Showing posts with label adik istimewa. Show all posts
Showing posts with label adik istimewa. Show all posts


Mendengarkan Kingdom Hearts 3 akan memasuki pasaran Malaysia membuatkan saya tersenyum. Permainan Kingdom Hearts adalah antara permainan yang paling digemari satu-satunya adik saya, yang teristimewa; Hafiz. Selain daripada permainan ini, beliau juga menggemari permainan Lego (yang banyak siri itu), serta Dora and Friends, Mickey Mouse dan terkini beliau amat menyukai permainan RPG; G.I Joe.

Kingdom Heart Unchained yang dimainkan adaah format GBA, manakala Kingdom Hearts I pula adalah permainan PSPP dan Kingdom Hearts II format PCSX2. Jika beliau tidak bermain dengan game tangannya; PSP, kami akan bermainnya di komputer menggunakan Emulator. Selain banyak permainan demikian kami beli di kedai game, ada juga kami dapat melalui laman web Freeroms selain kadangkala dapat percuma melalui freebies laman web tertentu.


Oh ya, satu lagi permainan kegemaran Hafiz adalah cari barang (hidden object) terutama melalui laman web Big Fish dan Microsoft. Mak dan sayalah yang selalu bantu bermain sama, seronok!

Laman web bigfishgames.com
Hafiz, adik saya seorang insan istimewa; ADHD dan juga hyperaktif selain bermasalah pembelajaran. Dia tidak boleh fokus lama (tapi game boleh jugalah, bergantung pada keseronokan permainan tersebut) dan cepat lupa (jika anda ajar dia ABC, hari ni dia ingat sikit, esok lupa balik, tapi muka orang dia ingat tau, comel bukan?). Namun alhamdulillah, Hafiz boleh berjalan serta buat banyak aktiviti sendiri, juga dia lebih peramah berbanding saya (suka tegur orang). Malahan dia juga seorang penggemar lagu-lagu 90-an terutama lagu Zamani, AXL, duet Achik dan Nana (akak dialah ni kuat pengaruh). Paling utama, dia pandai main game! Dialah yang selalu berjenaka dan meriuhkan rumah menemankan kami. Bab agama pun bijak juga ni, cepat ingat jika kita selalu cerita atau dengarkan. Suka nasihatkan saya dengan gaya pelat dia. Bergaya dan melaram jangan cakaplah. Bagi ke dia. Hehe.

Dengan artikel ini, saya meraikan penambaikan terhadap E-Sport di negara ini. Kecemerlangan pemain kita di peringkat antarabangsa sebelum ini harus diteruskan dan diberi sokongan. Moga ramai lagi melihat keperluan sukan ini sebagai satu kebaikan. Keseimbangan dalam banyak hal harus diutamakan dan peluang harus terus diberi serta dimanfaatkan. Moga terus maju jaya semua!


Amboi muka waktu menyanyi, feeling betul tau.
Anem cuma ada dua beradik. Anem along dan adik Hafiz. Hafiz berusia 21 tahun (2011), namun cara cakap persis kanak-kanak 5 tahun. Pelat alah, separa berdikari. Dia boleh mandi sendiri, namun kena diperhati. Boleh bersiap sendiri, namun sangat teliti. Jika dia manusia yang normal, pastinya dia metroseksual dari segi gaya. Oho, sangat pengemas orangnya.

Dia seorang yang sangat jujur. Terlalu. Tiada istilah ambil hati atau mahu bodek oleh Hafiz. Jika sesuatu itu bulat, maka bulatlah katanya (dah cikgu ajar demikian, demikianlah). Istimewanya dia, jika hari ini kamu marah atau pukul dia, esok atau hari ini juga dia sudah lupa yang kamu telah lukakan hati / badannya. Hafiz bukan Down syndrome (yang serupa atau lebih kurang rupa wajah itu), namun masih istimewa dari sisi kurang dia, tambahan pula dia seorang yang hyperactive [ADHD] serta sukar duduk diam .

Jika melintas jalan, bak ahli silap mata, dia melintas tanpa menoleh kiri kanan. Suaranya sering memecah keheningan. Sering dilihat mencari perhatian. Dia sememangnya dia, 'menangkap perhatian' adalah satu aset. Peramah adalah kelebihannya. Bukan sahaja demikian dirinya, malah dia juga ada sakit lainnya, kadangkala sering diserang sawan ketika tidur atau terlalu penat mahupun panas, alhamdulillah kini dah kurang kerap. Tulang belakang dia pun tak lurus betul. Dulu pernah patah kaki, namun kini lajunya lari, sehingga pernah johan berlari di sekolah khasnya.

