Showing posts with label national art gallery. Show all posts
Showing posts with label national art gallery. Show all posts



Perhatian buat warga seni kreatif diseluruh tanah air! “KALIMAT” sebuah program dibawah Manifestasi Dua Seni anjuran Roman Buku dengan kerjasama Balai Seni Negara akan diadakan pada 9-10 November 2024 (Sabtu & Ahad) bermula jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam di Balai Seni Negara. 

Buat pengetahuan anda, program ini mengetengahkan ‘Karya Agung’ negara meliputi karya-karya seni visual dan sastera negara. Ia sebagai usaha menggalakkan penghayatan dan penghargaan masyarakat terhadap ‘Karya Agung’ negara sekaligus menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia. 

Turut diadakan sepanjang program ini adalah pertandingan MENULIS CERPEN berdasarkan karya lukisan Koleksi Seni Negara dan juga PERTANDINGAN MELUKIS berdasarkan cerpen-cerpen terpilih. Terdapat juga program interaktif dan bual bicara dengan penglibatan penulis, penyair, pelukis serta penggiat seni lainnya.

Untuk penyertaan pertandingan dan pertanyaan sila hubungi +6011-3779 6287. Jom raikan KALIMAT! 

KALIMAT - Refleksi Legenda Agung


📆 9-10 Nov 2024

⏱️ 12PM - 7PM 

📍 Balai Seni Negara, KL







Tahukah anda? Sempena program “Graff for Nation” turut diadakan pameran Papercraft oleh Strictly Alphabet yang merupakan salah satu rakan kerjasama. 

Pameran ini adalah sebahagian dari program sokongan “Graff for Nation” yang akan disertai disertai oleh 50 artist dengan sejumlah 60 karya akan dipamerkan.

Jom ramai-ramai ke Hospital Lama Kuah, Langkawi bagi menyaksikan pameran ini bermula pada 25-29 Oktober 2024, jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


Jumpa disana! 







Sumber:

https://www.instagram.com/p/DBWQJY_vDJ7/?igsh=MWswYmRmOHB2ZXV4aw==





PAMERAN 'KEEP GOING' GEMPAK STARZ DI BALAI SENI NEGARA 

Sebuah pameran oleh Kadokawa Gempak Starz (KGS) bersempena ulang tahun ke-25 GEMPAK™, ulang tahun ke-20 LAWAK KAMPUS, serta ulang tahun ke-10 SIRI CANDY dan MAGIC BEAN. 

Tarikh: 25 Ogos-25 September 2023
Waktu: 9 pagi-5 petang
Lokasi: Grey Zone & lobi Aras 2,
Balai Seni Negara, Kuala Lumpur 

Berkonsepkan minimalis tiga warna - merah, putih dan hitam, ‘KEEP GOING’ menjemput peminat-peminat komik untuk merasai dunia kreatif melalui karya-karya seni komik yang penuh inspirasi daripada seniman berbakat KGS. 

Hayati pengalaman luar biasa dan sertai kami dalam menerokai dunia komik yang penuh keceriaan. Masuk adalah PERCUMA! 


Lokasi -

Apa lagi kipas susah mati semua? Jomm









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top