Akan menjadi sebuah momen pemula yang sangat dinantikan 6ixthsense
selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’.
Mempertaruhkan single terbaharu dengan judul Tremendous, sengaja kumpulan ini memilih penggunaan bahasa Inggeris sebagai tajuk.
Tremendous menjadi signifikan untuk keseluruhan lagu ini.Mereka mengemudi hala tuju untaian balada yang begitu sinonim dengan
6ixthsense.
Menerusi Tremendous ia mengangkat kisah persahabatan yang begitu rapat sehingga sanggup berkorban ketika sahabat nya dalam kesusahan dan selalu ada ketika memerlukan bantuan.
“Tremendous pun berhubung kait dengan 6ixthsense dan persahabatan kami selama 17 tahun dengan segala liku liku juga naik turun yang 6ixthsense lalui.
“Sebab inilah yang membuat kami melancarkan lagu bertajuk Tremendous ini untuk menjadikan lagu ini sebagai cerminan dari pada persahabatan kami selama ini dan juga menjadi lagu penyemangat bagi semua pencinta musik dan kesetiaan deriaku,”
Nah, Anem kongsi lagu kegemaran Anem yang terbaru , bukan milik kita nyanyian kumpulan 6ixth sense. Sangat tertarik dengan liriknya, maka Anem kongsikan dengan semua .