilai suci ikutan dek anak rumi 

di Injab kan kitab ruhi di kerahnya merahmati


menuai sampai ke tua di ajarkannya yang salah 

sedar punya yang maha di kejarnya cuma bila 

tahtah dan kuasa yang cuma hanya di nilai suci

gadainya maruah rela asalkan bisa 


memanupulasi mereka aksi nak mengatasi

menguasai merubah paksi dari hakiki bongkak nya diri pada illahi

bila terkepung terbuka pekung bahkan tersadung kini terlopong jalannya hujung baru melolong meminta tolong pada penghitung 


fikiran ku mulai fajar menilai ku susah bila

seragam nya asli tampak sosok dek seakan sufi

sebaliknya jauh terpesong itu nauzubillah

semoga kalian sentiasa di LINDUNGI yarabbi.


Chorus

Si Tari lengang bertalung mengalung

Madah tak bertumpang tapi dipecah pekung

Si gala rahsia terbungkam tertundung

Nada yang di sulam dusta menjadi kalung


Achoi

sadarul kalam serigala si dubuk liar

asah samak senjata di lurah abaimana

dhaif sadaya lul minhat yang telah terang nyata

kerna nila setitik dipukul rata semesta

warna kulit hitam,marga sawo matang,putih pecah tembelang manjapada bergoncang

yang dipuja,yang memaksa,ritual cakra,jagatraya,penyebaran propaganda,pegerakan bawah tanah

engkau menghukum kami,menunding jari, ilmu kami tak setara

tapi kau adalah manusia tercemar di atas pentas dunia 

,bakarah,pendusta,balela,berakah,danawa,pemusnah,serakah,jentaka,menjarah,

jiwa yang tak berdosa.

sebelum kau di depan ku bagi perigatan

kalau tersesat jalan patah ke pemulaan

yang benar,yang jujur,yang betul membujur

yang salah,teralpa,terdampar ruginya


Chorus

Si Tari lengang bertalung mengalung

Madah tak bertumpang tapi dipecah pekung

Si gala rahsia terbungkam tertundung

Nada yang di sulam dusta menjadi kalung


Hemo

Luar bersih pakaiannya putih hakikatnya pedih

Muka sengih buat baik gigih bercakapnya fasih

Sembunyi bayang, orang semua sayang, itu cuma sikit

Memang perit, terdiam bila leaked, kantoi video a bit,

Lu chill, usah nak buat kerja tuhan 

Kadang bila hujan, kayu basah, akan tumbuh cendawan

Kadang dalam badan, ada tuan, dia cuba menawan

Memang normal akhir zaman banyak T.I.P.U, aksa aman

Belakang bising, di depan diam, ada dua alam

Malam jadi musang yang berbulu ayam

Punyalah berazam, tak pernah tenggelam

Kapal besar agam, sikit pon tak karam  

Tak main di kolam, laut yang di idam

Nak mencari ikan, hasilnya beribu

Meniaga ikan bakar takda abu

Ja sebenarnya, takkan ada manusia sempurna

Setiap kata dan komen semburlah

Hidup serupa selalu sepenah , ala sesumbar

Dan semua, before kecam ingatlah semula

Jaga hati semoga sembuh la, simpan sikit peluru jangan bertempur la





Setelah Niskala Suaka, K. O. I muncul dengan lagu kedua berjudul Tiwikarma. 




