Showing posts with label berniaga secara online. Show all posts
Showing posts with label berniaga secara online. Show all posts


[SHARE] PANDUAN KEPADA SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN

1️⃣PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.


Contoh: 

✅MAL20011234T (Ubat)

✅NOT123456789K (Kosmetik)


2️⃣Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor 

pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:


✅Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X 

✅Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T

✅Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N


3️⃣Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri 

huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.


4️⃣Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan 

yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).


5️⃣ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / 

agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.


6️⃣JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada 

KKM.


Contoh yang tidak dibenarkan:

❎Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi

❎Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis

❎Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat


7️⃣JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’ 

melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.


Contoh produk yang dimakan mengandungi:

✅Glutathione

✅Pearl

✅Gamat

✅Resveratrol

✅Bahan negatif lain. 


8️⃣JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan 

perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik 

sahaja dibenarkan.


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis

❎Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi

❎Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan

❎Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual


9️⃣JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya 

(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran

❎Produk B adalah makanan sunnah


🔟JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)

❎Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan 

mengesahkan sumber dari bahan organik)

❎Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil 

(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan 

kanak-kanak)

❎Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan 

kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


⭐TAMBAHAN BUAT SELEBRITI⭐

 

1️⃣Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat 

sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.


2️⃣Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat 

sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.


3️⃣Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak 

mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum 

dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.


⚖️HUKUMAN⚖️


Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat 

(Iklan & Penjualan 1956):


✅Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.


✅Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.




*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.


Sumber:

https://m.facebook.com/






Di sini, bukanlah saya yang nak bagi tips, tapi di post ini saya kumpulkan video dan beberapa pautan (links) untuk rujukan saya dan sesiapa yang lain untuk mengetahui cara bagamana menjana pendapatan onlne melalui beberapa aplikasi popular.

Mungkin anda pernah terfikir, bolehkah dapat duit dari Youtube, Shopback, Ebay ini dan macam mana youtuber dapat duit dari youtube?


Cara buat duit dengan Youtube

Sebenarnya ramai orang terutamanya di negara barat telah lama menggunakan Youtube untuk menjana pendapatan / duit / wang. Ramai juga yang dah jadi jutawan.



Video lain yang berkaitan:
-- TAHU TAK? Cara Buat Duit Dalam Youtube


Ramai yang terlepas peluang untuk buat duit secara online dengan menjual barang di Ebay. Ebay adalah antara ecommerce paling berpengaruh di dunia.

Pada kali ini, saya akan terangkan asas dan langkah untuk menjual di Ebay. Saya juga ada kongsikan langkah demi langkah melalui video yang saya rasa lebih mudah untuk difahami. Ini juga adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menjual barang di Ebay. Video ini hanya berdurasi lebih kurang 10 minit. 

Video: 

Cara buat duit dengan Shopback



Shopback adalah sebuah laman web yang membenarkan anda untuk mendapat cashback / rebat untuk setiap pembelian anda di laman web melalui Shopback. Anda hanya perlu daftar secara percuma di laman web Shopback dan dapatkan RM5 pertama anda apabila anda mendaftar.

Donwload aplikasi Shopback, Kemudian pilih mana-mana ecommerce / pernigaan yang tersenarai di Shopback dan kemudian anda boleh membeli belah seperti biasa di situ.

Tekan untuk kelaman web Shopback

Artikel berkaitan:
- Cara daftar shopback
- Cara dapatkan cashback shopping online melalui Shopback


Moga dimurahkan rezeki buat semuanya!




Jika rasa terfikir untuk memberi kelainan dan menarik pelanggan membeli produk kita, atau mungkin mahu menghadiahkan sesuatu untuk tersayang (menggunakan kotak bertema), Snackysneaky ada jawapannya. Malahan kalau rasa ada barang dan berminat nak terlibat dengan cara ini, cuma tak tahu bagaimana, pihak Snackysneaky pun boleh tolong kita.

Bayangkan produk yang kita ada atau jual (ya, bukan setakat barang yang kita siap ada, yang kita buat sendiri pun boleh juga) dijadikan hadiah untuk orang atau dapat dibeli orang dengan cara mudah milik iaitu melalui kotak (ini kita buat). Tapi ada pihak monitor (uruskan) jual beli itu. Mesti seronokkan? Mudah pun mudah.
Contoh barang dalam laman web ini.
Oh ya, apa Snackysneaky ni?

