Showing posts with label Dari buku. Show all posts
Showing posts with label Dari buku. Show all posts


Badan kita adalah amanah daripada Allah. Jika kita sihat, dapat memudahkan aktiviti harian dan ibadah seharian. Hidup adalah tempat ujian dan pilihan adalah di tangan kita. Kita yang perlu berusaha untuk kebaikan kita di masa kini dan akan datang. Selebihnya kita berserah.

Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, tiga kunci yang menjadi teras dalam mengamalkan pemakanan sihat ialah - B (Balance), M (Moderation) dan V (Variety). Paramid Makanan Malaysia boleh dijadikan rujukan dalam memilih makanan seimbang dalam kuantiti yang sederhana. 

Balance - Keseimbangan. Gabungkan makanan daripada setiap aras piramid dalam diet harian.

Moderation - Kesederhanaan. Kuantiti makanan adalah berdasarkan saranan yang tertentu bagi kumpulan makanan. Penting untuk nutrien harian dan mengekalkan fungsi tubuh badan yang normal.

Variety - Kepelbagaian dalam pemilihan makanan merupakan kunci yang pentin dalam membentuk tabiat makan yang baik.

Berikut merupakan perkongsian Puan Hanis Mastura Yahya (Pensyarah Program Sains Pemakanan UKM) dalam JOM EDISI 33.

Tabiat makan untuk sihat
- Kenal pasti tabiat makan dan fikirkan adakah akan menyumbang pada berat badan.
- Fikir sebelum makan. Berbaloi atau tidak. Keperluan atau kehendak.
- Kekalkan masa makan yang tetap. Jika berubah kadangkala kita cenderung terlebih makan.
- Rancang hidangan utama dan snek anda.
- Lakukan pembelian makanan semasa perut anda penuh / kenyang untuk elak beli berlebihan.
- Mulakan langkah dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli
- Masak makanan sendiri. Langkah ini mampu mengawal kalori yang diambil.
- Makan dengan perlahan dan hayati rasa makanan yang dikunyah (ini juga sunnah). Menurut kajian, perut ambil masa 20 minit untuk beri signal pada otak bahawa kita sudah kenyang. Jadi makan dengan perlahan wajar untuk otak dapat signal tepat pada masanya.
- Pastikan anda duduk ketika makan. Supaya fokus dan anda sedar anda sedang makan.
- Kenal diri sendiri. Pastikan tak pengaruh nak makan makanan yang tinggi kalori hanya kerana orang lain memakannya. Kita sendiri tahu risiko dan kesan sesuatu pada diri kita.
- Elakkan diri daripada mengambil snek yang tidak sihat. Kurang beli, kurang godaannya!

MAJALAH SOLUSI EDISI 95



Mulakan hari dengan sarapan. Manusia perlu sarapan untuk kekal sihat dan bertenaga. 

Kepentingan sarapan:
- Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti pada waktu pagi.
- Mengeratkan hubungan seisi keluaga dengan sarapan bersama-sama. 
- Meningkatkan mood di pagi hari.
- Meningkatkan konsentrasi otak
- Mengawal berat badan dan diet

Tips sarapan sihat:
- Untuk tubuh badan kita berfungsi dengan lebih cekap, amalkan waktu sarapan yang tetap pada setiap hari.
- Jadikan sarapan sesuatu yang menyeronokkan, dengan menyediakan sendiri sarapan yang mudah dan ringkas.
- Kurangan kekerapan mengambil makanan berlemak dan berminyak seperti lontong, nasi lemak dan lain-lain.
- Pilih makanan yang tinggi serat.
- Untuk mempelbagaikan sarapan, ambil buah sebagai keperluan vitamin untuk tubuh.

Sekian perkongsian. Belajar sayangi diri sendiri. Moga pilihan tidak tersasar. Pilihlah makanan sihat dengan BMV! Belum cuba belum tahu! Moga dipermudahkan buat semuanya.


