Showing posts with label lagu ku bermohon padamu. Show all posts
Showing posts with label lagu ku bermohon padamu. Show all posts

Alhamdulillah.Khamis malam jumaat dah ada drama indah. Diikutkan hati kecil Anem yang selalu terdedah dengan cerita hantu sejak kecil, Anem akui tengok drama melayu hantu pun, Anem jadi penakut. Betul, mempercayai benda ghaib itu wajib, tapi jadi penakut tu patutnya tak wajar. Tapi tak tipu, memang Anem bukan berani orangnya. Selalu, khamis malam jumaat, ada ehwal islam atau semanis kurma ke, layankan. Kalau siaran tu dah berubah siaran, tidur awal atau online je. Takut nak tengok drama seram lain.(Jangan konon bajet baik Anem,channel favourite ko AXN kan? Haha ). Dah, dah , kembali ke tajuk asal.


Baiklah, MULAI 7 APRIL 2011, SETIAP KHAMIS JAM 9.00 MALAM , drama 15 episod Makbul akan mula ditayangkan. Lihat pada Promo , iklan serta mendengar lagu tema drama ni pun,Anem dah mula teruja mahu menontonnya. Hari tu, Anem sempat melihat di balik tabir atau orang selalu cakap the making cerita tu. Lagi buat rasa dekat dan mahu lebih kenal jalan cerita drama ni.

Lagu tema cerita ini yang buat Anem jatuh cinta memula, tak percaya , cuba dengar :

Lagu Tema Drama Bersiri MAKBUL: KU BERMOHON PADA MU


Nak lagu ni bagi emel kat komen ya. sekian.


Lirik Lagu Tema Drama Bersiri MAKBUL : KU BERMOHON PADA MU :

ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…
KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..TETAPKAN IMAN KU SENTIASA PADA MUBERSERAH PADA MUSESUNGGUHNYA
SOLAT SERTA IBADAHKUHIDUP DAN MATIKU
HANYALAH UNTUK MUHANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MUTIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MULINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANRAHMATILAH SEGALA PEMBERIANKURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…

Penyanyi: Boy B4Lagu: Rosli SelasehLirik: Danish Muhammad Iman


Sinopsis Drama Makbul : 
Cerita ini mengisahkan tentang seorang Kontraktor , iaitu Anuar (Jalaluddin Hassan) , yang kurang mempercayai keberkatan serta penting doa dalam kehidupan seorang muslim. Namun bila ada krisis yang melanda syarikatnya, dan kebetulan beliau telah mendapat suatu tawaran tender (projek),itu telah membuka hati beliau untuk menaja 12 orang penduduk kampung mengerjakan umrah bagi mendoakan beliau di sana supaya dapat kelulusan dalam pinjaman banknya. Bol- seorang pemuda kampung lurus bendul  yang sering diperlekeh,  terlalu ingin menziarahi Makam Rasullullah, telah diberi peluang menggantikan Imam Rosdi untuk mengerjakan umrah, namun tidak dipersetujui Anuar merasakan doa Bol seorang yang lurus bendul dan tidak pandai membaca dan menulis itu tidak akan dimakbulkan.

Promo / Iklan Drama Makbul ini:



    
    

Para Pelakon : Dato’ Jalaluddin Hassan (Anuar), Kartina Aziz (Jamiah), Yushazizi Yusof (Bol), Fathil Dani (Imam Rosdi), Khatijah Tan (Hajjah Yam) Dr. Samat Salleh (Penghulu), Hj. Zakaria Yusoff (Pak Aji), Badrul Munir Md. Isa (Haji Salim), Bustamam Haron (Haji Badar), Mubarak Majid (Ustaz Rahim), Wan Maimunah (Rosnah), Isa Mean (Burn), Kazaruddin Saisi (Jamil), Zulkifli Ismail (Datuk Burhan), Sheila Mambo (Datin Zurina), Pak Lah Cecupak (Agus), Abu Bakar Juah (Datuk Kahar) dan ramai lagi pelakon yang terlibat

Penerbit dan Pengarah : Saudara Asri Alias
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed (pernah menghasilkan skrip untuk drama Ihsan, drama bersiri Hani dan Drama Mencari Nur Khadijah) - blog beliau di sini [klik]

Nota : Semua gambar dan video dalam artikel ini, Anem ambil dekat laman web rasmi drama bersiri Makbul di sini: http://makbul-theseries.blogspot.com/ . Selamat menonton semua dan bila dah bersiaran , serta menonton nanti, korang boleh beri pendapat korang lagi nanti..Oh ya menurut penerbit, 80% drama ini menjalani penggambaran di Yan, Kedah. ..









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top