Showing posts with label Monoloque. Show all posts
Showing posts with label Monoloque. Show all posts

 


Villa Marhaen ( Mereka Vs. Kami )


1st CHORUS


Mereka Ketawa Berdekah Dekah !

Kami Nak Masa Rehat Pun Susah !

Mereka Dijulang Dipuja Puja , 

Sampai Lewat  Kami Masih Berkerja , 

Mereka Berhibur Di Musim Luruh, 

Sampai Subuh Kami  Kerja Buruh

Mereka Cakap Lain Buat Lain, 

Kami Dalam Lain, Luar Pun Lain!

Slamat Datang Ke Villa Marhaen , Villa Marhaen Villa Marhaen,  

Baca Kontrak Sebelum Sain !


1st VERSE 


Hamba lahir berjiwa Hamba . 

Penat Berkerja Mengadu Domba 

Cerita Kami Penuh Duka Lara , 

Sedang Mereka Bergurau Senda 


Mereka Gaduh Di Arus Perdana, 

Berita Viral Kami Yang Cakna, 

Cantik Rupawan , Kaya Agamawan 

Minda Kami Sudah Tertawan ?


2nd CHORUS :


Mereka Berpesta Aneka Ragam 

Kami Bergelut Asam Dan Garam 

Projek Mereka Tinggi Mega In The Sky , 

Kami hanya Bersila Di Atas Lantai

Mereka Banyak Masa Terluang, 

Kami Berjuang Demi Masa Dan Ruang 

Mereka Cakap Lain Buat Lain, 

Kami Cakap Salah Tak Cakap Pun Salah !

Slamat Datang Ke Villa Marhaen , Villa Marhaen , Villa Marhaeen

Biar Hidup Happy , Cover Line , Mata Ain , 

Villa Marhaen Villa Marhaen

Baca Kontrak Sebelum Sign, Villa Marhaen Villa Marhaen, 


2nd VERSE


Mereka Puja Jenama Ternama, 

Gaya Ranggi Trend Semasa,

Kami Duit Ada , Apakan Daya, 

Biar "Tiruan" / Fake /Copy "Tak Ori" Asal Bergaya 


Istana Kayangan Jadi Impian 

Dewa Dewi Hanya Khayalan, 

Mencari Syurga Mengelak Neraka, 

Mencari Kepuasan Alam Maya, 




3rd CHORUS :


Mereka Bercanda Di Merak Kayangan

Kami Berpeluh di Jalan Berangan 

Mereka Makan Suap Sudu Perak,  

Kami Telan ,Asyik Kluar Tersedak 

Mereka Baring Di Bantal Berlian , 

Kami  bersaing  , hutang bayar kemudian,

Mereka Cakap Lain Buat Lain, 

Kami Dalam Lain Luar lain !

Slamat Datang Ke Villa Marhaen , Villa Marhaen , Villa Marhaeen

Biar Hidup Happy , Cover Line , Mata Ain , 

Baca Kontrak Sebelum Sign, Villa Marhaen Villa Marhaen, 

kami tak main main di Villa Marhaen!




 



Wahai anakanda ku sayang

Kemana hilang budaya


Diculik piring terbang

Atau ditelan buaya


Tiada peluang tiada ruang

Semua mahu cepat kaya


Apabila semua dah hilang

Barulah hendak percaya


Cukuplah semua ini

Hati bonda tersepit

Biarkan bonda pergi

Dimakan ditelan batu belah batu konkrit


Wahai anakanda ku sayang

Kenapa gadai pusaka


Adakah sebab cinta dan wang

Atau kerana kurang peka


Seperti lalang-lalang

Suka belot suka leka


Ikut telunjuk bayang-bayang

Akhirnya diri terluka


Melihat semua ini

Hati bonda menjerit

Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit


Wahai bonda jangan merajuk

Bonda jangan makan hati

Anakanda disini memujuk

Dan anakanda takkan berhenti


Kini sedar dari mimpi

Baru faham semua ini

Bonda tolong jangan pergi

Maafkan anakmu


Cukuplah semua ini

Hati bonda tersepit

Biarkan bonda pergi

Dimakan ditelan batu belah batu konkrit


Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit


Bonda rela

Dimakan ditelan batu belah batu konkrit











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top