Jangan Perasanlah Diri tu Ahli Syurga


Entri ini khas untuk ditujukan kepada seorang manusia. Ya ! Manusia yang memang perasan bagus. Memang lah dasar insan , mudah lupa diri bila merasa lebih memiliki dari yang lain. Perasan macam berkelebihan sangat, namun bila mula tak berhenti bersuara, nampak makin tak bijak pula aqal, terus tersembul semua kelemahan dan membenih menjadi keaiban.

Jangan rasa diri tu baik sangat, bila dah rasa ada ilmu agama lebih dari orang tu. Konon kalau kau dah tutup aurat sikit, bila kau tengok yang seksi , tak solat tu teruk sangatlah. Kutuk-kutuk bagai. Bila tengok orang  tak straight, bajet baik sangat sound sound dalam hati, awat tak p kat diorang, ceramah sendiri ?. Takutlah tu, kan? Ngaku jelah. Tak rugi pun, kalau kau tegur elok-elok, bersangka baikkan? Jangan terus menyalahkan, tak elok tu.
“Kita jadi baik, kerana kita tidak diberi peluang untuk buat jahat oleh ALLAH, jadi jangan sombong, jangan perasan diri anda sudah cukup baik,”.- Penceramah
Lepas tu, bila rasa diri dah pandai sikit, perli-perli orang, bajetlah bagus sangat, sedang diri sendiri? Hei! Ingat sikit, memanglah wajib menyampaikan benda baik kat orang lain, kau buat ke, tak buat pun, sampaikan yang baik kat orang tu dinamakan DAKWAH, dan ia memang wajib. Tapi kalau kau amal, kan lagi senang orang nak terima, contoh tak jauh, tengok akhlak kau dulu.Tapi bila mulut tu macam apa, perangai ntah apa-apa, kau ingat terkesanlah sangat ceramah indah kau bak cerpen 3 muka surat tu? Kau rasa apa? #Oren ?.

Ingatlah, hidup tak lama untuk rasa diri kau tu ahli syurga sangat,  yang kebanyakan blame-blame orang dulu, tanpa cari sebab punca, semua salah sampai orang dengar ayat kau rasa menyampah.Betulkan niat, banyakkan ilmu dan tolong belajar empati, empati tu ibarat kau letak diri kat kasut orang lain. Jangan lihat dari sudut sendiri yang konon betul 24jam tu. Semua yang berlaku tu , mesti ada sebab . Ingat tu. Fikirlah sikit.
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mencari-cari kesalahan saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsianya pula.” (HR Baihaqi dan Ahmad)
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. berpesan pesan dengan kebenaran. Berpesan pesan dengan kesabaran.
Oho,entri ini untuk manusia yang perasan bagus bernama  ANEM ARNAMEE .
Maaf guna 'aku' - kaso anem rasa, tapi sebab tuju kat diri sendiri , tu kena keras sikit bahasa. Yang mana baik, kita ambil, semua orang boleh berubah jadi lagi baik, insyaallah. Untuk yang sudi nasihat-nasihat, terima kasih kawan. <3
Nabi bersabda: Qulilhaq walau kaana murran : katakan yang benar walaupun pahit
Ya, dulu budak ni bajet #serbanistas. Sekarang budak ni #budaknakal. Maaf.. 

10 yang menasihati

  1. ok...yup..manusia berhak utk berubah jadi lebih baik...pasal syurga atau sebalinya biarlah Dia yang tentukan..setiap amal yang dilakukan adalh berdasarkan keikhlasan dan kejujuran....

    jom baca
    Kisah Kau Dan Aku...Episod 01

    ReplyDelete
  2. ambil iktibar dr entri ni
    :)

    ReplyDelete
  3. sebab tiada siapa yang sempurna
    iman manusia pun ada turun naiknya.


    kak, terima kasih sebab tolong ingatkan sy juga
    ;)

    ReplyDelete
  4. slalu jumpa orang mcm nieh
    cakap pandai bagai tapi
    adeh
    diri sdri pun tak terjaga
    huhu

    ReplyDelete
  5. Nasihat yang berguna.....bagus2 teruskan....

    Nak bertahu ini...sya ada buat uLR baru http://cayob.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. bila baca ayat last yang kecik tuh terasa macam ada yang tak betul...

    kan ia semakin teruk bila kita fikirkan begitu,seolah-olah kita pulak yang terpengaruh dengan kebejatan.dulu elok-elok jer dan sekarang telah bertukar jadi super sayyan...aiiilar..patut makin ok.

    kita patut semakin memperbaiki diri dan bukan kembali kepada suatu yang dangkal.

    ReplyDelete
  7. @Chegu Zubir : InsyaALLAH. semua terserah padaNYA jugakan :)
    @Anisa Hang Tuah :Terima kasih:)
    @syarifah radiah ibrahim : Betul, iman boleh berubah, Sama-samalah kita.
    @Nizam :Terima kasih !
    @akmalhilmi : Wallahua'lam. manusia ada khilafnya.
    @cayob :Insyaallah, :)
    @ghost writer : Sesuungguhnya itulah saya. semakin jauh . Doakan saya kembali ya?:)

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:20 PM

    tu la rse entry ni len dr entry kak anem y len2..berguna gak untuk diri ini entry ni..terima kasih..:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top