Di sini saya kongsikan tingkatan dan gelaran hadis. Pernah belajar namun jika tidak mengulangkaji dan terus memahami, pasti akan lupa. Jadi, mari ulangkaji untuk pengetahuan bersama.



Hadis atau sunnah disandarkan kepada RASULULLAH SAW, perbuatan, pengakuan, sifat jasmani, akhlak baginda sebelum atau sesudah kerasulan.

Athar : lebih umum kepada hadis. Meliputi apa saja bersumberkan Nabi. Atau selainnya sahabat atau tabi’in.

Matan: apa saja yang dijelaskan selepas sanad.

Sanad: Perkhabaran (susur jalur) tentang jalan yang mengandungi senarai perawi untuk meberitahu tentang matan.

Isnad: Ada dua makna. Pertama, sama sanad. Kedua; mengangkat satu satu hadis kepada orang yang menuturkan.

Musnad ; kitab yang menghimpunkan hadis-hadis mengunakan nama sahabat

Musnid : Gelaran yang dinisbahkan kepada sesiapa yang meriwayatkan hadis-hadis dengan sanadnya sendiri

Al-Muhaddis: Gelaran orang memenuhi hidupnya dengan hadis-hadis Rasul. Syarat gelaran diberikan : Hafal 1000 hadis serta sanadnya. Memahami dan mengetahui 6 kitab hadis. Mengetahui selok-belok hadis.

AL-Hafiz: gelaran beri kepada al-muhaddis, yang tahu lengkap sesuatu dari segi sanad, matan, hal ehwal perawinya, dans sejarah hadis tersebut melebihi 100 ribu hadis.

AL-Hujjah : Gelaran kepada al-hafiz, mereka yang cakap tahap penghafazan, pengukuhan, penghayatan, terhadap sanad dan matan hadis, sehingga hadis tersebut boleh dijadikan hujah kepada manusia. Telah mengetahui 300 ribu hadis.

Al-Hakim : Gelaran diberi kepada yang dah capai ilmu keseluruhan, dari segi mnatan, sanad, ilmu jarh, ta’dil, takhrij dan kelemahan sesebuah hadis, nasikh, mansukh. Percanggahan dapat ditanganinya. Hafal 300 ribu hadis, semua riwayat dia tahu.

Amir al –mukminin fil hadis
Gelaran tertinggi siapa yang sempurna ilmu hadis dari segala segi.

Jika ada penambahan atau pembetulan, beritahu ya.


Sumber ; Majalah  Islam  ISU 29 ( Galeri Ilmu)


Ramai mungkin pernah alami rasa kejang atau orang panggil simpul mengkarung, kira macam kebas susah nak gerakkan kaki. Tak berasa apa. Kadangkala waktu kena itulah rasa nak bergerak, tapi sakit. Kalau mengalaminya secara berlebihan dan terlalu kerap, elok jumpa doktor untuk mengetahui alternatif yang lebih baik. Moga semua sihat-sihat saja, insyaAllah.

Pencegahan : lebihkan minum air masak , cecair lain seperti isotonic, makan makanan berkabohidrat seperti nasi, roti. Makan pisang juga boleh mencegah – sebarang makanan yang ada kalsium ,zink, magenesium, potassium .

Cara mengatasi ;
Meregang :
Luruskan kaki  tumit dahulu
Hati-hati lenturkan buku lali dan jari anda.

Mula-mula sakit lama-lama akan hilang , urut-urut otot yang kejang,  mandi air suam, atau letak botol air panas pada kawasan kejang, berjalan, mundar mandir beberapa minit.

Mencuba untuk mengelak dengan :

  •  Buat senaman regangan kaki sebelum tidur,
  • Jangan berdiri lama dan jangan duduk kaki bersilang
  •  Putarkan buku lali
  • Jarakkan jari kaki ketika dudu
  • Berehat, menonto
  • Makan makanan berkalsium
  • Elak yang bergas.
Moga semuanya akan lebih baik, selagi boleh, ikhtiarkan yang terbaik.


