[Verse 1] Mungkinkah cinta ini hadir Dalam cerita ku sangka tiada Hadirmu membuat aku tersentak Mengubah diriku untuk selamanya
[Chorus] Maafkan ku oh sayang Biasa ku merasa Cintamu yang meneman ‘Kan selalu ada Adanya kau di sini Takkan ku hilang lagi Hidup kini bahagia dengan kau di sisi Katakan kau dengan ku Sayang
[Verse 2] Mungkinkah cinta ini hadir Dalam cerita ku sangka tiada Rinduku padamu masih terasa Perasaan ini takkan pernah pudar
[Repeat Chorus]
[Bridge] Kehilanganmu Sedari aku Dari mimpi tanpamu di sisi Hati ini tetap milik kamu
GEGAR Vaganza musim keenam membuat kejutan sekali lagi apabila dua peserta iaitu Naqiu (Boboy) dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.
Naqiu mempersembahkan lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed dan menerusi segmen battle berentap bersama Hady Mirza menerusi lagu HaaTepok! (Meerfly ft MK & Kidd Santhe). Manakala, Hady Mirza menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri. [Sumber berita: https://www.mstar.com.my]
Walaupun netizen mempersoalkan kemenangan keduanya sebagai juara
namun tetap tahniah wajar diberikan kepada mereka kerana
bersungguh-sungguh dan selayaknya menjadi juara! Tahniah juga untuk
semua peserta lain seperti Jatt Ali, Nurfatima, One Nation Emcees dan
Sham Visa yang memberi persaingan dan persembahan terbaik.
Akhirnya penantian Geng Leman, untuk menyaksikan gandingan duet juara Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana dengan Naqiu Boboy dalam Gegar Vaganza 6 tercapai. Mereka berdua yang sering dipertemukan dalam majalah-majalah ketika zaman remaja dan kemuncak dahulu (bersama beberapa artis lain termasuk Tomok New Boyz, arwah Achik Spin dan beberapa pelakon lain serta kumpulan lain seperti QFace). Malahan Naqiu juga mempunyai kenangan peribadi dan memuji suara arwah Achik Spin yang baginya suara seperti itu sukar ditemui pada zaman sekarang.
Lagu asal: Siti Nordiana ft Achik Spin
Lagu dan Lirik: Patrick Kamis
Lirik Gurauan Berkasih - Naqiu Boboy ft Siti Nordiana (GV 6 minggu keempat)