Showing posts with label Kejayaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan Malaysia. Show all posts

Pasukan Sepak Takraw Malaysia
Sukan Asia 2018 di Indonesia baru sahaja melabuhkan tirainya pada 2 September yang lalu. Bermula pada 18 Ogos, sukan ini berlangsung begitu jaya dan meriah sekali. Melibatkan sebanyak 45 buah negara, Malaysia antara yang tidak terkecuali menghantar atletnya. Di sini saya kongsikan catatan suka duka di Sukan Asia melalui kaca mata saya sebagai penonton di Malaysia.

KEJAYAAN

https://www.bharian.com.my
- Bola Sepak Malaysia kalahkan Korea Selatan selepas 44 tahun
Ini adalah kejutan awal yang diberikan oleh wakil bola sepak negara (B-23) di Indonesia apabila buat pertama kalinya, Malaysia mengalahkan pasukan gergasi Asia; Korea Selatan selepas 44 tahun. Kemenangan 2-1 dalam peringkat kumpulan ini juga memberi kesan (kejutan) kepada pasukan lawan kerana ranking negara kita yang jauh lebih rendah berbanding mereka. 

@/AtletMalaysia
- Boling paling menyerlah
Menjadi penyumbang emas pertama dan paling banyak dalam acara kali ini, boling dilihat sebagai sukan paling menyerah dan mempunyai kesinambungan pelapis yang baik terutamanya melalui Rafiq Ismail.


- Azizul dapat pakej pingat
Walaupun gagal mendapatkan emas dalam acara kegemaran beliau; Keirin, namun Azizul berjaya juga memenangi emas malahan pakej pingat (emas, perak dan gangsa) dalam kejohanan berbasikal kali ini dalam beberapa acara lain. Juga menyerlah kali ini adalah Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil. 


- Sepak takraw kalahkan tuan rumah
Ini juga kejutan, setelah kita lama tidak bersinar dalam sukan tradisi ini, kita berjaya mendapat pingat emas dalam acara antara regu (lelaki). Malahan provokasi pemain tuan rumah; Indonesia di perlawanan akhir itu tidak sedikit pun mengganggu prestasi mereka malahan berjaya come back, dengan bangkit semula setelah ketinggalan jauh. Semangat dan kekuatan pasukan sepak takraw Malaysia (daripada pemain sehingga ke jurulatih pasukan kita) disudahi dengan tangisan kegembiraan. Ahamdulillah.

Boleh juga baca ini: Tulisan Wan Halim Wan Abdullah



- Hoki: Kita masuk akhir, kalahkan India di separuh akhir hoki
Antara gembira dan sedih apabila pasukan hoki kita berjaya mengalahkan India, pasukan lebih kuat berbanding Malaysia pada separuh akhir acara kali ini. Namun kegagalan gagal mempertahankan mata pendahuluan ketika peringkat akhir menentang Jepun sehingga terpaksa di bawa ke masa penalti, sedikit menyedihkan. Walaupun pasukan hoki kita agak down setelah tidak berjaya mendapatkan slot automatik ke Olimpik, namun kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan perjuangan mereka semua. Tahniah!



- (Squash) Malaysia vs Malaysia dan kejutan 
Menarik apabila peringkat akhir wanita squash, Malaysia bertemu Malaysia. Nicol David tetap menunjukkan bisanya tidkak pernah hilang, apabila menjuarai squash wanita menewaskan pelapis kita dalam acara ini; Sivasangari Subramaniam! Malahan kejutan turut diberikan pasukan lelaki apabila juga berjaya mendapatkan pingat emas ketujuh negara (ramai tidak menjangkakan ini!). Tahniah!


- Emas keenam pelayar muda
Muda orangnya, baru berusia 16 tahun. Fauzi Kaman Shah mendapat pingat emas keenam negara! 

- Nur Dhabitah Sabri
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan.

Sukan lain seperti Ragbi, pasukan hoki wanita dan beberapa acara lagi juga menampilkan aksi yang baik. Moga kita dapat mempertingkatkan lagi prestasi di masa akan datang.