*Ada tambahan atau pembetulan, amat dialukan. Terima kasih.

Khatam Quran ini boleh sendiri atau beramai. Selalu adalah lebih digalakkan. Tak kira masa. Di Malaysia, ia (tilawah) juga dirai di majlis akad nikah , kesyukuran dan juga doa selamat selain itu pastinya ia tertumpu di bulan Ramadhan. Adalah seronok jika kita bersemangat untuk memenuhi madrasah ramadhan dan mencabar dan menguatkan diri untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran.


Mengapa perlu khatam Al-Quran dalam bulan ramadhan ?

Nabi Muhammad S.A.W menceritakan Jibrail A.S membacakan Al-Quran kepadanya sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali ( HR Bukhari dan Muslim ).

Pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail akan mengulangkaji ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda S.A.W. Jibrail akan menerangkan asbab, maksud dan berbincang dengan Rasullullah. Kerana itu kita digalakkan khatam sekurang-kurang sekali atau lebih dalam bulan Ramadhan.

Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )
- Sumber perkongsian ini melalui majalah Jom 

Sumber gambar di atas[ muzir ]
“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”
(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar)

Sekian, jagalah pemakanan dan kesihatan , agar terus lagi bersemangat kita memanfaatkan bulan amalan, insyaallah. Selamat mengkhatam Al-Quran :)



Walaupun twitter telah berjaya mengganggu gugat kedudukan facebook sebagai tempat luah rasa, facebook tetap ada kepentingan dan pengaruhnya pada masyarakat kita. Dan walaupun entri ini mungkin dah lama, namun ia boleh juga diaplikasikan mengikut kesesuaian laman sosial yang kita sedang aktif gunakan sekarang . Harap sudi baca sat naa :-)

* privasykan sebaik mungkin. Ya, kita boleh pilih siapa audience kita. Siapa boleh baca, siapa boleh tengok, jadi pandai pandai control ya.

* Tagging gambar tanpa izin atau gambar silam yang membuka aurat.
Ini perlu dielakkan. Mungkin ada sahabat kita yang telah menutup aurat sekarang, atau mungkin ada gambar koleksi peribadi kita yang dia menutup aurat tidak sempurna kerana merasakan gambar itu hanya untuk simpanan kita, Janganlah upload cerita lama, kerana ia bukan sahaja mengaibkan sahabat kita, namun mungkin boleh memburukkan hubungan keduanya jika ia adalah tanpa kebenaran . Meletak gambar kawan membuka aurat, gambar lama , kawan yang dah menutup aurat sekarang adalah haram dan berdosa.

* Terlebih gambar. Ia bukan sahaja mampu disalah guna orang lain untuk tujuan yang tidak baik, malah akan mewujudkan gurau senda lelaki dan perempuan yang mana boleh dikategori menghampiri zina dan perkara yang keterlaluan. Apatah lagi jika gambar itu mampu meruntuh nafsu atau jika seseorang perempuan sudah berkahwin, jika lelaki tidak mampu menegur isteri yang terlalu bebas atau membuka aurat di facebook, mampu mendatangkan ciri dayus kepada suami terbabit.

* Penyamaran. Terhadkan gambar, kerana tidak semua friend anda di Facebook benar-benar perempuan, atau benar-benar lelaki, mungkin mereka menyamar atau mungkin mereka memang berniat sesuatu kepada kita, itu bahaya dan merisaukan.

*Muat turun untuk simpan dan tatapan. Ini adalah saham dosa jika orang menyimpan gambar kita memang untuk tujuan melempias nafsu atau membuat mereka membayangkan yang tidak-tidak. Yang menatap dapat, yang empunya gambar pun dapat dosanya.
 
