Putus cinta : nak salahkan siapa ?


CINTA - ada yang bahagia , ada yang kecewa. Bagi pihak yang minta untuk memutuskan hubungan percintaan tu, ada macam-macam sebab yang boleh dilist kan :mahu sendiri dan fokus, rasa tidak sesuai atau tidak mampu bersama lagi, sebab ada masalah taknak dia tahu,  sebab ingin memperbaiki sesuatu perhubungan, atau sebab dia dah jumpa yang baru. Apa sajalah- Dan semua itu Anem, secara peribadi senaraikan kesan dari alasan-alasan itu .

Apa perlu buat bila putus cinta? (Ini bukan tips bila putus cinta sangat sebenarnya) . Ia hanya sedikit nasihat : TOLONG jangan salahkan diri sendiri atau orang lain. Tolong lah babes and bro-bro sejagat sekalian. Boleh ? Sangat tak macho okeh.


# Trend :Salahkan diri

Mungkin sangat betul, orang tu tak tahan dengan kita lagi , atau dia dah jumpa orang lagi baik atau sangat kena dengan taste dia sekalipun, kita tetap tak mampu nak tukar hati dia balik. (Kalau boleh cuba- buatlah sedaya upaya) .TAPI , kalau gagal, nak buat macam mana? Cepat-cepat nak buat macam apa yang dia suka ? Cederakan diri bagi ibubapa dan kawan-kawan kita risau? Bunuh diri biar roh terapung2?

TAK ok! Jawapannya, ' takpe kau pergilah, ada orang lagi layak untuk hati aku yang murni ni" - Sedapkan hati sendiri, nama nak sidia pujuk kita, jangan nak harap sangatlah.Fikir positif sedikit. Dan cuba memperbaiki diri, mungkin betul, dulu kita ni asyik kawal dia (dia nak masa dengan kawan-kawan mungkin), mungkin kita ni terlalu suka beri arahan (sedangkan dia berdikari orangnya), sangat suka tetapkan syarat dan membebel (dia mungkin rimas dan lemas), mungkin dia tak suka kita ubah penampilan atau cara kita yang tertentu tapi kita buat juga, JIKA itu sebenarnya satu nasihat yang baik, awat lah hang ketegaq sangat, kan bila dah ego, degil sangat, hambik ! Kan dia dah beralih arah tu. Yang penting nak buat itu ini tanda sayang, menjaga, cemburu, risau, adalah sangat baik, tapi jangan 'over' - bila lebih-lebih tu yang buat orang tak suka taw.

Jangan bunuh diri kerana cinta ya!:




# Saya dah buat semua dia suruh, sayang dia sangat, Tapi dia pergi juga . Dia tinggalkan saya macam tu je.

See ! Dia tak nampak , atau tak jelas erti cinta yang kita hulurkan, nasihat saya : TOLONG jangan terlalu memberi. mahalkan sedikit. Bila bagi sikit, dia tak hargai,kita pun tak sakit sangat, sayang. Takpe, lain kali belajar untuk beri apa yang dia beri kita,sedikit lebih takpe, tapi bukan SEMUA .CINTA harganya sangat mahal ,kawan.

Mahal : Love is expensive . Benda berlalu tak dapat nak ulangi atau patah balik, jadi apa nak buat sekarang ? Merayu? Terhegeh-hegeh tunjuk muka tak tahu malu,? Menangis sampai mata jadi burung hantu? No way! Serius tak cool ok ! Come on! Manusia macam dia ramai, ok, tapi pasangan yang layak untuk kita,sorang je, ADA, jangan terlalu mencari, cuma jadi diri sendiri, jadi orang baik yang selesa dengan diri dia- itulah kita. Pastinya akan ada aura indah yang orang tertentu je boleh nampak dari diri kita- itulah cinta baru kita.

