Showing posts with label turbulence airplanes. Show all posts
Showing posts with label turbulence airplanes. Show all posts




MEMAHAMI TURBULENCE (GELORA) 


Anda berada dalam sebuah kapal terbang dan merasai 'gegaran'. Menjenguk ke arah tingkap, tiada apa-apa yang aneh dilihat sedang berlaku. Apa yang sebenarnya sedang berlaku?


• Cecair dan gas biasanya mempunyai dua jenis gerakan iaitu:

a. Laminar flow (aliran lamina): stabil dan lancar

b. Turbulent flow (aliran gelora): seperti lingkaran yang tidak tersusun

(Lihat gambar batang mancis di bawah.)


• Aliran lamina (stabil) kelihatan licin dan lancar dengan zarah-zarah bendalir bergerak selari secara mantap ke arah permukaan jasad, manakala aliran gelora boleh dikatakan sebagai aliran kalut (chaotic) dengan pergerakan zarah-zarah adalah tidak mantap di dalam keadaan zig-zag yang tidak dapat diramalkan. Kawasan aliran di antara aliran lamina dengan aliran gelora pula dinamakan kawasan perantaraan (transitional flow; lihat rajah di ruangan komen). 

• Di dalam zon lapisan sempadan lamina, halaju garisan arus adalah selari antara satu sama lain. Namun, halaju garisan arus berpusar dan tidak seragam berlaku di dalam lapisan sempadan gelora. 


INERSIA & KELIKATAN (Inertia & Viscosity)

• Dalam setiap cecair atau gas yang mengalir, ada dua daya yang saling bertentangan iaitu daya inersia dan daya kelikatan. Inersia ialah kecenderungan bendalir untuk terus bergerak; ia menyebabkan ketidakstabilan.

• Misalnya, madu yang dituang ke dalam cawan mempunyai kelikatan yang tinggi dan kemungkinan besar adalah laminar; faktor kelikatan akan 'menang'. 

Sebaliknya, bagi bendalir yang kurang likat seperti air atau udara, faktor inersia akan 'menang'; menyebabkan ketidakstabilan dan seterusnya membentuk gelora. 


NOMBOR REYNOLDS 

• Kita menggunakan Nombor Reynolds (Re) untuk menentukan aliran bendalir sama ada laminar atau gelora. Nombor Reynolds ini boleh ditakrifkan sebagai nisbah antara daya inersia per daya kelikatan.

• Madu yang dituang ke dalam cawan mempunyai Re ~ 1, manakala Re bagi air yang dituang ke dalam cawan ialah hampir 10, 000. Semakin tinggi nilai Re, semakin besarlah kemungkinan gelora berlaku.

• Nombor Reynolds ini adalah berguna untuk memahami senario yang ringkas, namun, kurang berkesan dalam banyak keadaan. Faktor penting lain seperti graviti dan putaran Bumi juga perlu dipertimbangkan.


HARAPAN MASA HADAPAN

• Ahli sains berpendapat simulasi berkomputer aliran gelora dapat membantu pengecaman corak yang kemudiannya menyumbang terhadap pembangunan suatu teori yang menyusun atur dan menyatukan ramalan-ramalan bagi keadaan-keadaan berbeza.

• Seperti mana kita mampu membangunkan model untuk memerihalkan orbit planet dan medan elektromagnet, kita juga berharap agar gelora ini dapat difahami dengan lebih sistematik pada masa hadapan.


Sumber:

Facebook Majalah Sains








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top