Showing posts with label OST Dua takdir Cinta. Show all posts
Showing posts with label OST Dua takdir Cinta. Show all posts


Akhirnya muncul juga video muzik rasmi Adam Malek - Lara yang menjadi lagu tema/OST Drama bersiri "Dua Takdir Cinta" & "Bukan Kahwin Paksa". Lagu dan lirik lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Natasyah Annes. Jika siapa ingat, Adam Malek pernah memasuki Mentor Milenia tahun 2017 (protege Tomok) dan juga realiti tv Lagu Cinta Kita (bergandingan dengan Nadia). Malah beliau juga pernah pernah menjuarai rancangan Pop Krew bersama kumpulan Novemboys pada tahun 2014 (yang turut dianggotai oleh Haqiem Rusli dan dua rakannya yang lain): https://www.hmetro.com.my/node/19716.

Official muzik video:
https://www.youtube.com/watch?v=K0rYWp7z9j0

Lirik lagu Lara - Adam Malek (OST Dua Takdir Cinta)

Verse
Lelah hatiku Lelah
Menahan peritnya sakit ini
Aku Lelah

Sepi kini ku sepi
Sendiri dalam gelapnya malam
Aku Sepi

Pre-Chorus
Tiada yang mengerti
Kurasa ini hampa

Chorus
Biarlah kusimpan air mata ini sendiri
Sampai mati akan kusimpan laraku sendiri
Biar semua mengerti aku bahagia

Post-Chorus
Biar kusimpan laraku
Lelah hatiku Lara

Pre-Chorus
Tiada yang mengerti
Kurasa ini hampa

Chorus
Biarlah kusimpan air mata ini sendiri
Sampai mati akan kusimpan laraku sendiri
Biar semua mengerti aku bahagia

Post-Chorus
Biar kusimpan laraku
Lelah hatiku Lara



Penyanyi bersuara lunak, Selain muncul dengan lagu lama diberi nafas baru yang sangat menarik bertajuk Sireh Pinang (nyanyian asal Azlina Aziz), Asmidar muncul dengan lagu baru berjudul Separuh Hatiku. Separuh Hatiku menjadi lagu tema/OST untuk drama bersiri di Astro Prima berjudul Dua Takdir Cinta lakonan Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry dan ramai lagi.


Lirik lagu Separuh hatiku - Asmidar (OST Dua Takdir Cinta)

Hidup bagaikan
Suram tiada bersinar
Bila kau hilang
Tanpa tanda tuk’ jejaki
Tahun silih berganti
Mana diri mu pergi
Puas ku cari tak ku temui

Dan badai bertandang
Aku cuba berdiri
Engkau kekuatan
Depani hidup ini
Daku selalu berdoa
Moga engkau akan bersama
Melengkapi hati terbahagi

Kau bawa
Lagi separuh hati
Memaksa ku
Agar bertahan
Walau sakit

Kasih
Pulangkanlah separuh hatiku
Agar tenang ku jalani ranjau ini
Lalu kita menikmati bahagia
Seperti yang kita mahu

Kasih
Yakin ku kau masih mengingati
Segala kenangan yang kita lalui
Membina lembaran kisah indah
Untuk kau kembali
Ke sisi ku

Mengapa hati ku terdetik
Kita selalu dekat
Magisnya rasa
Bila hati menyatu

Kasih
Pulangkanlah separuh hatiku
Agar tenang ku jalani ranjau ini
Lalu kita menikmati bahagia
Seperti yang kita mahu

Kasih
Yakin ku kau masih mengingati
Segala kenangan yang kita lalui
Membina lembaran kisah indah
Untuk kau kembali
Ke sisi ku

*****

Lagu: Natasyah Annes
Lirik: Iman Imran
Susunan dan terbitan: Reza Ramsey

Instagram Asmidar: https://www.instagram.com/asmidarisme/?hl=en 

Sinopsis drama: https://www.myinfotaip.com/2020/01/dua-takdir-cinta.html 

*Oh ya, drama ini ada satu lagi lagu OST berjudul Lara oleh Adam Malek.







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top