Showing posts with label Lembaga Lebuhraya Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Lembaga Lebuhraya Malaysia. Show all posts

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengesahkan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Roadkatau CSR) akan mula dibuka kepada pengguna pada 25 Jun 2023. Di mana laluan berkenaan melibatkan keseluruhan jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5B dan sebahagian jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5A, melalui susur keluar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.

Tambah beliau, pembinaan lebuh raya sepanjang 17 kilometer tersebut dijangka akan menjimatkan perjalanan pengguna selama 40 minit, kerana tidak perlu lagi melalui bandar Raub. 

Pembinaan Lebuhraya CSR dari Kuala Krai, Kelantan ke persimpangan Lebuhraya Pantai Timur fasa 1 (LPT1) melibatkan laluan sepanjang 306.8 kilometer dengan kos RM7.3 bilion. Ia membabitkan enam pakej dengan empat daripadanya iaitu lebih 200 kilometer terletak dalam Pahang bermula dari Kampung Relong di Kuala Lipis.


Sumber: https://paultan.org/2023/06/19/lebuhraya-lingkaran-tengah-utama-dibuka-25-jun/

LEBUH RAYA | Mulai esok, bagi pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) akan menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) iaitu pembayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit.



Kerajaan sebelum ini sedia mengumumkan sebanyak 12 plaza tol akan menyokong sistem bayaran melalui kad debit menjelang September 2023 ini.

Lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya 

  • Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) 
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) 
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).

Sumber:




Dalam sesebuah perjalanan, paling penting adalah persediaan dan perancangan. Sebelum, ketika dan keadaan selepas. Pastinya semua mahukan keadaan baik dan tenang. Kita usaha, doa dan tawakal. Kemudian serahkan kepada-Nya. Biar lambat asal selamat. Dan berhati-hati selalu, kerana ada orang yang sentiasa menunggu kita.

Kita semua mahukan perjalanan yang selamat dan alangkah indah diberkati, insya-Allah. Selain doa orang teraniaya dan berpuasa makbul, doa orang yang dalam perjalanan juga makbul. Mohonlah doa baik-baik untuk semua.

Adalah lebih baik dan digalakkan untuk mengikuti kemaskini (update) perjalanan, melalui aplikasi trafik yang boleh didapati di telefon kita.

BACAAN BERKAITAN:

INFO TRAFIK TERKINI BAGI SEMUA LEBUH RAYA BERTOL. 
WAKTU OPERASI : 0700AM-1000PM HOTLINE:1800-88-7752


Untuk mengetahui keadaan Terkini Trafik Jalan Raya Seluruh Malaysia melalui informasi @LLMinfotrafik dan @Plustrafik.

CCTV Lebuhraya semua malaysia:
http://www.jalanow.com



Untuk maklumat terkini lain, boleh rujuk sini :





*Sumber lain: DenaiHati

SEKIAN. JAGA DIRI BAIK-BAIK.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top