Showing posts with label anak hyperaktif. Show all posts
Showing posts with label anak hyperaktif. Show all posts

Dengan rasa syukur umur dipanjangkan tuhan, anem mahu mengalungkan rasa senang melalui tinta kecil seadanya ini. Semoga mereka semua dipermudahkan tuhan dunia dan akhirat - hendaknya. insyaALLAH . Selamat hari lahir, happy birthday , sanah helwah , eid milad saeed , 생일축하합니다 (saengil chukha hamnida) !

Selamat Hari Lahir - Saujana


Aro oh aro (12 Januari)
Nour - macam arab kan nama depannya . Nour tiara natasha. Pemilik bernama ayu ini mencapai umur 20 tahun pada hari tersebut tahun 2012 ini. Orangnya tegas, berprinsip dan mula anem kenali sewaktu Anem terlibat dengan penangguhan PLKN, dan dia waktu tu dah masuk pun PLKN. Orangnya budiman serta berani menghadapi sebarang cabaran . Mampu menjadi ketua yang baik, tapi sekali bawa hati , alamak , sukar diduga sejauh mana rajuk hatinya . Dia senang, pandai jaga hati dia, dia akan jaga hati kita . Masih sedang mencari, akak doakan semoga cik tasha ni akan mencapai segala yang dicita-citakan . Adik akak, senyum selalu tau sayang .
 
Dak sowang ni (15 Januari)

Dia sangat indah. Anem mula rasa jumpa diri Anem semula bila nampak dia berlegar di ruangan facebook pada januari 2010 lalu . Sedang mahu mencari diri sebenar dan suka mencuba benda benda baru , gadis remaja yang sangat 'macho' membawa diri ini , sangat mempunyai persamaan dengan Anem . Keras hati , yakin dengan keputusan sendiri , dan mahu menjadi yang terbaik jika boleh - antara ciri diri Anem yang sangat akrab dengan jiwanya. Dia juga seorang pemain muzik yang baik, seorang yang ringkas dalam penampilan , kreatif dan agak pendiam . Agak suka memendam , dia memang sukar dijangka rasa hatinya - kadangkala . Seorang yang sangat memahami dan menerima Anem apa adanya , membuatkan Anem semakin sangat sayang dia. Dengan menginjak umur angka 2 , dah 20 tahun tahun ini, semoga semakin kuat tau , cyg. Untuk awak, semoga terus tabah dan dapat jumpa yang di cari .


Gigi : 11 Januari

Adik Hafiz , the only one (18 Januari ) 

Dia satu-satunya adik beradik Anem . Dia lah adik lelaki yang Anem paling sayang dalam dunia . Dia seorang yang sangat istimewa - memang istimewa cirinya , orangnya .Dia hyperaktif . Tak boleh duduk diam , nakal amat , serta tidak mampu fokus dengan baik dan perwatakannya seakan umur 6 tahun . Namun manja nakalnya itu membuatkan rumah tidak sunyi . Dia juga mempunyai sakit sampingan yang lain, memang kuat ALLAH duga dia, si baik hatinya . Kemunculannya dalam hidup keluarga kami seisi mampu membuat kami menjadi lebih baik, mana tahu mungkin berpeluang menghuni syurga nanti, wallahualam kan? tapi insyaallah . Selamat hari lahir ke 22, baby boy - birthday boy, adik along dah beso tau !

Izafiza, cik akak darah manis (19 Januari )
Kak iza yang cantik berseri , lebih tak kurang sudah 5, 6 tahun demikian kita bersahabat kan ? Bukan senang mempertahankan apa yang kita capai dan ALLAH mengizinkan untuk kita terus bersahabat dalam ruang terhad masa kita , dalam ruang lingkup jarak yang kita ada . Akak seorang yang sanggup bekorban dan pengalah yang hebat . Seorang yang tabah dan yakin dengan apa yang akak buat, dengan umur akak mejangkau ke angka 26 ini , Anem sentiasa berdoa semoga akak akan dapat menjadi isteri solehah kelak dan berbahagia dengan bakal suami yang akan dinikahi bulan 3 nanti . Semoga persahabatan kita akan berkekalan hendaknya akak sayang . Rindu ! :)