Sejenak, along selalu fikir dik, jika manusia normal, diduga sakit bertubi, diserang kekurangan diri, dipandang jelik saban hari, dikata orang sana-sini, mampukah kita bertahan, mampukah kita berlagak persis tiada apa yang berlaku seperti kamu, dik ? Kerana itu sesungguhnya kamu istimewa, diduga di dunia, dengan rasa yang kamu sendiri saja mengetahuinya.

Along, abah dan emak, sering dihadiahkan dengan pesanan sabar yang jika dikumpul telah lebih jutaan ribu. Along dah memiliki adik selama lebih 20 tahun dah, kurang lebih kamu, kamu tetap adik along. Sesungguhnya kami syukur dan redha menerima semua ini, kerana ini adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan sementara buat kami seisi.


Along berharap, Along bukan sahaja dapat menjadi anak mithali untuk abah dan emak, namun boleh jadi insan dan kakak solehah. Yang diharap mampu jaga adik dan dapat bimbing adik. Sesungguhnya along banyak kekurangan dik, banyak perkara yang gagal along buat, dan dengan rasa tak terdaya ini, along serahkan pada-NYA, dengan harapan Along mampu membahagiakan adik kini dan masa depan, insya-Allah, along akan terus berusaha. Along sayang adik along yang bernama Wan Hafiz ini. Kak long yang garang ni, sangat-sangat sayang Hafiz. Mohon kawan-kawan membaca juga sudi doakan saya, doakan kami. Terima kasih saya dahulukan.

Maaf , kadangkala akak tidak mampu menjadi seorang yang terbaik.
Sangat sedang berusaha jadi lebih baik lagi.

Apa pun semua ketentuan dari ALLAH juga. Jadi katanya, maka jadilah .

Maksud firman Allah : surah Yusuf , ayat 87:
"..... Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
____________


Satu sms masuk,
"Kaumbuatapa?", jawabku, "di rumah, tengok tv."
"Iturumahorangkamupergi?", jawabku "taklah, hari ni duduk rumah."

Mulai hari pertemuan terakhir kami, setiap minggu pasti dia akan hantar sms. Malah dialah insan pertama call untuk mengucapkan selamat hari raya."Ai ling kakak, selamat hari rayaa!" Jeritnya sambil ketawa kecil.

Kisah Dia bermula begini,

Satu: Bising di bangunan depan ni, ada pergaduhan kecil mereka cakap. Anem memang tak ambil port sangat. Seorang tu, menangis, seorang tenang saja. Malam tu hal diorang settle. Tapi tak habis lagi, esok, yang menangis malam tadi sambung berdiri menangis kat luar, habis semua orang dengar, blok lain pun. Belum hal-hal lain yang ikut fahaman dia dan kesukaan dia lagi.

Dua:  Tak lama tu lepas dia mengadu ramai tak suka dia, salah faham dengan kawan-kawan yang rapat dengan dia, sampai la ni, tak tahu apa kesudahannya.

"Dia , kalau tanya suka ulang-ulang meh, dah tanya, tanya lagi."
"Kalau dia itu salah, dia minta maaf harini, esok buat lagi, tidak faham juga."
        Complain teman-temannya.

Tiga:  Hari tu, dalam satu aktiviti, kira klimakslah cerita kat situ, sampai buat orang tension dengan perangai dia, dia buat sesuatu yang tak wajar dibuat dengan sengaja, kira sakit hatilah kalau orang mengalaminya. Tapi dia yang istimewa tu, tanpa sedar itu satu kesilapan, menangis dimarah, dan baru tahu itu salah. Tapi dah memang dia istimewa. Dia bukan kisah orang marah dia, dia bukan ingat apa salah dia, esok buat lagi dan lusa dia minta maaf. Demikianlah seterusnya, ulang-ulang.

Itulah insan bergelar Mee Yieng, masa dengan dia mengingatkan Anem pada Adik Anem yang istimewa, Hafiz. Bila ada insan yang ambil serius dengan akhlak dia, Anem dengan emo jugak cakap, "korang, janganlah macam tu, nak ke anak ke, adik korang macam dia?"

Yes! Emo lebihkan Anem. Tapi teringat ayat sorang dak tu, masa bas dia nak gerak haritu, dak tu cakap, "Mee Yieng! Maaf selalu kutuk kau" - sebab lepas ni mungkin akan susah sesama mereka ini nak jumpa another Mee Yieng, diorang kata, "harap-harap takkan jumpa!" Dalam hati Anem, "Ish, korang ni!"
Rasullullah SAW Bersabda: "Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang dilangit [yakni para malaikat]."- Hadis Riwayat At-Thabrani 
Mee Yieng, tak semua faham kamu, dik! Akak pun.
Maaflah, akak pun bukan baik sangat.

 Take care. Rindu.

End.









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top