*Memanipulasikan penggunaan FB untuk agama lebih dari kepentingan sendiri.

*Tidak memasukkan perincian peribadi

*Jaga aurat dan pendangan mata .

*Elakkan mengumpat.

*Had kan dan kurangkan bincang hal remeh temeh yang membuang masa.

*Tidak terlibat dengan game -game yang bercanggah dengan islam dan tak telribatd engan tilik nasib moden.

* Rumah tangga dan perkahwinan adalah amanah, jika sudah berkahwin, gunakan Facebook dengan amanah. Jika anda ada masalah besar sekalipun, jangan mengaibkan isteri atau suami kerana kebanyakkan yang memberi pendapat bukan hendak membantu malam mampu meruntuhkan. Apa salahnya password dikongsi atau paling tidak aktiviti anda diketahui pasangan
.
*Mengutuk diri sendiri dan kebaikan.
Sesetengah kita pula mungkin ada yang berubah penampilan . Jika dahulu menutup aurat, namun kini mungkin sedikit terbuka, jangan lah menulis di status atau gambar lama , 'zaman suci ', waktu kuno atau sebagainya. Kerana ia bukan sahaja mengaibkan anda, memancing kutukan dan cerita tidak baik , tapi juga menunjukkan bahawa penampilan 'menutup' anda dahulu adalah kuno dan suci. Jadi dahulu itu, menutup aurat 'kuno'? Atau anda mahu maksudkan kini anda tidak 'suci' ? Jadi , elakkan dari berbuat sesuatu yang tidak-tidak.

kesimpulan yang diberi Zaharuddin Abd Rahman kali ini, adalah ukhwah itu hanya terhad kepada sesuatu yang membawa mengingati ALLAH, mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran . Jadi kita elak lah buat benda yang tidak tidak, kuatkan hati , insyaallah niat baik, dibalas baik :)

 .



Betul, bukan mudah nak memaafkan orang,jika parutnya masih berbekas, kata-katanya buat hati luka bernanah. Tipu lah kalau senang, sebab kita sedo yang diri kita bukan terdiri dari golongan insan mulia yang tinggi kesabarannya.Bukan yang kuat iman untuk meredhakan semuanya.

Lupakanlah. Ambil yang jernih- cakap memang mudah. Indahnya. Manis lemak berkrim,nak buat ? Payah. Sangat payah.

Tahu tak, jika kita memberi kemaafan,kita bukan sahaja beroleh ketenangan, lebih disayang tuhan,malah dapat kemuliaan tinggi darjat. Tinggi mana? Itulah, cerita dalam hati orang tak nampak, macam tu juga cerita akhirat, kita tak nampak dengan mata kasar,tapi kita boleh rasa.

Punca kita baran,marah atau susah nak maafkan orang ni,kita kena kaji balik. Kalau kita, kita nak tak orang marah kita, dendam dan tak maafkan kita sampai tahap ni, ? Pastinya tidak bukan ? :)

[ Duplicate intro artikel : jangan harap aku maafkan kau ]

Tips memaafkan orang :
- Maafkan diri sendiri terlebih dahulu.
-ingat diir kita juga tidak lari dari kesalahan
-asingkan semua barang yang membawa kenangan
-mulakan hidup yang baru
-dekatkan diri kepada ALLAH
-rebut peluang di hari raya
-Gunakan orang tengah

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?
- Tidak perlu menang setiap masa
-Pendapat dan citarasa manusia berbeza
- Memikirkan orang lain juga ada masalah
-Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
- Berdoa supaya disabarkan hati
-Bersangka baik
-Memikirkan kebaikan yang dibuat dia
- Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia

Rasulullah Saw bersabda : “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam bergusti tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

rujukan : menahan marah

ADAB KETIKA MARAH
* Jangan marah kecuali kerana ALLAH . Jika ia melibatkan agama, dan sesuatu yang keterlaluan, marah adalah dibenarkan.
* Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah, jangan terlalu ikut perasaan .
* Menahan marah . Kerana sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.
* Berlindung kepada ALLAH ketika marah . sebut Au'zubillah .
* Diam , langkah terbaik untuk meredekan keadaan.
* Mengubah posisi. Jika berdiri, hendaklah dia duduk .
* Berwuduk. marah itu api syaitan . Sejukkan marah dnegan berwuduk.
*Bersabar dan memaafkan. Semua orang buat silap , kita juga. Jadi bersabarlah . Cuba.
* Jangan berdendam . Sesungguhnya orang yang bersabar itu lebih baik di sisi ALLAH .

Merawat marah secara amali
1 . Baca ta'awwuz
2. Mengubah posisi
3. Mengambil wudu'
4. Diam
5. Banyakkan berzikir
- Istigfar ,selawat, zikir fatimah
6. Menyebut asmaul husna .
7. Melakukan amalan
solat taubat, buat baik, baca quran , puasa sunat , bayar zakat, sedekah
8. Minum air dan berdoa
9. Mengawal pernafasan
Kehadiran oksigen dapat kurangkan kemarahan . CUBA TARIK NAFAS selama kiraan 14, dan lakukan sebanyak 10 kali
10. Menjaga diet pemakanan
- makan sayur-sayuran , kurangkan daging merah, banyakkan daging putih , banyakkan makan buah sebelm benda lain, jangan makan makanan yang ada bahan pengawet
12. Kegiatan Fizikal
13. Ubah kepada aktiviti lain


Mari sama-sama berjuang untuk  menjadi lebih baik, insyaallah :)


Salam. Memandangkan Anem dah baca lama dah, jadi Anem pun nak berkongsi sedikit adab atau amalan ketika membeli belah (shopping).

*Hendaklah membaca doa  masuk pasar (mall) atau kedai.

*Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja . Utamakan prioriti seperti berikut :

1- Daruriyyat : Keperluan asasi yang wajib dipenuhi seperti makanan , minuman, tempat tinggal, dan pakaian .
2- Hajiyyat : Kemahuan yang membantu hidup lebih selesa seperti kereta, mesin basuh dan sebagainya .
3- Tahsiniyyat : Pelengkap hidup seperti barang kemas .

*Elakkan berhutang . Menggunakan wang tunai lagi nampak bergaya . Kad kredit jika tidak mampu membayarnya, akan menyukarkan kesukaran di masa depan pada kita dan keluarga.

*Dapatkan pandangan dari orang yang memang arif dalam perniagaan , jika kita agak ragu-ragu tentang sesuatu produk.



*Elakkan pembaziran dengan beli barang yang tidak perlu , kerana ditakuti tiada pula duit untuk waktu kecemasan atau keperluan. Lagipun membazir adalah amalan yang tidak baik.

*Pastikan produk itu halal dari perspektif islam dan tidak melalaikan

*Jauhi penipuan dan penganiayaan terhadap urusan jual beli .

* Utamakan urusniaga dengan orang islam melainkan jika tiada pilihan.

* Senaraikan benda yang hendak dibeli supaya tidak membuang masa. Seperti hadis Rasulullah S.A.W bermaksud: 'seburuk-buruk tempat ialah pasar ' [Alhadis]


*Jaga pergaulan dan amalan antara lelaki dan wanita. Elakkan berhimpit demi keselamatan dan batasan .

*Bantu orang yang memerlukan seperti bantu yang tua angkat barang .


(sumber: solusi . ada tambahan ?)




-    Membaca doa yang bermaksud – “Ya ALLAH ya tuhanku , jadikan hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atasnya”

-    Makan cara hamba – ketika duduk makan, baginda merapatkan kedua lututnya dan kedua tapak kakinya , tapak kaki kanan berada di atas tapak kaki kiri

-    Tiada memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah di dalamnya umpama memakan api.