----------------
Rahsia Bulan kelahiran Januari


Kaer : Januari - asal Glenn Fredly
 
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
* Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* Peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
* Suka smart, kemas dan teratur
* Sensitif, berfikiran mendalam
* Pandai mengambil hati orang lain
* Pendiam kecuali setelah dirangsang
* Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri
* Badan sehat tetapi mudah diserang selesema
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
* Cukup sayang kepada kanak-kanak
* Suka duduk di rumah
* Setia pada segalanya rajin belajar dan kemahiran sosial
* Sikap cemburu yang sangat tinggi

Allaahumma innaa nas'alukal 'afwa wal'aafiyata fiadiini waddun-yaa wal-aakhiroh.
Maksudnya : Ya Allah ! Kami memohon keampunan dan kesejahteran dalam agama, di dunia dan akhirat

Untuk semua yang sambut hari lahir juga pada Bulan JANUARI ini, selamat hari lahir. Semoga semuanya dipermudahkan :)

Amboi muka waktu menyanyi, feeling betul tau.
Anem cuma ada dua beradik. Anem along dan adik Hafiz. Hafiz berusia 21 tahun (2011), namun cara cakap persis kanak-kanak 5 tahun. Pelat alah, separa berdikari. Dia boleh mandi sendiri, namun kena diperhati. Boleh bersiap sendiri, namun sangat teliti. Jika dia manusia yang normal, pastinya dia metroseksual dari segi gaya. Oho, sangat pengemas orangnya.

Dia seorang yang sangat jujur. Terlalu. Tiada istilah ambil hati atau mahu bodek oleh Hafiz. Jika sesuatu itu bulat, maka bulatlah katanya (dah cikgu ajar demikian, demikianlah). Istimewanya dia, jika hari ini kamu marah atau pukul dia, esok atau hari ini juga dia sudah lupa yang kamu telah lukakan hati / badannya. Hafiz bukan Down syndrome (yang serupa atau lebih kurang rupa wajah itu), namun masih istimewa dari sisi kurang dia, tambahan pula dia seorang yang hyperactive [ADHD] serta sukar duduk diam .

Jika melintas jalan, bak ahli silap mata, dia melintas tanpa menoleh kiri kanan. Suaranya sering memecah keheningan. Sering dilihat mencari perhatian. Dia sememangnya dia, 'menangkap perhatian' adalah satu aset. Peramah adalah kelebihannya. Bukan sahaja demikian dirinya, malah dia juga ada sakit lainnya, kadangkala sering diserang sawan ketika tidur atau terlalu penat mahupun panas, alhamdulillah kini dah kurang kerap. Tulang belakang dia pun tak lurus betul. Dulu pernah patah kaki, namun kini lajunya lari, sehingga pernah johan berlari di sekolah khasnya.

Sejenak, along selalu fikir dik, jika manusia normal, diduga sakit bertubi, diserang kekurangan diri, dipandang jelik saban hari, dikata orang sana-sini, mampukah kita bertahan, mampukah kita berlagak persis tiada apa yang berlaku seperti kamu, dik ? Kerana itu sesungguhnya kamu istimewa, diduga di dunia, dengan rasa yang kamu sendiri saja mengetahuinya.

Along, abah dan emak, sering dihadiahkan dengan pesanan sabar yang jika dikumpul telah lebih jutaan ribu. Along dah memiliki adik selama lebih 20 tahun dah, kurang lebih kamu, kamu tetap adik along. Sesungguhnya kami syukur dan redha menerima semua ini, kerana ini adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan sementara buat kami seisi.


Along berharap, Along bukan sahaja dapat menjadi anak mithali untuk abah dan emak, namun boleh jadi insan dan kakak solehah. Yang diharap mampu jaga adik dan dapat bimbing adik. Sesungguhnya along banyak kekurangan dik, banyak perkara yang gagal along buat, dan dengan rasa tak terdaya ini, along serahkan pada-NYA, dengan harapan Along mampu membahagiakan adik kini dan masa depan, insya-Allah, along akan terus berusaha. Along sayang adik along yang bernama Wan Hafiz ini. Kak long yang garang ni, sangat-sangat sayang Hafiz. Mohon kawan-kawan membaca juga sudi doakan saya, doakan kami. Terima kasih saya dahulukan.

Maaf , kadangkala akak tidak mampu menjadi seorang yang terbaik.
Sangat sedang berusaha jadi lebih baik lagi.

Apa pun semua ketentuan dari ALLAH juga. Jadi katanya, maka jadilah .

Maksud firman Allah : surah Yusuf , ayat 87:
"..... Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
____________








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top