# Saya tak boleh hidup seorang, saya tak mampu!

Perghh! Lahir kita seorang,mati pun kita akan sorang. Pergi tandas pun, masuk dalam tu, kita sorang-sorang. Sebelum kita kenal dia, kita ok je sorang-sorang. Kenapa tiba-tiba kita kena ada dia sebagai remote control kita. Kita bukan mesin yang hanya berfungsi bila tekan suis,kan? Kita masih ada ibubapa yang sayang kita, at least if parents tak faham, tak rapat dengan kita pun, kita masih ada kawan-kawan dan hobi lain yang boleh diisi untuk sibukkan diri. HEY! Dia siapa, hebat sangatke dia, sampai kita tak boleh hidup tanpa dia ?Ingat ! Dia dah tinggalkan kita ! Jika kita letak dia segala-galanya, aduh 'BIJAK' nya kita kannnn.. Hurmm. InsyaALLAH kita boleh, yang penting , mencuba melangkah. Jangan mengalah !

# Salahkan orang lain : Maki-maki EX (bekas kita) atau kutuk pasangan baru dia

Haiya! Apa saja niat kita bertujuan untuk tunjuk marah sebenarnya menunjukkan rasa kecewa kita ditinggalkan, kita seakan buktikan kita sangat perlukan sidia selamanya, hidup kita sepi bila dia pergi. Aiyak, mahalkan maruah kita.Maruah nilainya sangat tinggi dan istimewalah, sayangku. Hanya orang tertentu akan faham cinta kata. Matang sedikit. Bila kita relaks and cool, tak pasal Ex kita tu pula yang rasa bersalah dan pelik : tenangnya dia lepas aku tinggalkan, aku tak cukup bagus ke untuk dia, dia tak sedih sangat pun! - Yah! Ini yang kita nak dia fikir. Bukan maki marah dia atau pasangan baru dia. Dah hakikatnya kita ni baik kan. Orang baik untuk orang baikkan ?  Orang baik macam kita ni perlukan orang yang lebih baik dan layak. So, jangan ada benci , yaaw!

# Saya yang minta nak berpisah dengan dia, dan kami berpisah cara baik.

U ask for it- u got it! Bila kita dah berfikir itu adalah jalan terbaik untuk dia, diri kita dan kedua-duanya, kita tak boleh sesekali menyesal. Yah! Mungkin kita rasa rindu, atau fikir 'timing' - 'terlalu awalkah? Adakah betul keputusan aku ni?' bagai. Apa yang penting, kita sangat berharap agar keadaan dia kuat tatkala menerimanya, sidia sangat stabil dalam menangani hidup sendirian selepas ini. Cara baik memang mudah nak buat, nak dia faham situasi kita pun tak susah, cuma, nak dia TERIMA keputusan kita, itu yang susah. Mungkin dia pura-pura tak faham atau sebelum ni terlalu rapat atau bergantung pada kita, jadi itu jadi sangat hard pada dia. Kita pula, bila buat keputusan, kena hilangkan rasa bersalah, namun jangan bertindak kejam dan terangkan melalui hati ke hati. Jika sidia sayang kita,pastinya dia mahukan juga yang terbaik untuk kita juga,kan? Pastinya dia akan sayang diri kita lebih dari diri dia sendiri, tanpa pentingkan diri dia dan perasaan dia je. Perlahan-lahan, masing-masing akan kuat, dengan izinNya juga !:)

# SAYA BAHAGIA BILA DIA BAHAGIA. 

Caranya : doakan dia, bila kita teringat dia. Dan Fikirkan tentang masa depan diri kita dalam bidang lain. Cinta -mungkin bukan buat masa ni. Hidup ni bukan untuk berkasih mesra dengan sidia je. Tanpa cinta dia, kita juga boleh berjaya dan gembira. Insyaallah. Ok korang, kuatkan hati, ya ! Chaiyok2!  Ingat,kita ada ALLAH bersama  , yang teman kita walaupun kita seringkali lupa padaNYA.

Salam..




