Drama Bersiri Makbul di TV2 : Sebuah Cerita Tentang Doa

Alhamdulillah.Khamis malam jumaat dah ada drama indah. Diikutkan hati kecil Anem yang selalu terdedah dengan cerita hantu sejak kecil, Anem akui tengok drama melayu hantu pun, Anem jadi penakut. Betul, mempercayai benda ghaib itu wajib, tapi jadi penakut tu patutnya tak wajar. Tapi tak tipu, memang Anem bukan berani orangnya. Selalu, khamis malam jumaat, ada ehwal islam atau semanis kurma ke, layankan. Kalau siaran tu dah berubah siaran, tidur awal atau online je. Takut nak tengok drama seram lain.(Jangan konon bajet baik Anem,channel favourite ko AXN kan? Haha ). Dah, dah , kembali ke tajuk asal.


Baiklah, MULAI 7 APRIL 2011, SETIAP KHAMIS JAM 9.00 MALAM , drama 15 episod Makbul akan mula ditayangkan. Lihat pada Promo , iklan serta mendengar lagu tema drama ni pun,Anem dah mula teruja mahu menontonnya. Hari tu, Anem sempat melihat di balik tabir atau orang selalu cakap the making cerita tu. Lagi buat rasa dekat dan mahu lebih kenal jalan cerita drama ni.

Lagu tema cerita ini yang buat Anem jatuh cinta memula, tak percaya , cuba dengar :

Lagu Tema Drama Bersiri MAKBUL: KU BERMOHON PADA MU


Nak lagu ni bagi emel kat komen ya. sekian.


Lirik Lagu Tema Drama Bersiri MAKBUL : KU BERMOHON PADA MU :

ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…
KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..TETAPKAN IMAN KU SENTIASA PADA MUBERSERAH PADA MUSESUNGGUHNYA
SOLAT SERTA IBADAHKUHIDUP DAN MATIKU
HANYALAH UNTUK MUHANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MUTIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MULINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANRAHMATILAH SEGALA PEMBERIANKURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…

Penyanyi: Boy B4Lagu: Rosli SelasehLirik: Danish Muhammad Iman


Sinopsis Drama Makbul : 
Cerita ini mengisahkan tentang seorang Kontraktor , iaitu Anuar (Jalaluddin Hassan) , yang kurang mempercayai keberkatan serta penting doa dalam kehidupan seorang muslim. Namun bila ada krisis yang melanda syarikatnya, dan kebetulan beliau telah mendapat suatu tawaran tender (projek),itu telah membuka hati beliau untuk menaja 12 orang penduduk kampung mengerjakan umrah bagi mendoakan beliau di sana supaya dapat kelulusan dalam pinjaman banknya. Bol- seorang pemuda kampung lurus bendul  yang sering diperlekeh,  terlalu ingin menziarahi Makam Rasullullah, telah diberi peluang menggantikan Imam Rosdi untuk mengerjakan umrah, namun tidak dipersetujui Anuar merasakan doa Bol seorang yang lurus bendul dan tidak pandai membaca dan menulis itu tidak akan dimakbulkan.

Promo / Iklan Drama Makbul ini:



    
    

Para Pelakon : Dato’ Jalaluddin Hassan (Anuar), Kartina Aziz (Jamiah), Yushazizi Yusof (Bol), Fathil Dani (Imam Rosdi), Khatijah Tan (Hajjah Yam) Dr. Samat Salleh (Penghulu), Hj. Zakaria Yusoff (Pak Aji), Badrul Munir Md. Isa (Haji Salim), Bustamam Haron (Haji Badar), Mubarak Majid (Ustaz Rahim), Wan Maimunah (Rosnah), Isa Mean (Burn), Kazaruddin Saisi (Jamil), Zulkifli Ismail (Datuk Burhan), Sheila Mambo (Datin Zurina), Pak Lah Cecupak (Agus), Abu Bakar Juah (Datuk Kahar) dan ramai lagi pelakon yang terlibat

Penerbit dan Pengarah : Saudara Asri Alias
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed (pernah menghasilkan skrip untuk drama Ihsan, drama bersiri Hani dan Drama Mencari Nur Khadijah) - blog beliau di sini [klik]

Nota : Semua gambar dan video dalam artikel ini, Anem ambil dekat laman web rasmi drama bersiri Makbul di sini: http://makbul-theseries.blogspot.com/ . Selamat menonton semua dan bila dah bersiaran , serta menonton nanti, korang boleh beri pendapat korang lagi nanti..Oh ya menurut penerbit, 80% drama ini menjalani penggambaran di Yan, Kedah. ..




18 yang menasihati:

  1. erm..nampak menarik nieh....tq kongsi...akak dah terbiasa..kalau takut sangat bukak lampu..hehehe...nak-nak time kanda kerja masuk shift malam..huhuhu...takpe Allah sentiasa ada....

    ReplyDelete
  2. maaf,mas masih lum ready nak update blog.mas lagi suka lompat2 ke blog kawan2.he2.wah kak anem da tkar style blog.cantik (^_^)

    ReplyDelete
  3. cite ni cam best..
    tp nis tak dpt tgok tv kat sini
    :,(

    ReplyDelete
  4. TQ share lagu tue...yer lah best ...suka, sejuk hati dengar

    ReplyDelete
  5. Jarang tengok drama bersiri sekarang... Kang ketagih.

    ReplyDelete
  6. @Dinda Iva : Berani akak. Ya, ALLAH kan ada . Sekadar berkongsi, mari menonton :)
    @tropicana_gurlz : Thanks mas sayang. Okeh, dah update beritahu ya :)
    @Anisa Hang Tuah : Alolo.awat nis ? Takpe. layan jika sempat.
    @meo : Kan. indah.
    @e. indah : Tenang je dengar kan, E?:)
    @a kl citizen :Betul,sekali tengok, pasti nak lagi :)

    ReplyDelete
  7. Hurm... asl lagu tu melody dier cm ade melody lagu insyaAllah by maher zain?herm...

    ReplyDelete
  8. @Affina Fatin: Terinspirasi mungkin. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:07 AM

    Salam.. terima kasih kepada yg sudah menonton ep.1 drama makbul.. cuma minta tolong betulkan info siaran, bukan di TV1 ttp di TV2..
    Drama Bersiri 15 episod MAKBUL bersiaran setiap khamis Jam 9.00 Malam di TV2.. kepada yg terlepas tengok ep.1 boleh tengok di www.rtm.gov.my cari capaian TV2 VOD (Video On Demand).. terima kasih semua.. amin..amin..amin..amin..

    ReplyDelete
  10. mcm besh tpi xthu la berkemsempatan tgok ke x coz xsuke tgok tv mlm2...

    *sy pon suke channel AXN tu tau..:)*

    ReplyDelete
  11. @Anonymous Allahuakbar.Maaf ya, saya pun sudah betulkan. Terima kasih atas permberitahuan dan kunjungan saudara :D

    ReplyDelete
  12. @senydream : yeke? Samalah kite dik;D

    ReplyDelete
  13. thank for info

    ReplyDelete
  14. sy da folloe drama nie...mmg ad suatu tarikan....jalan cerita yg smooth...tenang.....ad jiwa...harap dapat memberi tauladan kepada semua...10 bintang

    ReplyDelete
  15. Berakhirlah sudah drama Makbul nie.. Mmg terbaik.. Memberi kesan yg cukup mendalam.. :-)

    ReplyDelete
  16. @reza al-razi : Kan sedih pula bila dah habis..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.


Protected by Copyscape Plagiarism Detection Personal Blogs :)
Diubahsuai oleh : Anem Arnamee