Mampukah Anem menjadi kakak yang baik ?


Anem cuma ada dua beradik. Anem along dan adik Hafiz. Hafiz berusia 21 tahun (2011) ,namun cara cakap persis kanak-kanak 5 tahun. Pelat alah, separa berdikari. Dia boleh mandi sendiri, namun kena diperhati . Boleh bersiap sendiri, namun sangat teliti. Jika dia manusia yang normal, pastinya dia metroseksual dari segi gaya. Oho , sangat pengemas berbanding alongnya.

Dia seorang yang sangat jujur. Terlalu .Tiada istilah ambil hati atau mahu bodek oleh Hafiz. Jika sesuatu itu bulat , maka bulatlah katanya (dah cikgu ajar demikian, demikianlah ). Istimewanya dia,  jika hari ini kamu marah hentam pukul dia, esok atau hari ini juga dia sudah lupa yang kamu telah lukakan hati badannya. Hafiz bukan Down syndrome (yang serupa atau lebih kurang rupa wajah itu), namun masih istimewa dari sisi kurang dia, tambahan pula dia seorang yang hyperactive [ADHD], sukar duduk diam .

Jika melintas jalan, bak ahli silap mata, dia melintas tanpa menoleh kiri kanan. Suaranya sering memecah keheningan. Sering dilihat mencari perhatian. Dia sememangnya dia, 'menangkap perhatian' adalah satu aset. Peramah adalah kelebihannya. Bukan sahaja demikian dirinya, malah dia juga ada sakit lainnya, kadangkala sering diserang sawan ketika tidur,alhamdulillah kini dah kurang kerap. Tulang belakang dia pun tak lurus betul. Dulu pernah patah kaki, namun kini lajunya lari, sehingga pernah johan berlari di sekolah khasnya.

Sejenak,along selalu fikir dik, jika manusia normal, diduga sakit bertubi, diserang kekurangan diri,dipandang jelik saban hari, dikata orang sana-sini, mampukah kita bertahan , mampukah kita berlagak persis tiada apa yang berlaku seperti kamu, dik ? Kerana itu sesungguhnya kamu istimewa, diduga di dunia, dengan rasa yang kamu sendiri saja mengetahuinya.

Along , abah dan emak, sering dihadiahkan dengan pesanan sabar yang jika dikumpul telah lebih jutaan ribu. Along dah memiliki adik selama 21 tahun dah, kurang lebih kamu,kamu tetap adik along. Sesungguhnya kami syukur dan redha menerima semua ini, kerana ini adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan sementara buat kami seisi.


Along berharap lantas berdoa,Along bukan sahaja mahu menjadi anak mithali untuk abah dan emak, namun boleh jadi insan dan kakak solehah. Yang diharap mampu jaga adik dan dapat bimbing adik. Sesungguhnya along banyak kekurangan dik,banyak perkara yang gagal along buat, dan dengan rasa tak terdaya ini,along serahkan padaNYA, dengan harapan Along mampu membahagiakan adik kini dan masa depan, insyaallah, along akan terus berusaha. Along sayang adik along yang bernama Wan Hafiz ini.Kak long yang garang ni, sangat-sangat sayang afiz ..

Maaf , kadangkala akak tidak mampu menjadi seorang yang terbaik !
Apapun semua ketentuan dari ALLAH juga. Jadi katanya, maka jadilah .

Maksud firman Allah : surah Yusuf , ayat 87 :
".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
____________



14 yang menasihati:

  1. kamu adalah kakak yang sangat penyayang. kirim salam kat hafiz ye. :)

    ReplyDelete
  2. sebak..teringat apis masa nak hantar anem balik last sem dulu..dia salam dengan kami semua..ms tu pn tbe2 sebak..

    itu hari kakak ipar akak duk cerita.kalo kita bjasa dgn orang tua,tak bdaya dan sesiapa saja yang istimewa ni ganjaran sangat besar nem..

    akak tahu kamu sangat penyayang dan tabah. semoga Allah akan terus tabahkan hati kamu dear..=)

    ReplyDelete
  3. assalamu alaikum.

    ReplyDelete
  4. i like this entry! mmg touching sungguh...

    ReplyDelete
  5. sangt touching..
    akak mmg akak y terbaek n pyayang...

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum..hye..post yang sgt mnyentuh jiwa..kamu mmg seorang kakak yang sgt penyayang n baik..hafiz mesti xmerungut bila die sakit selalu kan..tapi kita sbg manusia yg normal ni klo sakit cikit tentu da merungut macam2..pape pon post ni sgt2 touching n terharu bila membacanya..^_^

    ReplyDelete
  7. huhu... touching nyer... :')

    ReplyDelete
  8. @gadisBunga Insyaallah, hafiz cuma tahu saya akak yang garang . :)

    ReplyDelete
  9. @izaFiza Dia sangat peramah terutama dengan kakak-kaka cantik. Hehe. xdelah.insyaallah akak, anem pun harap anem setabah yang akak doakan. semoga hafiz juga kuat, terima kasih kak:)

    ReplyDelete
  10. @Nordin Terima kasih. maaf,bukan niat saya :)

    ReplyDelete
  11. @senydream Insyaallah , berharap demikian jugak, doakanlah :)

    ReplyDelete
  12. @♪♬ Siti Nor Aisyah ♬♪ Alaikummussalam, insyaallah . ohoo..saya sangat sedih tatkalamenaip, tapi bukan niat saya demikian . Semoga semuanya baik2 untuk saudari juga :)

    ReplyDelete
  13. @fiqkbe maaf, tidak berniat :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top