Mya Nana

Hujan derita dibawah langit gempita,

Mulut dikunci tidak mampu bersuara,

Darah daging diratah tempat mereka mulia,

Jasad tiada nyawa semadi tiada tanda.


khaza reflex

aku dengar jeritan tangisan suara memekik

robekan mata hati buatkan ku mula terusik

rintihan jiwa ini buat ku rasa tercarik

menjentik hati mati ego berang kian terdidik

pandangan terbalik yang salah di perbetulkan

padamkan yg baik yang salahpun di ikutkan

berada di zaman terakhir ramai nak pertama

biar aku yang akhir untuk ku pilih yang mana


Nicky E

Hidupnya gelap gelita

Berdepan dengan senjata

Mereka bemandi darah

Sehingga hilangnya keluarga

Si perampas kan terus berpesta

Meraikan tangisan mereka

Doaku pohon pada yang Esa

Untuk kau peluklah anak anak syurga

Pertunjukan apa yang kau mahukan

Apa lagi agenda kau inginkan

Lemas sendiri dalam kegelapan

Entah sampai bila kau nak hentikan

Satu syahadah kami berserah

Taat pada yang maha kuasa

Impian dan juga harapan pasti masih cerah

Nescaya nanti tuhan akan kasi malapetaka


Mya Nana

Hujan derita dibawah langit gempita,

Mulut dikunci tidak mampu bersuara,

Darah daging diratah tempat mereka mulia,

Jasad tiada nyawa semadi tiada tanda.


Achoi

Sedih duka nestapa gundah gulana jiwa

Kenang nasib saudara kita yang seagama

rudal dron arti leri menagih orang mati 

luka merah berdarah hijau hitam butala

Kiri kanan terkepung kendala bayangkara

Tekak kering dahaga azab lapar menjelma

Lihat kiri dan kanan sisa yang tinggal nyawa

Tak pasti sampai bila mungkin esok ke lusa

Henti bertelagah Kiri, kanan dan tengah

Bersatulah kita dibawah satu kalimah

Musuh yang utama Sejak kita dicipta

Dialah Sang Pawaka yang penuh Tipu helah 

Penyesat manusia batara cendala fitnah

jika terleka lajad paling gembira 

mencuba mengubah, timbangan neraca

malam tukar hitam,siang tukar rangka 

saki baki nyawa yang ada hanya manusia terpilih yang sabar percaya dengan dugaannya

tidak pernah berganjak,

tidak takut dipijak,

tidak takut ditembak walau meletop otak.

tidak kejar dunia,

walau tengah derita, 

tangan masih menadah iman tak pernah pudar.

kami masih bersama,

kami masih berdoa

kami akan serta perang di alam maya


batas manusia binatang buas 

akal sempurna ahmak bisikan talbis iblis

agenda media kuasa yang tak kan habis

hanya mampu berdoa walau luka tak terhiris


Mya Nana

Hujan derita dibawah langit gempita,

Mulut dikunci tidak mampu bersuara,

Darah daging diratah tempat mereka mulia,

Jasad tiada nyawa semadi tiada tanda



Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) ti·wi·kra·ma bermaksud 

1. pengubahan diri menjadi raksasa dan sebagainya (dalam cerita wayang); 2 pengerahan segenap tenaga dan pikiran untuk menyampaikan maksudnya

 


[K.O.I-Niskala Suaka]


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku

Putih sama biru merah pekat dah membeku

Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing 

Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng

Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur

Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur

Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka

Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah


Waktu muda mendabik dada

Meninggi bahu melanggar semua di depan mata

Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun

Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum


Tempatnya ditukar di ingat seketika

Untuk bawa anak anak buah makan besar

Al maklumlah arwah baik orangnya

Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Mula dari Alif sampai Ya ku kebal

Sentiasa positif, kitab aku tebal

Tiga puluh khatam, tanya pada khadam 

Memangku pendendam cuma suka diam

Amokku di pendam kalau tak ku tendang 

Mereka main tikam, depan dan belakang Setinggi mana pun, memang tiada ampun Walaupun serumpun, masih pilih daun Ey, meneraju ke alam baru


Terus humble la kalau nak maju

Jangan mendongak buat tak malu

Terasa hebat bertindak melulu

Bila menangis mencari bahu

Update media nobody bantu

Dikecam beramai terus membisu


Zaman dia lain, generasi kita berbeza

Kau masih berlampin, minum susu tin sambil

baring, oh selesa

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih

Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top