Sambil menonton ulangan drama Baitul Rahmat Tv1 itu di sini klik > : ulangan drama , dan juga melayan lagu tema drama baitul rahmat , iaitu Solawatu oleh ustaz abdullah fahmi dalam album Munajat Sufi, Bacaan Zikir dan Selawat oleh Ustaz Abdullah Fahmi , di sini Anem ingin kongsi sedikit tentang adab dan cara kita menghormati dan berbakti kepada kedua ibubapa.
(rujukan : sinopsis drama baitul rahmat )
Solawatu : Ustaz Abdullah Fahmi
Berbakti kepada ibu bapa dengan :
- Berbuat baik kepada mereka
- Mengerjakan hak hak mereka
- Sentiasa ikut perintah selagi tak langgar syarak
- Menjauhi perkara yang menyakitkan hati, namun buat perkara yang mengembirakan
Kelebihan berbakti kepada kedua ibubapa:
- Diberi ganjaran syurga
- Dihapuskan dosa
- Hidup diberkati dunia akhiratnya
- Doa orang berbakti maqbul
- Berbakti, melihat dan menziarah ibubapa ialah ibadat besar di sisi ALLAH
Cara menghormati kedua ibubapa
- Berbuat ihsan kepada mereka dengan beradab sopan
- Bertanggungjawab dan menjaga mereka dengan baik
- Sebtiasa berdoa dan taat kepada mereka
- Menghormati teman teman dans esiapa yang ebrkaitan dengan mereka
- Apabila meninggal dunia, doakan ALLAH mengampuni dosa mereka dan merahmati mereka serta
menunaikan segala wasiat mereka dan langsaikan hutang mereka
Adab bersama ibubapa:
- Sentiasa taat dan patut pada ibubapa.
- Hendaklah bercakap lemah lembut , jangan herdik
- Sentiasa hormat dan saying mereka
- Jangan derhaka
- Mendoakan mereka
- Memanggil ibubapa dengan nama yang disenangi mereka.
- Gembirakan hati ibubapa dengan menolong mereka
- Ucapkan salam dan pohon maaf ibubapa , tatkala mahu berpisah .
- Muliakan sahabat , saudara-mara , teman ahli keluarga, merapatkan siraturrahim.
- Umur lanjut, penuhi keperluan dan kemahuan mereka.
- Tatkala meninggal dunia, hendaklah berdoa , bersedekah untuk mereka.
p/s: hargailah ibubapa selagi mereka masih ada, jangan sampai menyesal di hari muka . :)