Snackysneaky.com laman web atau tempat (marketplace) untuk kita jual barang yang kita ada / buat atau kalau rasa-rasa nak beli kotak bertema tersebut. Kira macam tempat mereka ini sebuah kedai. Kita letak barang dekat situ. Gambar & harga barang kita letak. Tapi urusniaga beli pihak mereka yang kendalikan melalui laman web tersebut. Nanti pihak Snackysneaky akan beri notifikasi update beritahu kita. ada orang beli. Memudahkan kita. Dan kita bolehlah menghantar barang tersebut selepas itu. Tapi kalau kita tak ada produk sendiri tapi nak juga terlibat buat kotak bertema dan penghantaran ini, pun boleh. Menarikkan? Kena habiskanlah baca artikel ini.

Berapa kena bayar kalau peniaga nak join?
Snackysneaky hanya mengenakan satu caj sahaja iaitu caj transaksi sebanyak RM 1.70/box, caj transaksi hanya akan di caj selepas produk anda laku. Ini bermaksud tiada jualan tiada caj akan dikenakan. Selain itu, TIADA caj lain seperti pendaftaran atau caj memuatnaik produk dikenakan.

“Okaylah, katalah kalau saya dah berminat, saya nak terlibat dengan kotak bertema ini, bagaimana?”
1. Pergi ke laman web Snackysneaky.com yang cantik itu.

2. Daftar akaun vendor (Isi maklumat dalam itu. Tick pada "Apply to become a vendor"). Tick tau.


3. Kemudian, anda akan dibawa ke page Sales report. Setiap penjualan themed box anda dan order boleh diakses hanya dengan log masuk ke akaun seller.


4. Untuk meng-edit maklumat kedai atau peniaga, boleh ke seller dashboard. Di sini anda boleh memuat naik maklumat produk dan harga. Harga produk & caj postage adalah ditentukan oleh seller (peniaga iaitu anda) sendiri.


5. Kemudian peniaga akan dapat notifikasi, dan maklumat tentang pembelian (order) tersebut. Dan bolehlah peniaga menghantar barang dengan lebih mudah selepas itu.
“Saya tak ada produk luar. Saya buat sendiri semua. Bolehkah kalau saya nak join?”
Boleh. Barang DIY (buat sendiri) pun boleh. Tiada masalah.
“Saya tak ada barang, Nampak macam seronok. Bagaimana boleh terlibat?”
Kita boleh menjadi curator kepada themed box yang ada. Curator bermaksud mereka memilih produk yang ada di pasaran, menyusun di dalam kotak hadiah & membuat penghantaran. Tak faham bab ini boleh terus bertanya pada pihak Snackysneaky di +60104210298.


Pendek kata, Kelebihan menjual di Snackysneaky.com

1. Pihak Snackysneaky yang akan monitor dan mengendalikan proses jual beli di laman web Snackysneaky sepanjang masa (memudahkan peniaga barang yang tiada masa untuk berniaga online). Setiap order yang diterima akan dihantar ke peniaga (ya, anda yang daftar itu) dan peniaga akan membuat penghantaran.

2. Tidak perlu bimbang mengenai aspek marketing, kerana pihak Snackysneaky yang akan menjalankan marketing & product publicity melalui semua sosial media yang Snackysneaky ada.

3. Setiap produk yang dijual di Snackysneaky tidak akan dilabel dengan brand Snackysneaky, Snackysneaky.com hanya bertindak sebagai website & medium jual beli. Ini memberi peluang untuk peniaga mengembangkan brand & nama kedai masing-masing.

3. Sekiranya peniaga yang berminat tidak mempunyai asas dalam penggunaan internet dan komputer, pihak Snackysneaky dengan terbuka hati untuk membantu langkah demi langkah melalui whatsapp +60104210298 secara one to one.

4. Snackysneaky hanya mengenakan satu caj sahaja iaitu caj transaksi sebanyak RM 2.50/box, caj transaksi hanya akan dicaj selepas produk anda laku. Ini bermaksud tiada jualan tiada caj akan dikenakan. Selain itu, TIADA caj lain seperti pendaftaran atau caj memuatnaik produk dikenakan.

5. Peniaga boleh menulis artikel dan mempromo kedai / perniagaan mereka di blog Snackysneaky secara percuma.

***


“Kalau cuma nak beli barang saja, bagaimana pula?”
Jomlah jenguk Snackysneaky.com. Seperti di laman web jual beli barang lain juga. Daftar (register) dulu. Kemudian pilihlah barang yang ingin dibeli, letak dalam troli (cart). Tapi kalau dah pilih barang, tiba-tiba baru teringat nak daftar, tiada masalah. Nanti dia akan minta maklumat dan beritahu cara membayar. Mudah saja. Jadi bolehlah beli untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada tersayang kotak bertema tersebut.

Sekian, selamat membeli dan menjual di Snackysneaky
Terima kasih.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top