Agak sukar untuk aksara itu terluah . Mahu mencari senyum pun rasa tak larat . Lupa entah letak di mana. Suasana tegang dalam jiwa itu cuba didiamkan.
"Anem ok?
"Ayat Anem ke ni?"
"Ada masalah, share tau"
Dua tiga sahabat mahu meminjamkan bahu. Jeda kata seketika. Berhari baru bibir berani melontar kata.
"Ini rasa hati, tentang perasaan,"
Coretan-coretan amukan dan luahan kebudakan di facebook itu, Anem buang jauh jauh. Segan pula bila orang lihat kita jatuh . Lagi segan pada orang yang ditujukan, sedangkan dia dipihak baik yang tidak mahu mainkan perasaan . Hanya berbekal kejujuran, Anem melabel dia dengan pelbagai sangkaan . Diri sendiri memang selalu khilaf . Malu jika terkenangkan :(
Belek-belek blog sendiri , tinta lama Anem, rindu pula pada diri sendiri yang optimis, positif itu.
Lama menatap artikel sendiri : tips ubati rasa kecewa dan tekanan & Sampai bila Ya ALLAH ?
Ye Anem, awak boleh! Awak kuat !
La tahzan !
Kekhilafan peribadi akhirnya memakan diri. Ikhlasnya, jika diberi peluang sekali lagi, Anem mahu mengubah keadaan. Anem sedar Anem punyai banyak kelemahan , seringkali melakukan kesilapan. Anem mahu cuba perbetulkan, mahu menjadikan semuanya lebih baik. Apapun Anem sedar , kini cuma tinggal hanya doa dan harapan . Selain usaha berterusan. Maafkan silap salah Anem, ya?
P/S: JANJI untuk tidak lagi emo emo di status facebook terbuka :(
.
.
2 yang menasihati
Janji jangan EMO2 kat fb yer? :) hihi
ReplyDeletehttp://eeqa1988.blogspot.com/2012/08/raya-hijau-ketupat.html?
assalamualaikum..
ReplyDeletejgn emo kat fb.. kena tahan rasa tu..
just pikir yg kalo kita emo kat fb, kita seorg yg x matang. spt budak2. memalukan diri sndri.
kita maybe puas hati bila luahkan kat fb.. tp cuba jd org yg baca tu.. ade yg nk amik tau tu akan komen la, ish anem nape/ ade prob ape ni? tp... ade gak kate.. huk aloh. mcm budak2.huhuhu.
faham kan?
:)
tahan. ok, tahan!
HEHE. YE AKAK PON KENA TAHAN OK!!!
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.