Nota : Baca tips ubati rasa kecewa dan tekanan tatkla down : [klik sini ]


17 yang menasihati:

  1. setuju dengan semua point....hehehe dah pernah rasa...jgn sesekali salahkan diri sendir..sedarlah Allah SWT lebih tahu yang terbaik utk diri hambaNya,,,Allah SWT takkan uji hambaNya melebihi ape yang hambaNya mampu...redha..tenang...ingat denganNya....terima segala yang terjadi dengan hati terbuka dan tenang sebab Allah sayang akan hambaNya...hari ini kita berpisah dengan sidia..sebab Allah nak bagi kita orang lain yang lebih baik utk kita...yang mampu jaga dan sayang kita...dan Allah buatkan kita selalu terluka sebab...Allah nak kita belajar dan matang melalui semua pengalaman....InsyaAllah..redha...

    ReplyDelete
  2. Anemmmmm


    Suka sangat entri ni.. rasa terkena aje dekat diri sendiri... hahaha.. betul lah.. buat apa nak fikirkan sangat pasal ni kan... yang dah lepas biarkan lepas.. fokus dengan keadaan sekarang.. studi..studi.. hehehe..

    thank's anem.. entri banyak membantu diri ini untuk jadi kuat semula.. memang diri ni lupa..

    Allah s.w.t sentiasa ada di sisi kita ni... =_=

    ReplyDelete
  3. Aneemmmm...

    Suka entri ni. Dulu, pernah frust dengan sorang mamat ni. Bercinta 7 tahun tapi kesudahannya? KOSONG? Terpaksa tinggalkan dia sebab tak larat dah nak tempoh dugaan.

    At first, dia marah and tak dapat terima. Dia memang down habis. Kiteorang sampai gaduh and putus kawan.

    But now, Alhamdulillah. Nailah pun dah kahwin and same goes with him. Dah kahwin and anak sorang. Kiteorang baik dah bila dia jumpa my pesbuk and say sorry semua. Jadi kawan balik dah but Nailah tak berani nak rapat-rapat balik. Hehehe. ;))

    ReplyDelete
  4. setuju dear..sgt berkesan tau nasihat kamu..=)

    ReplyDelete
  5. salam.kak anem,kalau leh tkar background/warna tulisan.mas tertarik sangat nak baca new post ni,tapi mata pedih berair2 pening baca tulisan kecik+warna.rasa mamai2 otak ni da..xdpat nak baca abiz,kepala da sakit.. (T_T)

    ReplyDelete
  6. salam dik ^_^

    pepatah megatakan :-
    bercinta selepas kahwin lagi baik drp bercinta sebelom kahwin...

    cintakan ALLAH lagi 'hebat' dan 'kekal' drp mencintai manusia...

    **moge sihat**

    ReplyDelete
  7. @Dinda Iva : InsyaALLAH kan sis, yang penting redha:)
    @Faaein Himura : Sama-sama faa. semoga lebih kuat okeh ?:)
    @Nailah Azman : Wah. lama tu. kenangan kan. Ehem2. hehe. good2 utk kebaikan :)
    @izaFiza :Terima kasih kak :)
    @tropicana_gurlz :Yeke adik? Ni komen pertama akak dapat macam ni. Macammana ya dik? Allah.
    @cun09 :Insyaallah kak liza. Yerp, cinta selepas khwin itu indah bagi mereka yg mengalaminya :)

    ReplyDelete
  8. cik ana suke entry ni ^^
    moge2 kite semue tabah m'hadapi ape juge cabaran mendatang ^^

    ReplyDelete
  9. xperlu salh siap2.. kadang2 takdir smpai di situ je :) tak gitu :)

    ReplyDelete
  10. fuhh~ salahkan siapa? itu yang kita taktau.ngee.tapi cubalah.cubalahkan tak menyalahkan mana2 pihak.pisah cara baik.mana tau nnt boleh kawan.insyaAllah jumpa jodoh yang ;aagi bagus untuk kite?hehe

    ReplyDelete
  11. nice blog,,i follow,plz follow me back...tq

    ReplyDelete
  12. like this entry. being single is not a loser ponnn :D

    ReplyDelete
  13. saya bahagia bile dia bahagia..yup..setuju sngt cara tu..:)

    ReplyDelete
  14. Anonymous10:28 AM

    eh betullah... ada jg org yg sama sebijik yg die ckp dlm entry ni

    -Ocae-

    ReplyDelete
  15. good point..tapi tulah kadang-kadang timbul jg rasa sakit hati..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top