Memaafkan tapi tidak melupakan & cara mengawal marah



Betul, bukan mudah nak memaafkan orang,jika parutnya masih berbekas, kata-katanya buat hati luka bernanah. Tipu lah kalau senang, sebab kita sedo yang diri kita bukan terdiri dari golongan insan mulia yang tinggi kesabarannya.Bukan yang kuat iman untuk meredhakan semuanya.

Lupakanlah. Ambil yang jernih- cakap memang mudah. Indahnya. Manis lemak berkrim,nak buat ? Payah. Sangat payah.

Tahu tak, jika kita memberi kemaafan,kita bukan sahaja beroleh ketenangan, lebih disayang tuhan,malah dapat kemuliaan tinggi darjat. Tinggi mana? Itulah, cerita dalam hati orang tak nampak, macam tu juga cerita akhirat, kita tak nampak dengan mata kasar,tapi kita boleh rasa.

Punca kita baran,marah atau susah nak maafkan orang ni,kita kena kaji balik. Kalau kita, kita nak tak orang marah kita, dendam dan tak maafkan kita sampai tahap ni, ? Pastinya tidak bukan ? :)

[ Duplicate intro artikel : jangan harap aku maafkan kau ]

Tips memaafkan orang :
- Maafkan diri sendiri terlebih dahulu.
-ingat diir kita juga tidak lari dari kesalahan
-asingkan semua barang yang membawa kenangan
-mulakan hidup yang baru
-dekatkan diri kepada ALLAH
-rebut peluang di hari raya
-Gunakan orang tengah

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?
- Tidak perlu menang setiap masa
-Pendapat dan citarasa manusia berbeza
- Memikirkan orang lain juga ada masalah
-Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
- Berdoa supaya disabarkan hati
-Bersangka baik
-Memikirkan kebaikan yang dibuat dia
- Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia

Rasulullah Saw bersabda : “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam bergusti tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

rujukan : menahan marah

ADAB KETIKA MARAH
* Jangan marah kecuali kerana ALLAH . Jika ia melibatkan agama, dan sesuatu yang keterlaluan, marah adalah dibenarkan.
* Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah, jangan terlalu ikut perasaan .
* Menahan marah . Kerana sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.
* Berlindung kepada ALLAH ketika marah . sebut Au'zubillah .
* Diam , langkah terbaik untuk meredekan keadaan.
* Mengubah posisi. Jika berdiri, hendaklah dia duduk .
* Berwuduk. marah itu api syaitan . Sejukkan marah dnegan berwuduk.
*Bersabar dan memaafkan. Semua orang buat silap , kita juga. Jadi bersabarlah . Cuba.
* Jangan berdendam . Sesungguhnya orang yang bersabar itu lebih baik di sisi ALLAH .

Merawat marah secara amali
1 . Baca ta'awwuz
2. Mengubah posisi
3. Mengambil wudu'
4. Diam
5. Banyakkan berzikir
- Istigfar ,selawat, zikir fatimah
6. Menyebut asmaul husna .
7. Melakukan amalan
solat taubat, buat baik, baca quran , puasa sunat , bayar zakat, sedekah
8. Minum air dan berdoa
9. Mengawal pernafasan
Kehadiran oksigen dapat kurangkan kemarahan . CUBA TARIK NAFAS selama kiraan 14, dan lakukan sebanyak 10 kali
10. Menjaga diet pemakanan
- makan sayur-sayuran , kurangkan daging merah, banyakkan daging putih , banyakkan makan buah sebelm benda lain, jangan makan makanan yang ada bahan pengawet
12. Kegiatan Fizikal
13. Ubah kepada aktiviti lain


Mari sama-sama berjuang untuk  menjadi lebih baik, insyaallah :)



3 yang menasihati:

  1. Anonymous11:07 AM

    assalam..sy selalu jd mangsa mengumpat dan fitnah oleh kwn2 sy dlm diam2 dan hinggakn ramai pndang rendah pd sy kerna memandangkn rupa sy agak kekampungan dan sy juga xreti sosial..sy cuba byk kali maafkn tp dlm hati sy sakit..hinggakn sy serik nk berkwn dgn org..apa yg patut sy buat..sy nak mula hidup baru tp setiap kali nk mula,sy rasa fobia kene buli..WALLAHI...sy tidak maafkan mereka.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:51 PM

    Banyakkan membaca buku yang berfaedah. Jadi orang berilmu. Org yg berilmu akan lebih dihormati.


    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top