Showing posts with label MTHQA. Show all posts
Showing posts with label MTHQA. Show all posts

 



Alunan ayat suci bakal bergema, mempertemukan para qari, qariah serta hafiz dan hafizah dari seluruh dunia dalam sebuah pentas penuh berprestij.


Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali Ke-66 Tahun 2026 akan berlangsung pada: 


📅 6 hingga 10 Oktober 2026 (Selasa - Sabtu)

⏰ 9.00 pagi hingga 11.00 malam

📍 Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur


Masuk PERCUMA!

Ayuh rakyat malaysia hadir beramai-ramai menyaksikan MTHQA 2026 secara fizikal.





Saksikan juga secara siaran langsung menerusi Tv Alhijrah, TV1 dan saluran rasmi media sosial JAKIM.



Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan bermula hari ini 23 Mei 2024 sehingga 28 Mei 2024 dengan negeri Pahang selaku tuan rumah. 


Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) bagi Tahun 1445H/2024M. 

Majlis ini merupakan penganjuran antara pihak Persekutuan (JAKIM) dan Kerajaan Negeri yang membolehkan MTHQK kembali ke Pahang selepas 10 tahun.  

Untuk makluman, Pahang merupakan tuan rumah kepada Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2011 dan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2014. 


Tema MTHQ 2024

Pada tahun ini tema yang ditetapkan adalah “Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati”.


Tarikh, Waktu dan Lokasi

MTHQK 2024 diadakan selama 6 hari sebagaimana maklumat berikut;

Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis) hingga 28 Mei 2024 (Selasa).

Waktu: 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Tempat: Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang


Siaran Langsung

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 juga bersiaran secara langsung di saluran TV1 RTM, TV Al-Hijrah, radio-radio milik RTM, radio IKIM FM, WEB TV JAKIM dan di akaun-akaun media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi (Sesi Hafazan) dan 8.45 malam (Majlis Tilawah al-Quran).

Boleh tengok live di TV, TVAlhijrah dan laman media sosial MyJAKIM.


RTM KLIK: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1 

Facebook: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Youtube: TV Jakim



Sumber lain:

Twitter @MyJakim

https://theinspirasi.com/majlis-tilawah-hafazan-kebangsaan/




Alhamdulillah. 


Qari Malaysia, Muhammad Qayyim telah menjadi Johan kategori (Tilawah Lelaki) di Majlis Tilawah & Menghafaz AL-Quran Antarabangsa dengan markah 94.96%. 

Beliau merupakan seorang OKU Penglihatan.

Manakala untuk Qariah, telah dimenangi wakil Maghribi - Sara Belmamoun. 

Walaupun saudara Qayyim Nizar tidak dapat melihat dengan sempurna, namun hatinya tetap celik. Inilah satu contoh Allah SWT paparkan kepada kita kehebatan al-Quran yang dapat mencelikkan mata hati manusia. 

Terdahulu Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi telah dinobatkan sebagai Johan kategori Tilawah bagi tahun 2023 peringkat kebangsaan yang lalu.



Gambar: utusan.com.my
Alhamdulillah. Tahniah! Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61. Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Gambar kemenangan di peringkat kebangsaan (Sumber: Kosmo)
 Abdul Khair Jalil 
Gambar: Kosmo
Abdul Khair Jalil, pensyarah Ilmu Wahyu dan al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 40 tahun. pernah bergelar johan Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kuwait Kali Ke-7 pada 2016 dan johan qari Majlis Tilawah al-Quran 2019.



Sumber:
- Pensyarah UIAM Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
- Qari Malaysia hampir tarik diri kerana gugup

Nur Farhatul Fairuzah 

Gambar: @farhatulfairuzah
Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik, merupakan pelajar tingkatan 6 (lahir tahun 2000) di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan (SMAPL) ini mula belajar taranum sejak berumur lima tahun lagi. Mak beliau (Hajah Jaliah Haji Simin) dan ayah (Allahyarham Haji Panut bin Haji Markum) juga adalah bekas Qari dan Qariah. Ayahnya pernah menjadi Qari sekitar tahun 1990an dan maknya pula pernah bergelar Qariah pada 2004. Selain Farihatul, adik-beradik beliau yang lain juga pandai bertilawah. Malahan kakak beliau, Nor Faizah menyertai majlis tilawah tujuh kali iaitu pada 2008, 2009, 2010 dan 2011 dengan meraih naib johan buat kali ketiga pada 2014, 2016 dan tahun ini.