Duka:

- Olahraga dan Baton 
Ini juga di luar jangka. Kesilapan ketika pertukaran baton menghancurkan harapan kuartet 4x100 meter negara apabila larian mereka dibatalkan ketika aksi final. Pelari pertama, Nixson Kennedy memberikan baton kepada pelari kedua, Jonathan Nyepa di luar zon sepatutnya menyebabkan ia terbatal secara automatik. Jurulatih skuad pecut negara, M Balamurugan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas insiden berkenaan yang disifatkan perkara lumrah dalam acara berganti-ganti. Mereka telah cukup bersedia, namun tiada rezeki kita kali ini. Tak apa, lain kali kita cuba lagi!

- Jufferi  tidak puas hati
Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi pencak silat lelaki akhir kelas E, berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, berikutan rasa tidak puas hati dengan barisan juri yang didakwa berat sebelah. Bukan sahaja menangis memohon maaf, malah dia begitu emosi meluahkan rasa amarahnya. Moga Jufferi lebih bertenang dan ada rezeki lain kali. Insya-Allah. Moga juga semua pihak bersikap lebih telus di kejohanan akan datang. Insya-Allah. Namun acara silat berjaya juga menjadi penyumbang beberapa pingat kali ini. Tahniah!


- Peluncur Skateboard negara dikutuk
Kasihan adik Fatin Syahirah. Akibat rasa gemuruh, dia gagal melakukan yang terbaik dalam sukan skateboard. Video aksinya di Sukan Asia tersebar sehingga dikritik teruk netizen. Moga menjadi pengajaran untuk kita dan semua juga. Kritikan memang perlu untuk kebaikan tapi bukan untuk menjatuh. Malahan ada rakyat Indonesia sendiri memberi sokongan kepada beliau dan lagenda skater dunia juga memberi kata-kata semangat untuk Fatin. Muda lagi awak, dik. Jangan mengalah!

Boleh juga baca tentang Fatin ini di: Tulisan Wan Kedah

- Walaupun kita memang berharap lebih kepada beberapa sukan. Tapi kejayaan mereka melangkah lebih jauh sudah cukup membanggakan! 
Untuk yang berjaya, jutaan tahniah kami ucapkan. Untuk yang gagal, kita cuba lain kali. Berjaya atau tidak tetap kami sayang. Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama. Teruskan perjuangan!

Pingat-pingat Azizul Hasni Awang di Sukan Asia 2018

@/SinarOnline
Kebanyakan gambar di artikel ini milik:
Berita sukan:
Jumpa lagi di acara-acara akan datang terutama sekali di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. Malaysia boleh!



Alhamdulillah untuk semua yang diizinkan-Nya. Pelbagai kenangan pahit dan manis juga dicatatkan pada tahun 2016 ini. Perkongsian daripada Richard Ker dengan membariskan orang yang sanggup membantu orang lain, selebriti, ahli sukan, gamers, qari dan pelbagai lagi insan hebat yang menjadi hero sepanjang tahun ini membuatkan saya juga terinspirasi.

Antara kejayaan dalam sukan yang menonjol tahun ini adalah kejayaan atlet olimpik Rio, Atlet Paralimpik, Kejayaan dalam bola jaring, dodge ball, pencak silat, atlet Calisthenics, Mat Redho dalam sukan lasak serta Khairul idham Pawi & Zulfahmi Khairuddin dalam sukan bermotorsikal.

Di kalangan sukarelawan pula, kita begitu mengagumi semangat Dr. Fauziah serta  Tokoh Belia, Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman. Malah hero Malaysia lain yang menonjol dengan sumbangan dan bakti mereka tahun ini seperti Syed Azmi dan Kuan Chee Heng.

Namun antara kejayaan paling menonjol bagi saya adalah seperti berikut:


1. Kejayaan Abdullah Fahmi Che Nor Shukri (pernah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti, Akademi Al-Quran musim pertama anjuran TV9) dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-17 di Moscow, Russia. Tahniah Ustaz!

