Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.


Mata sudah naik kering . Begitu juga dengan isi diri yang sudah makin berisi. Pada hari kelmarin, insan bernama anem telah mula mengeluh - rasa mula culas.

Berkecai - rasa ikhlas, dulu ditabur dan dihampar , kini makin kurang , macam nak hilang . Anem bukan pemilih, bukan penyoal ini boleh itu tak boleh, bukan peminta harga sembelih, tapi hanya seorang insan yang ada sedikit yang dia boleh, mahu mendapat sesuatu yang dia boleh tolong pulih.
 
Mahu bantu diri dan agama.

Mahu bantu keluarga dan seisinya.

Tapi , setelah diduga , dilayan begitu saja, rasa mula gila, mahu lari sahaja, dari suatu yang dinamakan sebagai kerja.
 
___________

Hijrah by Mu'adz


Lirik lagu Hijrah dari Muadz & DakMie :

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ،
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ،
وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

Amalan mulakan dengan niatmu
Dengan hatimu kau berhijrah kepada Nya

Whatever you do
Begins with your intention
Let your heart
Paves the way for the migration

And if the whole world let you down
Left you crying all alone
Change your intention
And surrender your heart to him

Say and believe (Say and believe)
He’s the One (He’s the One)
The only One for you (The only One for me)
He’s always there for you (He’s always there for you)

Tajuk Nasyid : Hijrah
Artis : Mu’adz


___________
Tadi. Baru berjam tadi . Anem mula memperkata tentang miskin kaya pada dia. Bukan apa, Anem memang cemburu pada rasa semangat dan kuat dari jiwanya. Dan Anem sampai lelah ,tidak juga berubah.


Bukan tak mahu ! Bukan ! Silap kalau sekali di fikir begitu. Semua mahu berjaya, sedikit senang dan mahu bahagia, bukan ?

Anem Arnamee , bangkitlah ! Kan ni tahun baru, hari baru , bangunlah ! Cari diri tu . keep on searching  .:(

Salam maal hijrah semua, semoga kita semua jumpa apa yang kita cari , insyaallah , sama-sama. Kullu am waantum bilkhair .

*Lagu 1 Muharram dan lirik lagu 1 Muharram detik permulaan ada di laman web ni : [ lagu hijrah 1 muharram ]

 ____

"Rezeki tu ALLAH yang bagi Buatlah macam mana pun, selagi ALLAH tak beri rezeki kita takkan berjaya , apa yang penting usaha , berdoalah, selebihnya serah pada DIA" -AN

P/S : Orang pendiam , sekali bercakap memang mampu buat kita terdiam .



Dan 2, 3 hari kerat selepas aku parah
kamu KUTIP aku di tepi lembah
kamu hadir sebelah pegang payung menadah
kamu beri lagu JANJI AKIM sebagai hadiah
Katamu yang lalu biar dilepas pasrah
jangan dikenang pada keadaan yang lemah

Kamu kini dalam peluk erat aku
walau sesekali naik lain nada kamu
rimas dengan rajuk manja itu
namun kamu tetap bertahan cuba terus kaku
menerima aku
aku yang jelas terang kamu tahu comot -compang- celaru

Setiap hari ku cuba lari dari kenangan merah
yang buat kita hilang arah
selepas setiap hari juga , kamu cuba beri aku indah
walau aku terkadang mahu lebih-lebihnya

kamu beri cinta dengan jiwa , walau aku selalu mahu kau bebas luah ,
katamu itu diri kamu seadanya , tak perlu diberitahu dunia ,
walau berbeza, ia tetap rasa kuat yang sama ,
tentang cinta , tentang kita .

walau aku rasa aku teruk buat kamu rasa diri tak berguna - ketahuilah yang aku takut .
takut terhilang kamu yang setiap hari hati aku sebut - sebut .
Buat Kamu - terima kasih dari dalam diri ku yang kalut.
Kerana - sudi kutip jiwa ini ,pada hari semalam. - yang serabut .
p/s : PJku  IA, saya tulis puisi ni , 5 hari sebelum kita-kita jadi 20 .
____
- Saya tak mampu jadi hebat macam dia yang kamu suka, tapi cukuplah saya jadi manusia yang kamu tak rasa tertekan dengannya. Maafkan semua silap salah saya -yang sering buat kamu luka  -


Cerita ini disiarkan tahun 2011. Bagi saya ia satu telemovie yang agak comel, segar dan sangat mesra. Dengan shot, warna, plot , skrip dan persekitarannya. Dari segi lakonan jangan cerita. Nampak sangat selamba. Semua pelakon tak nampak berlakon. Walaupun jalan ceritanya agak ringkas dan bersahaja, tak berat, takdelah terlalu jenaka, tapi ceritanya benar-benar dekat dengan remaja.

Masukkan elemen laman sosial, remaja suka bergaya dan popular, sedikit tentang cinta , tudung, tentang kehidupan di universiti, hubungan persahabatan Semananjung - Sabah Sarawak (Sabah yang dihighlight) , eleman fotografi dan teknologi telefon, drama ini saya mahu puji sikit. Walaupun twitter jadi twitjer dan facebook jadi facebag , sekurang-kurang Emak dekat rumah faham apa anak mereka sedang gilakan sekarang. Dan bagaimana perkara itu sedikit merangsang , mengganggu atau membantu remaja macam kita pada hari ini.


Liyana Jasmay nampak comel bertudung (memegang watak sebagai Zubaidah). Terutama bila bergaya fesyen tudung ala Hana Tajima dan ber turban ala Yuna . Serius cute. Ini adalah drama pertama terbitan pertama Liyana dan akaknya Adriana Jasmay . Dan idea juga datang dari mereka. Tidak terasa diperkecilkan, Saya yang bertudung ini akan menantikan idea dan perkembangan drama seterusnya dari si cilik ini.

Sinopsis Drama si Tudung Tweet :


Kisahnya mengenai gadis kampung yang obses dengan twitter dan lupa diri sekejap. Namun akhirnya dia insaf semula.

Si Tudung Tweet berkisar kehidupan pelajar kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah (Liyana Jasmay) seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Dia berasa iri hati terhadap Marissa (Juliana Evans) yang dianggap saingannya.

Pelbagai perubahan dilakukan Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai.
______


All the best untuk the next next project, Liyana.
"Sembahyang jangan tinggal, tudung jangan tanggal" - petikan ayat ayah Zubaidah dalam drama ni. Simpan . 

Gara-gara #SiTudungTweet @LiyanaJasmay : Zubaidah & Juliana Evans - jadi trending kat twitter ! <3


Entri ini agak panjang . Ulasan sendiri tentang kemenangan Yuna di AIM 18 baru ni, tentang di awal kemunculan (sejarah bermulanya) KSMY [ Kipas Susah Mati Yuna - Yuna's die hard fan : superyunnies] & hari lahir cik Alis kita ni.

*Update : Lagu apa yang Yuna bawa semasa persembahan di AIM 18 tu ? lagu yuna Nyanyi masa AIM adalah MEMO (video nya ada bawah ni, urm : yang sweet ada qi tu ] dan gelora jiwa .


Anugerah Kembara : Yuna memang layak


Memperjuangkan muzik Malaysia ke antarabangsa, membawa nama Malaysia ke seluruh dunia. Dengan penat lelah dan kesanggupannya berjuang demi minat , cita-cita dan kerjaya , Yuna mampu menggapai impian, yang hanya cuma impian bagi sesetengah insan. Malahan dia membuktikan pada semua remaja dan masyarakat umumnya , semua orang boleh menjadi sesuatu jika terus berusaha dengan tidak mengenal erti putus asa. Dengan berdikari , tinggal jauh di negara asing yang berbeza budaya berbanding di tanah air sendiri, Yuna sememangnya sudah berjaya membuktikan dia bersungguh dalam berjuang dengan apa yang dia percaya . Tahniah.


*Lepas AIM 18 - Dua lagu yuna akan terlibat dalam separuh akhir muzik-muzik 26 pula. [ Penakut dan Gadis Semasa ] . Insyaallah ada rezeki, akan ke AJL 26 pula . :)

Penakut - Lagu terbaik AIM 18 cetus kontroversi ?






Juri AIM 18 ada banyak pilihan tatkala mahu memilih lagu terbaik.Samada pemenang lagu Pop terbaik [ Sedetik lebih ], Lagu Nasyid Terbaik [Pedoman] , Lagu Inggeris Terbaik [Got To Go] , lagu Pop Etnik terbaik [Joget Tak Senang Hati], atau Lagu Rock Terbaik [Pelita] , mahupun memilihnya melalui pemenang vokal terbaik. Iaitu bagi kategori lelaki [ Sedetik Lebih ] Anuar Zain. Atau lagu pemenang vokal wanita [ Penakut ] oleh Yuna. Dan ramai menjangkakan Sedetik Lebih bagi kategori pemenang lagu pop terbaik bakal mengunggulinya [kerana telah menewaskan lagu penakut dalam kategori tersebut ]. Pelbagai andaian yang wujud, namun juri pula memilih yang terbaik mengikut kriteria tertentu secara KESELURUHANNYA dan tak semestinya ia popular. Apapun itu semua keputusan pihak AIM. Sememangnya rezeki berpihak kepada Yuna. Rezeki datangnya dari tuhan. Untuk Yuna, sekalung tahniah.

*Lagu ni memang COOL. Tentang cinta masa kini. MERDU . Best bila dapat Sing along lagu ni dengan Yuna dalam sesuatu persembahan .


Vokal terbaik wanita ?

Ada dua lagu Yuna dalam kategori ni. Merdu, gemersik dan bersahaja suaranya. Namun siapa sangka, tuah dan rezeki sangat menyebelahi beliau malam itu. Lagu gelora jiwa nyanyiannya tewas kepada lagu penakut menerusi kategori pemenang vokal wanita .

KSMY Yuna sebut tu , siapa ya ?

Tak perlu jauh, cukup kalau secara peribadi Anem flashback balik bermulanya KSMY [ Kipas Susah Mati Yuna ]. [ Boleh baca coretan lama di blog anem lagi satu tentang ksmy ni: arnamee dot com ].


Sejarah KSMY dimulakan dengan perkenalan di Facebook YUNA yang pada waktu itu lagu DAN SEBENARNYA , BELUM pun masuk juara lagu. Kami suka lepak-lepak di wall Yuna, yang sangat rajin memberi feedback ketika itu. Aliem [founder/ super admin] dengan Fika si kecil yang sememangnya rapat macam adik beradik, mereka berkenalan pula dengan Teyra [pencipta lagu tema untuk KSMY yang best itu] , kemudian wujudnya tegur-menegur antara Shahnas yang kacak, Kira yang comel dan Hafiz yang baik , lantas di sibukkan dengan kehadiran Anem Arnamee, LAHIRNYA lah kipas susah mati yuna - komuniti peminat kecil yang punya nama versi bahasa melayu yang agak comel [ ini Aliem punya idea ]. kemudian , ramai sahabat kesayangan kami muncul , iaitu seperti Adi Putri yang putih menawan , Nadia Zamri , Iya (Dari Singapura), Zee, Amel, Saiful , Zaiti, Hafiza dan Jia si cantik.

Diserikan lagi dengan kehadiran Emy yang manis , Iron dan kini diperkuatkan lagi dengan gadis comel yang juga mempunyai bakat tersendiri iaitu eera [ azeera rais ] .

*Mungkin akan berlaku penambahan dalam senarai ini. :)
[Lagu tema KSMY : Jom nyanyi sama-sama, semua peminat Yuna! ]






Selain lagu tema untuk Yuna yang dinyanyi oleh Teyra mula mendapat perhatian Yuna dan ibunya tatkala itu , kemunculan kami juga lebih disedari tatkala Aliem sendiri turun padang bertemu mata dengan Yuna di persembahan malam nada biru. Menyampaikan hadiah dan surat kiriman dari ahli KSMY lain kepada Yuna yang mana selesai saja persembahan pada malam itu akan berangkat ke luar negara.


Dan kini kalau ada lagi tambahan penyokong kuat, semuanya dimeriahkan lagi oleh para peminat Yuna yang like page KSMY (OFFICIAL) di Facebook atau yang Follow twitter ksmy [ @ksmyofficial ] - yang akan update semua tentang cik Yunalis Zarai kesayangan kita ni <3. Teruskan menyokong ! :)

SEKIAN .


Nota : Umur baru 25 tahun. Namun pelbagai perkara telah dicapai, membanggakan mak ayah, pemegang ijazah, bekerjaya sendiri, dapat sampai ke luar negara, mempunyai teman sejiwa , ada sahabat yang setia di sisi, mempunyai saudara mara yang menyokong minat sendiri. Satu nikmat yang sangat hebat. Semoga terus kuat dengan rasa rendah diri - yang tak pernah berubah sejak awal kemunculan lagi. Selamat hari jadi ! [ 14. 11.86 ] <3

p/s: Gambar Yuna masa kecil : Tak perlu nak claim kata blog sendiri punya [ buat watermark blog bagai ]. Sebab semua hakikatnya koleksi peribadi Yuna sendiri dari blog thenutgraph.com 


Salam aidiladha untuk kita semua dan sahabat Anem semua. Semoga yang menunaikan haji dan umrah tahun ini akan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur. Pada yang menunaikan ibadah korban pula, semoga niat ikhlas kita akan diberkati oeh ALLAH hendaknya. Semoga kita semua akan menjadi lagi baik. Dan mampu memberi sesuatu yang lebih baik kepada agama dan sahabat di sekeliling kita serta keluarga. Hati-hati ketika pulang ke kampung . Insyaallah semoga semua kita dipermudahkanNYA . Amin.


Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


(Video lagu Raihan : Haji Menuju ALLAH  )


"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)




Hari lalu mak ada kata , "Along, mak ada mimpi kenduri ". Mimpi itu hanya alat dan perantara, dan dari ALLAH turun dan jadinya semua perkara.

"Mengurus sedih duka orang lain lebih mudah jika benar cara memujuk. Namun mengurus sedih duka sendiri adalah payah walaupun hakikatnya hati kita bukannya merajuk ".

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
_________________


Dia dulu - pernah jaga Anem di kampung . Anem dah kata hari kelmarin "esok, balik lewat, ada kelas tambahan".Dan dia lupa. Hari ini, sepanjang 1km , kaki tua itu berjalan kaki menuju ke sekolah dan bertanya pelajar lain, "Anem mana, kenapa dia lambat balik?".Kasihan dia, penat penggemar baju kurung kedah itu mengatur langkah.

Dia dulu - sangat menjaga keselamatan. Pukul 2.30 masuk kelas, secepatnya dia dan sepupu lain bersiap. Pukul 2 , kami sudah berada di seberang jalan sekolah rendah kain hijau itu. Namun menunggu dia mengusir rasa takut semua kenderaan yang menghalang kami melintas, loceng berbunyi setengah jam, baru kami melintas selamat.Ya, dia sangat menjaga kami.

Dia dulu - mata tua tak terlihat jam pukul berapa. Segera mengejut Anem , "lekas, bangkit siap ke sekolah" - namun agak melucukan, kerana baru pukul 2 pagi. "maaflah, wan tak nampak" - katanya perlahan.

Dia dulu - sangat dipengaruhi cucunya untuk meminati Achik dan Nana. Katanya dia suka melihat pasangan serasi itu bernyanyi . Malahan sampai ke sudah, dia tidak mengetahui yang Achik telah pun tiada lagi. Selain Achik, dia juga mengenali Tomok dan Mawi selain Siti.

Dia dulu- gemar bercerita. Di lontarkan ayat bersahaja, namun ada saja yang mencuit rasa. Malahan dia juga pandai sedikit , diizin, dikurnia tuhan tahu sedikit mengubat orang bisul di sini-sana.

Dia dulu - sangat baik bila berniaga . Yang penting biar orang rasa kuih dia benar sedap dan puas. Tak mengapa harga murah. Bahulu yang dia bakar di dapur luar tu mengeluarkan asap. Habis berair mata satu rumah menahan pedih mata. Dia memang pandai membuat pelbagai kuih. Sangat sedap.

Dia dulu - gemar memasak. Paling lazat, adalah sambal nasi lemak. Pernah sekali dia memasak nasi lemak selama seminggu, pagi petang malam kerana menjaga perbelanjaan dapur. Dan sesungguhnya makanan yang sedikit tapi sedap itu tetap mengenyangkan. Alhamdulilah.

Dari dulu- dia sangat memanjakan cucu-cucunya. Walau dia tu tak berapa ada, namun untuk cucu tersayang, katakan apa saja, dibeli, di suanya mana kadar mampunya.

Dia penggemar wajik durian, sampai mak terjangkit sama. Kebanyakkan apa wan suka, itu juga mak suka. Mak anak paling rapat dengan wan. dari Kuala Lumpur ke Jeram, mereka banyak habiskan masa bersama. Bila mak sakit, wan yang menjaga. Bila wan sakit, emak dan adik-beradik lain bergilir pula menjaga. Bila begini sudah ceritanya, pastinya mak paling rasa terkesan.


Tiba waktu klimak hidupnya, dia diduga pula sakit tua, tak dapat berjalan tiba-tiba. Dan waktu itu dia diduga tuhan dengan hilang sedikit demi sedikit nikmat dan rasa. Dari boleh berjalan lajunya, kepada yang terduduk terbaring sahaja. Dari dulu yang sedap masaknya kepada yang dah lupa bagaimana mahu merasa. Tuhan maha penyayang, mahu dia kuat dan itu juga kafarah penebus dosa. Dan wan nampak kuat melalui semuanya.

_________________



Dan hari dingin itu, pada 23 Oktober 2011. Kisah yang tak mahu didengar , jika boleh mahu dilambatkan, tiba juga saatnya. Tak terawal sesaat, tak terlewat sesaat pun. Itu janji tuhan . Kullu nafsin Dzaiqatul maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Dan dia pergi meninggalkan kami. Dengan wajah bersih dan tenang sekali.

Inalillahwainailaihirojiuun.

Sesungguhnya kita Milik Dia dan padaNYA jugalah kita kembali.

Al-fatihah untuk nenda, Raja Jamilah Binti Raja Rastam . Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Semoga selamat dan dipermudahkan di alam sana, dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Insyaallah, Amin Amin ya rabbal a'lamin...


Kami sangat merindu. Rindu pada kehadiran wan yang menghibur dan membahagiakan kami. Terima kasih untuk semuanya dan semoga wan sudah memaafkan salah silap kami. Kami sayang wan, sayang sangat-sangat. :'(

1938 - 2011 .

Hadith Nabi SAW:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top