Gambar: Kosmo
Bersama arwah ayahnya dan emak: @farhatulfairuzah
Farihatul bersama kakaknya Faizah (Gambar: Metro).
“Arwah ada berpesan teringin melihat seorang anaknya bergelar johan tilawah. Malam ini (tadi) adik (Nor Farhatul) memenuhi impian itu,” kata Nor Faizah (kakak) ketika majlis Tilawah Kebangsaan tempoh hari.

Nur Farhatul Fairuzah yang merupakan pelajar Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi sebelum menyambung pelajar di SMAPL, juga suka mendengar lagu-lagu arab dan tilawah berkata, beliau memasuki pertandingan untuk menilai kualiti bacaan. Ini adalah pertandingan besar pertama kali disertainya, sebelum ini cuma di peringkat sekolah dan negeri (peringkat kebangsaan dan antarabangsa).



Laman media sosial Nur Farhatul Fairuzah:

Instagram Nur Farhatul Fairuzah: https://www.instagram.com/farhatulfairuzah
Facebook Nur Farhatul Fairuzah: Farhatul Fairuzah
Youtube Nur Farhatul Fairuzah: Farhatul fairuzah

Gambar - https://www.bharian.com.my
Qari dan qariah Malaysia, diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60, Mei lalu. Abdullah Fahmi Che Nor memperoleh 92.09 markah, manakala Suhailah Zulkifly mendapat 92.05 markah. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Qari dari Iran, Mokhtar Dehghan Estajroudi mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Salah Eddine Haissam (Algeria). Qariah dari Indonesia, Khamisatudduha Abdul Wahab menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Widadul Wahidah Mahamod (Singapura). Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan.

Biodata Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri

Tarikh lahir: 17 Mac 1984
Tempat lahir: Kampung Cherang Hangus, Machang, Kelantan
Pendidikan: Diploma Tahfiz al-Quran Walqiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
"Jika sehari tidak baca al-Quran, jiwa jadi gelisah dan rasa serba tidak kena. Apabila dapat baca al-Quran, baru rasa senang. Itulah keistimewaan serta kelebihan yang saya rasa berkat berdampingan dengan al-Quran," katanya.
Merupakan juara pertama rancangan realiti TV, Akademi al-Quran. Rujukan: http://soaljawab-gg.blogspot.com. Beliau sememangnya seorang yang tenang dan tidak pernah berputus asa, malah beliau juga mempunyai beberapa album tarannum, zikir dan selawat di pasaran.



Biodata Suhailah Zulkifly

Berasal dari Melaka. Pernah menjadi finalis Akademi al-Quran musim kelima (2011) - Kini merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka.

Apa yang menarik, Suhailah tetap merendah diri dan bersederhana sahaja orangnya, memetik cerita di: https://www.hmetro.com.my:

Pada waktu Suhailah tidak mengajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sungai Baru, di sini, gadis berusia 28 tahun itu tidak mahu ketinggalan membantu ibunya di dapur seterusnya bersama bapa, Zulkifly Johar, 59, melayan pelanggan di gerai bazar Ramadan, terletak di Kampung Londang, Masjid Tanah.

"Pada hari Isnin hingga Jumaat saya mengajar kertas usuluddin dan sumber manusia di KUIM. Cuma pada Sabtu dan Ahad jika saya tiada kelas taranum, saya membantu ibu di dapur dan menjual juadah berbuka.

"Apa ada pada nama jika kita sebagai anak tidak boleh berbakti kepada orang tua kita," katanya ketika ditemui di gerainya, hari ini.

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan al-Quran, Sunnah dan Sosiologi itu berjaya menamatkan pengajian tahfiz 30 juzuk al-Quran di sebuah maahad tahfiz di Kuala Kubu Baru, Selangor sebelum itu.

Suhailah muncul johan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 pada 11 Mei lalu selepas memperoleh 92.05 markah, manakala Abdullah Fahmi Che Nor muncul johan qari. Masing-masing membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000. Sebelum meraih kejayaan itu, Suhailah terlebih dulu mengecapi kemanisan muncul johan tilawah peringkat negeri Melaka pada tahun 2011, 2012, 2015, 2017 dan 2018.

Facebook Suhailah Zulkifly: https://www.facebook.com/saljusakinah
Semoga kita semua mendapat sedikit semangat untuk terus membudayakan al-Quran dan menjadi manusia yang lebih bermanfaat. Insya-Allah.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top