Showing posts with label doa lailatul qadar. Show all posts
Showing posts with label doa lailatul qadar. Show all posts

Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadhan 2025 (1446H)


Alhamdulillah.

Tiba kita di penghujung 10 tahun Ramadan terakhir, banyak amalan dan ibadah yang boleh kita tambah dan amalkan. Perbanyakkan solat sunat, bersedekah, berzikir dan berdoa. Moga kuta ditemukan dengan Lailatilqadar.



Doa yang digalakkan untuk kita baca sepanjang 10 malam terakhir Ramadan. Mohon ampun dan berdoa. Moga semua amalan dan doa kita diterima dan diberkati dan berezeki menemui Lailatulqadar.





Nah, antara amalan yang boleh dilakukan, jika tidak dapat solat menjelang LailatulQadar (kerana keuzuran) dalam bulan Ramadan ini:


















Tiada amalan doa khusus sempenan ramadhan yang diajar Nabi. Namun ramadhan itu sendiri adalah bulan khusus untuk berdoa. Jadi banyak-banyakkanlah berdoa, dengan beradab dan niat yang baik-baik. Semoga doa kita tidak sia-sia.

Di bawah ini adalah doa-doa ramadhan yang diriwayatkan melalui beberapa hadis. Wallahua'lam.
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi)


DOA BERBUKA PUASA 

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala, Insya Allah.”

Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah SAW, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan :
DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL 'URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan / urat-urat, dan telah tetap ganjaran / pahala, Insya-Allah). 

(Riwayat Imam Abu Dawud)

DOA UNTUK ORANG YANG MENJAMU KITA BERBUKA PUASA

Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bertandang ke rumah Sa’ad bin Ubadah RA lalu Sa’ad menghidangkan roti dan minyak. Kemudian Baginda SAW pun makan. Setelah selesai Baginda SAW mengucapkan doa ini.


Maksudnya: “Orang yang berpuasa telah berbuka di sisimu dan orang yang baik-baik telah makan makananmu dan para malaikat pun mendoakanmu.”

(Riwayat Imam Abu Dawud)

DOA LAILATUL QADAR

Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Iaitu saat 'Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, pada pandangan tuan sekiranya aku mengetahui malam sekian ialah malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?” kemudian Nabi pun mengajarkan doa ini.


'اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma Innaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa, Fa'fu 'Anni.

 Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku.

(Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya).

Sekian.


Sumber: Ezy-Dakwah, Majalah Solusi 27.
Dan beberapa blog lain, 1 , 2, 3, 4.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top