Showing posts with label baucer buku. Show all posts
Showing posts with label baucer buku. Show all posts

πŸ“š✨ BAUCAR BUKU MADANI RM100 KEMBALI LAGI πŸ“£πŸ“£πŸ“£





πŸ—“️Tempoh penebusan: 28 Ogos - 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace)

Rebutlah peluang menebus baucar buku anda!πŸ“š

Buat semua pelajar IPT warganegara Malaysia, inilah peluang untuk menambah koleksi bacaan dan memperkayakan ilmu. Setiap helaian yang dibaca adalah pelaburan untuk masa depan 🌟.

Seiring aspirasi Malaysia MADANI, peluang ini bukan sekadar baucar❗️Ia adalah usaha memastikan anak muda kita terus dibekalkan dengan ilmu dan nilai untuk membina negara bangsa yang maju dan berdaya saing. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ“

πŸ’‘ Jangan lepaskan peluang ini❗️Ilmu menanti untuk diterokai.πŸ“š


Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud






DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. 


--1

DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. 

Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. 


--2

Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.


--3

Akses pelantara DELIMa dengan beberapa langkah mudah berikut:


1. Pastikan peranti mempunyai capaian internet

2. Layari d2.delima.edu.my

3. Log masuk dengan menggunakan ID yang dibekalkan oleh pihak sekolah


Terokai sekarang!


Sumber:

https://x.com/FadhlinaSiddiq/


Terkini (31 Mei 2024) - 



Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.

Menurutnya, pemberian baucar itu akan dimulakan dengan pelajar Tahun Empat, pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, kolej dan pelajar di Institut Pendidikan Guru. 

Hari ini, Menteri Pendidikan (YB Puan Fadhlina Binti Sidek) memaklumkan Murid dan pelajar boleh mula menebus baucar buku yang bernilai hingga RM100 melalui aplikasi DELIMa Kementerian Pendidikan (KPM) mulai jam 2 petang ini.



CARA TEBUS BAUCAR BUKU RM100 

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check- out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. 

6. Proses selesai.

*****




LANGKAH-LANGKAH PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI.πŸ“šπŸ›️✨

Sehingga 31 Disember ini, pelajar tahun 4-6, pelajar sekolah menengah dan IPTA/IPG layak menebus buku percuma di laman BOOK CAPITAL. 

πŸ“ Pelajar tahun 4-6 (RM50). 
πŸ“ pelajar sekolah menengah dan IPTA/IPG (RM100).



Sumber:

KPM

Dan

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1253456/pelajar-boleh-mula-tebus-baucar-buku-melalui-aplikasi-delima-kpm










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top