Showing posts with label Malaysia Baru. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Baru. Show all posts



Andai hidup tak punya cinta

Pada bangsa mahupun wanita

Hidup tidak punya ertinya

Kenikmatan tidak dirasa


Cinta bangsa rasa mulia

Cinta wanita rasa bahagia

Menjadi cinta penuh daya

Mencipta hidup sempurna


Andai kita lalai sertalah lupa

Masa akan lari sia-sia

Jiwa kosong tak berharga

Dunia bukan syurga oh oh oh oh


Oleh itu mari kawanku

Berpimpin tangan berganding bahu

Segera capai cita yang satu

Di alam Malaysia baru


Andai kita lalai sertalah lupa

Masa akan lari sia-sia

Jiwa kosong tak berharga

Dunia bukan syurga oh oh oh oh


Oleh itu mari kawanku

Berpimpin tangan berganding bahu

Segera capai cita yang satu

Di alam Malaysia baru






Malaysia telah mengubah landskap pemerintahan apabila Pakatan Harapan memenangi pilihan raya pada 9 Mei 2018 lalu setelah 60 tahun di bawah kuasa Barisan Nasional. Setelah mendapat majoriti 54.50%, sebulat suara telah memilih Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Timbalan Perdana Menterinya adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Keseluruhannya ada 28 orang anggota jemaah menteri dalam pentadbiran Malaysia Baru ini.
Secara peribadinya, saya memuji semua pemimpin muda serta lama yang saling bertukar pendapat dan cadangan tidak kira parti apapun. Sama ada di parlimen, mahupun di media sosial. Mereka bersama-sama mahu majukan Malaysia dan memberi kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah. Mana yang baik, kita ambil. Yang tidak, kita kritik. Moga yang baik-baik berterusan.
Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet kerajaan Malaysia 2018.

SENARAI PENUH BARISAN MENTERI KABINET MALAYSIA:

Boleh rujuk sini untuk cara menghubungi dan berurusan: http://www.kabinet.gov.my

Gambar: http://www.astroawani.com

SENARAI NAMA KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR

Boleh rujuk sini untuk cara menghubungi dan berurusan: http://www.kabinet.gov.my

Gambar: http://www.bernama.com

SENARAI LAPAN SENATOR BARU:

Gambar: https://www.bharian.com.my
MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN MALAYSIA 2018 (Council of  Elders)

Majlis Penasihat akan dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, taikun Tan Sri Robert Kuok, Penolong Setiausaha Agung, Jowo Kwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Majlis Penasihat ini ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing. Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari. Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari. - [Sumber berita: http://www.astroawani.com]


Moga bersama-sama kita majukan Malaysia. Tidak kiralah walau bagaimanapun berbeza pendapat, janganlah ia membuatkan kita saling hilang hormat. Hargailah rezeki keamanan ini. Moga dipermudahkan urusan semuanya buat negara kita. Insya-Allah.


*****

Menarik juga trailer / sedutan filem baru RISE: INI KALILAH ini. Diinspirasikan kejadian semasa pilihan raya di Malaysia.




- Infografik Tentang Tun M: http://www.bernama.com
- Antara sumber lain: https://ms.wikipedia.org



Alhamdulillah, tahun 2019 telah masuk 62 tahun Malaysia merdeka. Untuk tahun ini, tema Hari Kebangsaan adalah "Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih". Manakala lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini bertajuk "Kita Punya Malaysia " nyanyian kumpulan Bunkface.

Logo Sayangi Malaysiaku

Update 2019: Tema kemerdekaan (ke-62) 2019 adalah SAYANGI MALAYSIAKU MALAYSIA BERSIH.
 Gambar logo boleh dimuat turun di: http://malaysiamerdeka.my



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata simbol rakyat melakukan gerakan mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dipilih menjadi logo rasmi. Menurutnya, logo itu membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.



"Logo berkenaan adalah hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam, juga yang dipilih Tun Dr Mahathir pada 25 Julai lalu."

"Kami menganjurkan pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk melukis logo Hari Kebangsaan 2018 dan sebanyak 632 logo diterima sebagai penyertaan.

"Perdana Menteri turut meluangkan masa memilih logo dan lagu rasmi yang dinyanyikan kumpulan Bunkface untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini," katanya. - Sumber berita: Jabatan Penerangan Malaysia.

Senarai logo dan tema Hari Kebangsaan Malaysia sejak 1976:

Infografik: Twitter @bernamadotcom




 Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.

LIRIK LAGU KITA PUNYA MALAYSIA - BUNKFACE

31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya

Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

______________

Instagram Bunkface: @bunkfaceband
Gambar oleh: @azzamchemanir
Lagu bertajuk "Malaysia" yang dinyanyikan Faizal Tahir di Putrajaya dalam perbarisan dan sambutan kemerdekaan ke-61 baru-baru ini: Malaysia








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top