-    Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian cara makan syaitan.

-    Menyukai faludzaj : ramuannya minyak samin madu lebah dan tepung gandum


-    Menyukai roti syair , mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering)- dicicah dengan garam

-    Menyukai anggur dan dimakan bersama roti  dan gula atau ruthab

-    Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan

-    Memakan anggur dengan memegang tangkainya



-    Menyukai susu dengan tamar ( al-athyabin – dua yang terbaik )



Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w -  
نبي محمد صلى الله عليه



Setelah membaca artikel proses perkahwian:  peminangan, pertunangan dan pernikahan, pastinya semua mempelai memikirkan tentang kenduri kahwin pula, jadi disini Anem berkongsi sedikit soal jawab berkaitan. 

HUKUM BUAT / MENGADAKAN MAJLIS KENDURI KAHWIN (WALIMATULURUS) ?

Walimatulurus ialah kenduri atau jamuan yang disediakan bagi meraikan perkahwinan pasangan pengantin baru .Ulama sepakat mengenai pensyariatannya dan khilaf sama ada wajib atau sunat mengadakannya . ( Ada yang kata wajib, ada yang sunat )

Mereka yang mewajibkan adalah Imam Ahmad. Ibn Aqil dan sebahagian ulama mazhab Syafi'i. Walaupun sekadar seekor kambing seperti diperintah Rasulullah s.a.w. Hukum wajib adalah ke atas suami . Dalil mereka ialah sabda Rasulullah s.aw kepada Abdul Rahman bin Auf : " Adakalah walimah walaupun hanya denganseekor kambing ". (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Namun pendapat yang terkuat dan kebanyakan ulama adalah sunat mu'akkad . Ini juga pendapat Imam al-Nawawi. Mengadakan walimah selepas pengantin berjimak adalah afdal seperti yang dilakukan Baginda s.a.w.

Riwayat daripada Anas r.a beliau mengatakan : " Rasullullah s.a.w pernah mengadakan walimah pada malam pertama beliau menggauli Zainab . r.ha. beliau mengenyangkan kaum muslimin dengan roti dan daging , lalu keluar mengunjungi isteri-isteri beliau yang lain untuk mengucapkan salam dan mendoakan mereka , dan merek ajuga memberi salam dan mendoakan Bgainda. Baginda melakukan hal itu pada pagi hari setelah malam pertamanya (Riwayat al-bukhari ).


Dalam mengadakan kenduri kahwin / walimah disunatkan :

- Mengundang orang soleh sama ada kaya atau miskin. Menjadi haram dihadiri jika mengundang yang kaya sahaja .
- Sunah dirayakan tiga hari setelah pasangan berkumpul .
- Hidangkan apa saja, janji halal dan tidak berlebihan dan tidak boros.


 [ gambar: bajet kenduri kahwin ]

HUKUM MENGHADIRI KENDURI KAHWIN / WALIMATULURUS &BERDOSA TAK JIKA TAK PERGI KENDURI KAHWIN BILA DIUNDANG ATAU BILA ORANG JEMPUT ?


- Wajib jika yang menjemputnya orang islam . Namun jika dalam majlis ada kemugkaran dan kita tidak hadir kerana keuzuran , maka tidaklah berdosa.

Berkata Abu Hurairah r.a bahawa telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : 'Jika salah seorang antara kamu diundang , hendaklah dia menghadiri . Jika dia berpuasa hendaklah mendoakannya dan jika tidak berpuasa hendaklah dia makan makanannya ." (Riwayat Muslim )

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak menghadiri undangan bermakna dia telah bermaksiat kepada ALLAH dan RasulNYA " (riwayat al-Bukhari dan Muslim )

TIDAK WAJIB / GUGUR HUKUM WAJIB HADIRI APABILA :


- Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja .
- Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa.
-Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram .
-Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak .
-Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syariah .