2. Faiz Subri di Puskas FIFA award


Mohd Faiz Subri melakar sejarah baharu bola sepak negara selepas dipilih menjadi antara tiga calon yang bakal memenangi Anugerah Puskas 2016. Namun, peminat bola sepak seluruh dunia perlu mengundi sekali lagi untuk menentukan pemenang bagi anugerah ini yanga akan diumumkan 10 Januari 2017. (Berita: Awani)

Update: 10 Januari. Alhamdulillah. Faiz Subri mencatat sejarah tersendiri, apabila memenangi anugerah Puskas di Zurich, Switzerland. Tahniah anak muda! Malaysia boleh! 


News: http://www.101greatgoals.com/



Faiz subri: twitter @faizsubri131
Faiz Subri - wikipedia

Biodata Faiz Subri (sumber)
Nama: Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir: 8 November 1987
Pasukan: Pulau Pinang (pemain tengah)
Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah

3. Harith Iskander dinobatkan sebagai manusia paling lucu di dunia.

PELAWAK terkenal tanah air, Harith Iskander, telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan 'standup comedy' antarabangsa (anjuran Laugh Factory), Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland. (Berita)

Biodata Harith Iskander (sumber: Wiki)
Nama lahir : Harith Iskander bin Musa
Kelahiran : 7 Ogos 1966 (50 tahun)
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Juga merupakan pelakon dan pengacara.


Boleh baca ucapannya di: Instagram Harith Iskander

Gambar anak-anak Harith: Instagram @iskanderkids

Video jenaka yang menjadi kemenangan:



4. Yunalis Zarai
Gambar oleh: @aimanness (Baju Nuova Flora by Hattaxyuna)
Gambar oleh: @aimanness (Baju Nuova Flora by Hattaxyuna)
Album terbaharu pencipta dan penyanyi Malaysia, Yunalis Mat Zara'ai, 'Chapters' (yang merupakan album kelima Yuna juga mengandungi hasil kerjasamanya dengan beberapa artis antarabangsa seperti Usher dan DJ Premier) tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik. Turut tersenarai dalam carta 10 teratas itu adalah penghibur antarabangsa Beyonce, Rihanna dan John Legend. (Sumber)

Carta billboard (Yuna) --- billboard.com

Lagu nyanyiannya pula, On Ghost Ridge (hasil ciptaan Emmy dan Nicholas Pike. Lagu tersebut merupakan sebuah lagu tema filem membela hak orang asli 100 years: One Woman’s Fight for Justice) tersenarai awal dalam kategori Lagu Asal Terbaik Oscar 2017. - Sumber

Yuna Zarai biodata:
Name: Yunalis binti Mat Zara'ai
Birthday: 14 November 1986
Stage name: Yuna Zarai
Occupation(s): Guitarist, Singer-songwriter, Singer, Songwriter, Entrepreneur
Country: Malaysia
Yunalis zarai height: 171 cm (5ft 7.5in)

Yuna Zarai: Facebook
Yuna Zarai: Twitter
Yuna Zarai: Instagram
Yuna Zarai: Tumblr
Yuna Zarai:  Official Website

Yuna Zarai: Biography
Yuna Zarai: Wikipedia



5. Zahiril Adzim


Zahiril Adzim memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, manakala naskhah tulisan Alfie Palermo pula dinobatkan sebagai Skrip Terbaik pada festival International Motivational Film Festival – Bridge of Arts 2016 (IMF) yang berlangsung di Restv-on-Don, Russia. (Sumber)



6. Filem Tulus Ikhlas

Astro memenangi kategori 'Best Drama or Telemovie' di 21st Asian Television Award yang diadakan di Suntec, Singapura menerusi telefilem Tulus Ikhlas menewaskan beberapa pencabar hebat dalam kategori sama. Filem ini adaptasi daripada iklan BERNAS menceritakan kisah dua kanak-kanak tersebut di alam dewasa. (Sumber: Awani)

Sekian, tahniah untuk mereka semua dan moga kita semua terus terinspirasi dan bersemangat untuk menjadi lebih baik di tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Insya-Allah. Malaysia Boleh! Dan kita boleh! Selamat maju jaya!

Sumber gambar: Richard Ker



Berita dan perkembangan Malaysia sepanjang 2016: wikipedia

Sekian. Terima kasih.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top