Showing posts with label Nora Ariffin. Show all posts
Showing posts with label Nora Ariffin. Show all posts

 


Tiap yang mula semestinya

Akan berakhir di penghujungnya

Itu hakikat lumrah kehidupan dunia


Engkau harapkan bulan bintang

Sedangkan jariku tak kesampaian

Ku mampu hulur sebatang lilin

Terangi kegelapan ini


Panggilah daku di kala rindu

Sebut namaku di dalam doamu

Semoga kasih kekal merindu 

Tak ditelan waktu


Andai kau masih merinduiku

Pandanglah laut luas membiru

Seluas kasihku terbentang untukmu


Pada zahir kita rasa berjauhan

Doa mengiringi


Beratnya hati melangkah pergi

Namun sudah tertulis sejak dulu

Ajal maut jodoh dan cinta

Tuhanlah menentukan semua


Panggilah daku di kala rindu

Sebut namaku di dalam doamu

Semoga kasih kekal merindu 

Tak ditelan waktu


Pada zahir kita berjauhan

Hakikatnya bukanlah begitu

Selagi nyawaku ada denganku

Pastiku rindu lambaian kasih

Menyentuh pelusuk hatiku





 



“Hanyalah satu...Yang bertakhta dihatiku

 Hanya dirimu, Yang ku sayangi oh kasih...”


Rasakan keajaiban perjalanan 30 Tahun Datuk Nora Ariffin di dalam industri seni di ‘Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ yang bakal berlangsung pada 18 Disember 2024 di Stage 1, PJPAC One Utama. Konsert solo Datuk Nora Ariffin yang pertama ini bukan sahaja melambangkan pencapaian beliau di dalam industri seni, tetapi juga impian yang menjadi kenyataan setelah bertahun-tahun berkarya. 

Marilah menyemai cinta bersama dengan menyaksikan persembahan istimewa beliau yang pasti menyentuh hati dan meninggalkan kenangan abadi! 

Hadirlah kekasih, hadirlah dikau ke konsert ini. Pe jualan ticket telah bermula. Layari www.onetix.com.my SEKARANG!


18 Disember 2024

Stage 1, PJPAC One Utama

 


#HanyaSatuDNA

#DNA30Years



https://www.instagram.com/p/C_0WhUrMOxJ/?igsh=N2x5aWNjMnl5ejd3


https://www.instagram.com/p/C_xZ5toJvhv/?igsh=ZmZvNXFqY21kZmlo



[Putri]

Sabar

Sabar

Sabar pertahankan tujuanmu


[Nora]

Dibilang jangan mudah leka, kau terlena

Dengan semua depan mata, itu cuma

semua helah dunia untuk ke neraka atau syurga

Kau harus tau untuk memilih jalannya


Dididik tuk sabar mengejarkan cinta yang belum terbalas


Pertahankan dirimu untuk tidak lupa apa tujuanmu oh sayang

Disembunyikan rindu olehhnya Yang Satu itu tujuanmu sayang

Ditakdir bersama selama-lamanya

Pertahankan dirimu sampai kau jumpa tujuanmu


Dan aku sabar

Dan aku sabar

Dan aku sabar pertahan tujuanmu


Dibilang jangan muda leka, kau terlena

Dengan semua depan mata, itu cuma sandiwara manusia bimbang terkena halus jerat teruna, kau berjaga


Di seperdua jangan sekali kau buat permainkan

Hidup penuh jalan luka


Oh usah kau gentar

Akukan sentiasa

Ada - sebut saja namaku


Dididik tuk sabar mengejarkan cinta yang belum terbalas

Pertahankan dirimu untuk tidak lupa apa tujuanmu oh sayang

Disembunyikan rindu olehhnya Yang Satu itu tujuanmu sayang

Ditakdir bersama selama-lamanya

Pertahankan dirimu sampai kau jumpa tujuanmu


Dan aku sabar

Dan aku sabar

Dan aku sabar pertahan tujuanmu


Dan aku sabar

Dan aku sabar

Dan aku sabar pertahan tujuanmu




Setelah sekian lama, Nora Ariffin kini kembali dengan lagu baru berjudul Ada Dalam Tiada. Lagu ciptaan Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen. Lirik oleh Habsah Hassan. Lagu ini ada dalam album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi.




Lirik Ada Dalam Tiada - Nora Ariffin

Tidak terfikirkan selama ini
Adanya ruang bernama sepi
Dunia cerah jadi kelabu
Yang jelas dan nyata
Bayangan senyummu

Kiranya satu kesilapan
Menyandarkan sepenuh harapan
Kekasihku belaian jiwa
Saat kau pergi 
kuhilang arah

Ku yakin kau di situ
Mengaminkan semua doaku
Yang kutitpkan untukmu di setiap waktu

Hanya jasad yang terpisah
Adamu di dalam ketiadaan
Telah termatri cinta kita 

Ku yakin kau di situ
Mengaminkan semua doaku
Yang kutitpkan untukmu di setiap waktu

Hanya jasad yang terpisah
Adamu di dalam ketiadaan
Telah termatri cinta kita berdua

Kau ada dalam tiada
Bercahaya di malam gulita
Semangat juangmu dijiwaku membara

Hanya jasad yang terpisah
Adamu di dalam ketiadaan
Telah termatri cinta kita berdua

Di kala rindu menyapa
Kutitipkan doa buatmu yang tercinta
Akhirnya kuinsafi
Yang pergi takkan kembali

Tidak terfikirkan selama ini
Adanya ruang bernama sepi
Dunia cerah jadi kelabu
Yang jelas dan nyata
Bayangan senyummu



*
Nora Ariffin mula mengorak langkah dalam industri seni setelah menjuarai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1991. Pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik di AIM pada 1995, lagu terbaik pada 1996 menerusi Jentayu (ft Sheila Majid), lagu terbaik menerusi Menyemai Cinta Bersamamu pada 2001 serta lagu nasyid terbaik 2011 menerusi lagu Pedoman serta pernah juga menenangi dan tercalon dalam beberapa kategori lain (sumber; wikipedia). Nora juga pernah menjuarai kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Samudera. Malah pada 2016, beliau pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza di Astro Ria.

Sedikit Throwback:

Dunia hiburan dikejutkan dengan kehilangan komposer terkenal dan berbakat besar Johan Nawawi pada pagi Jumaat, 24 Mac tahun 2017. Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.

Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri - anaknya. Lagu tersebut hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah.

Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi Ummi - Ceritalah Pada Kami! terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn Bhd selain lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Johan berpendapat lagu-lagu yang berunsur ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan.

Sumber berita: http://www.mstar.com.my

*****

HudHud TV

Facebook: Voices Of Ummi (yang terkenal dengan lagu Erti al-fatihah).
Youtube: HudHud TV












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top