SEBAGAI TETAMU , DISUNAHKAN MENDOAKAN UNTUK TUAN RUMAH DAN PENGANTIN :

Untuk tuan rumah :
"Ya ALLAH , berilah makan orang yang telah memberiku makan dan berilah minum kepada orang yang memberiku minum " (Riwayat Muslim )

Untuk pengantin :

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


'barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir"



"Semoga ALLAH memberkatimu dan memberkati pernikahanmu , serta semoga ALLAH menyatukan kamu berdua dalam kebaikan " . *Riwayat Abu Daud .


=== Ustaz Fadzli Al-Yamani // Majalah Solusi 29 ==


Salam jumaat. Memandangkan artikel dari majalah solusi ni Anem dah simpan dalam draft beberapa lama , jadi Anem terus post saja untuk hari ni, semoga bermanfaat untuk semua. Jaga diri, hiasi peribadi yoo.

Jumaat antara waktu doa di makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan. Semoga semua sihat-sihat hendaknya ,sebab macam-macam penyakit sekarang. Untuk semua, kuatkan hati,insyaallah boleh ! Hehe. Jom baca apa amalan dan perkara yang boleh di amal pada hari jumaat dan kalau boleh tiap-tiap hari lagi cool .

1. Perbanyakkan selawat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)

Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.

Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Sekian.  Take care !  Renung-renungkan,selamat beramalWassalam.



Kenapa suami isteri saja, kan cinta itu milik kita semua, insan sejati penuh pekerti? Wait! Bukan tu maksudnya, tapi dalam tips ni ada tentang banyak benda kena buat 'sama-sama', yelah yang tulis ni pun Ustazah Siti Nor Bahyah, jadi kepada yang nak belajar lebih menghargai pasangan, ambil mana yang ikut syarak ja ya, kome tu da beso panjang weh!

Tips atasi rasa jemu pada pasangan

*Apabila berbual, berguraulah sikit, senyum.. ohoi..senyumlah.
*Ubah penampilan atau persekitaran, apa salahnya kan.
*Berpisahlah sat, untuk membuahkan rasa rindu.
*Amalkan solat berjemaah.
*Jaga hubungan dengan ALLAH [hablumminallah] dan dengan manusia [hablumminannas].
*Melancong atau bermusafir untuk rapatkan yang mana renggang.
*Belajarlah sesekali resepi baru, baru cool!

Tips menyuburkan cinta:

*Bersalam selalu pasangan tu, bukan tunggu raya je
*Buat aktiviti kebajikan bersama-sama
*Lazimkan mengeluarkan ayat-ayat manis [jaga hati dan ambil hati, tak tahu, belajar tau !]
*Doakan pasangan di depan atau belakangnya, [tapi,bukan betul2 depan muka]
*Menggembirakan pasangan, tak tahu tanya apa yang buat dia happy
* Oho..jangan asyik nak marah-marah serta jangan terlalu serius, berguraulah sekali sekala

Langkah menzahirkan cinta pada pasangan

-Panggilan suami isteri gunakan sayang, honey darling, abang.
-Bantu membantu-suami tolong isteri buat kerja rumah
-Berkomunikasi dan berhubung-jika berjauhan, sms dan email seperti sebelum kahwin..yang oh yang..
-Hadiah-hadiahkan pada pasangan sempena tarikh istimewa atau sekadar penghargaan
-Mengubah suasana- pergi ke tempat romantikkah, baru cun!
-Menjaga lidah, supaya terbina bahagia dan tidak menyakiti
-Beri sokongan atau galakan minat pasangan, temankan ke,kan?
-Ucapan tanda penghargaan - terima kasih dan berkaitan , berilah selalu

p/s: Cinta ini memang ada sedih dan gembira, yang bahagianya bila ia dapat dikongsikan bersama. Apapun dahulukan sabar dalam sangkaan dan berbicara. Smeoga berbahagia!











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top