Lirik lagu Pelukan Angkasa (Juara AJL 36) - SOG X Shila Amzah
Bulan purnama terangi rinduku yang sayu Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu Langit gelita sematkan bintang di dadamu Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu
Pangkulah aku wahai semesta Katakan cinta itu membebaskan Peluklah aku wahai angkasa Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Terik suria suluh logika rohku yang gelap Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa
Kalian takkan mampu Mampu memecahkan bongkah ini Rangkul tanganku Kita bersatu lawan dunia
Pangkulah aku wahai semesta Katakan cinta itu membebaskan Peluklah aku wahai angkasa Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Dua jiwa dua dunia Ingin mengecap damai bahagia Tahukah bahawa cinta itu satu dosa
Hah
Pangkulah aku wahai semesta Katakan cinta itu membebaskan Pangkulah aku wahai semesta Katakan cinta itu Katakan cinta itu Peluklah aku wahai angkasa Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Lirik lagu Pelukan Angkasa - SOG (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires] | Filem 'KL Vampires' akan berada di pawagam mulai 14 November 2019. Cast - Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafril, Donny Alamsyah, Reen Rahim.
Sinopsis Filem KL Vampires:
Filem KL Vampires arahan Devan R ini mengisahkan sekumpulan puntianak yang sudah insaf daripada melakukan kekejaman dan hidup dengan aman bersama manusia di ibu kota. Mereka juga tidak menghisap darah manusia dan menggantikannya dengan darah sintetik. Namun, kehadiran beberapa puntianak baru diketuai Argus di ibu kota mula mencetuskan huru-hara apabila kumpulan itu mula memburu manusia. Bagi menghentikan keganasan itu, Ratu Suraya mengumpulkan beberapa puntianak untuk menghapuskan kumpulan terbabit. Rupa-rupanya di sebalik serangan itu, Argus sebenarnya mempunyai motif sendiri dan berniat merampas takhta Ratu Suraya.
Lirik lagu Pelukan Angkasa - SOG (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires]
Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu
Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Terik suria suluh logika rohku yang gelap
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa