Showing posts with label raya haji. Show all posts
Showing posts with label raya haji. Show all posts


Selamat hari raya aidiladha. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Di sini ada sedikitnya perkongsian puasa sunat arafah dan cara penyembelihan qurban dan aqiqah ni , jika kurang harap ada yang menambah. Sama-sama , insyaAllah.

[ sumber gambar : FB AqiqahKorban ]

Puasa di sunatkan pada hari berwukuf di Arafah ( 9 ‪Zulhijjah‬ ) bagi yang tidak mengerjakan ‪‎haji‬. Tapi sebab jika ia jatuh pada hari sabtu ( meraikan perbezaan masa terbit masa bulan dan matahari dengan terima perbezaan ini ), elok puasa jumaat dan sabtu. Cuma jumaat tu niatlah sunat zulhijjah .

[ sumber gambar : Blog Shafiqolbu ]

Manakala berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan.

---------------

Manakala cara penyembelihan korban dan akikah pula seperti di bawah
( klik gambar untuk lebih besar )


[ Sumber gambar : Facebook Ust Dr Zahazan Mohamed ]


Untuk memuat turun panduan lengkap ibadah korban dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:



Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته
“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)


Salam aidiladha untuk kita semua dan sahabat Anem semua. Semoga yang menunaikan haji dan umrah tahun ini akan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur. Pada yang menunaikan ibadah korban pula, semoga niat ikhlas kita akan diberkati oeh ALLAH hendaknya. Semoga kita semua akan menjadi lagi baik. Dan mampu memberi sesuatu yang lebih baik kepada agama dan sahabat di sekeliling kita serta keluarga. Hati-hati ketika pulang ke kampung . Insyaallah semoga semua kita dipermudahkanNYA . Amin.


Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


(Video lagu Raihan : Haji Menuju ALLAH  )


"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)




Memandangkan nak raya, di kesempatan ini Anem kongsikan resepi popular atau wajib di hari raya oleh emak Anem- Rendang daging ! Jom try !

Bahan-bahan:

600 g daging 
2 keping asam keping
4 helai Daun kunyit dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula-sekadar memberi rasa
Kerisik 1 Paket [Jika mahu buat sendiri kerisik, sediakan 1/2 biji kelapa]
2 cawan santan pekat

Bahan untuk dikisar/ digiling [ blend ]

20 biji bawang merah
25 gram atau 5 sm. Halia 
25 gram atau 5 sm. Lengkuas
2 batang serai
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih

Cara-caranya:

-Bersihkan daging, potong lebar-lebar, dibasuh serta ditos airnya.
-Masukkan daging serta bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dengan api yang sederhana.
-Kacau selalu secara perlahan-lahan.
-Masukkan asam keping dikuti santan .
-Kemudian biarkan daging agak lembut dan kuahnya agak pekat sedikit.
-Bila mendidih, masukkan kerisik, garam, gula, serta daun kunyit.
-Masaklah sehingga kering , dagingnya empuk, dan warnanya pekat.
-Sedia untuk dihidang!

RESEPI oleh : Puan Raja Anita Binti Raja Ahmad, emak Anem :)
________________


Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas. (HR Muslim)

[Hari Arafah: 9 Zulhijjah, sehari sebelum Aidiladha]

________________

Salam aidiladha semua! 









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top