PENAFIAN

Selain daripada catatan sendiri , artikel di blog ini mungkin adalah berdasarkan sumber lain ( ada dinyatakan di hujung artikel ). Rujukan utama adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Selain daripada itu adalah ilmu daripada mak abah , para guru , ustaz, ustazah , sahabat serta beberapa perkongsian melalui majalah JOM , juga majalah SOLUSI . Cubalah beli , pasti tak rugi. Serius.

Tips Ambil Gambar Kahwin (teknik untuk jurufoto perkahwinan / new wedding photographer)

 

Ini Cara atau Tips Ambil Gambar Kahwin / Teknik Mengambil Gambar Pengantin / Perkahwinan untuk Newbie yang Anem Arnamee boleh kongsikan sedikit. Jika sebelum ni, Anem pernah menulis tentang :

- Buat duit dengan Fotografi / Ambil gambar ( mahu jadikan professional photographer / jurugambar profesional sebagai kerjaya ) 

-Tips ambil gambar guna apapun (teknik ambil gambar guna Handphone, Kamera digital atau DSLR).

Jadi sekarang Anem menulis sedikit panduan atau cara mengambil gambar perkahwinan untuk rujukan, sila tambah atau tegur jika ada kesilapan mahupun penambahan, terima kasih :)

1 . Bersedia , sampai awal. Lihat persiapan pengantin, berkenalan dengan ahli keluarga pengantin. Capture dengan kreatif, sedang makeup, sedang bersiap atau sedang berbual, merenung, bercakap dalam telefon. Guna over expose pun boleh.

[ oleh : hitoMi Ng ]

2. Extra shot : Fokus secara manual atau guna mid-range aperture such as f/6.3 - f/8. Ambil gambar kasut, cincin, bunga, gelas, pakaian , atau apa saja yang berkaitan yang rasanya ia menceritakan sesuatu.


[ oleh :  The Photolicious ]

3. Setelah sampai ke masjid / dewan / rumah : Gunakan flash jika perlu . Jangan buang masa, ambil sahaja gambar keadaan manusia yang terlibat dalam majlis itu, props dan aksi pengantin atau pengapit. Jangan ambil dari dalam kereta atau jarak jauh. Ambil dalam keadaan yang paling unik. Dan bersedialah kerana waktu inilah keadaan dan moment serta aksi tak terjangka akan wujud.

[ oleh :  The Kliker ]

4. Ketika majlis :
Nikah : Ambil wajah ibubapa pengantin, reaksi pengantin sebelum dan selepas . Tok kadi dan pengapit. Sertarekaan  mas / mas kahwin  jika ada .

[ oleh :  The Photolicious ]


Sanding dan beradap : ambil gambar aturcara , ambil gambar di penyambut tetamu, ambil gambar laluan pengantin, ambil gambar menepung tawar , ambil gambar prop dan elemen yang menangkap.

5. Berakhirnya majlis .
Dari jauh, dari belakang, long -shot juga sesuai untuk shot 'akhir' begini.

[ oleh :  The Kliker ]

6. Pengantin .
Ini kena kreatif. Biar ada konsep . Sekarang ada pra-wed (vid atau gambar) juga. Gunakan teknik , mula-mula guna jarak paling jauh , diikuti separuh dan last sekali ambil close-up. Ambil dari pelbagai angle dan posisi.


Antara wedding concept / tema perkahwinan popular kini (post-wedding)  / trend :

- Trash The Dress ( TTD ) - Urban style , Comot, kotor
- Theme Fantasy Love / cinta fantasi ( contoh : - Di taman bunga .Ketika matahari terbit atau terbenam)
- Theme Romance Moments / Detik-Detik Romantik (Aksi romantis , comel-comel.  )
- Theme Casual (Santai) - Sekolah , imbas kenangan.
- Theme Casual/ Romantik (Aksi bermain dengan pelepah dan pokok.)
- Theme Casual /  Cute / Sweet : Aksi di sawah , atau berbasikal.
- Theme Picnic  (air terjun, pantai)
- Stylo Theme , Gothic theme, sport theme . (creative kan ? )
-  Di rumah / bangunan lama atau di mercu tanda popular
- Di tempat peranginan , atau perkelahan. (Casual / Romantic)
- Theme Classic (tradisional )

- tak taulah jika ada yang nak buat konsep perkahwinan yang thrill (seram kejam ) yang menjadi trend popular sekarang terutama di California.

7. Jangan lupa.
Ambil gambar berkumpulan hadirin serta detail , hidangan atau perhiasan yang ada disekeliling majlis. Ambil gambar orang-orang penting dalam majlis. Acara sampingan (jika ada , selalunya mengaji sebelum nikah, atau menyanyi menari selepas sanding ,atau ucapan, perlu diambil untuk memberi great moment atau nilai tambah dalam koleksi gambar perkahwinan mereka )

[ oleh :  Pretty Peektures ]


List perlu disenarai :
-Tahu lokasi
-nama pengantin
- bateri chargepenuh /spare
- Bersihkan camera sensor.
- Memory card kosong ?
- Aturcara majlis .
- Flash / lensa tambahan .  

Shot wajib ambil : Nikah  (doa , salam aqad , reaksi sebelum selepas pengantin dan keluarga, sujud syukur ) ,Sanding ( duduk berdua , tepung tawar, doa, senyum , saling berpandangan , berjalan sama , potong kek  , acara tambahan dan orang penting yang terlibat )

Sekian, jika ada tambahan atau kesilapan, sila tegur ya ? Mahu bertanya boleh terus ke facebook Anem Arnamee :) 

[ UPDATE : semua gambar di atas telah mendapat persetujuan penyiaran oleh pihak berkenaaan, terima kasih ]


19 yang menasihati:

  1. salam anem ^_~

    tq... ilmu utk praktik hari khamis nanti (300812 - my sis - aqad)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cun09, salam kak liza, insyaallah, yang bermanfaat ambil, ilmu ALLAH . yang salah , tegur anem tau :)

      Delete
  2. As-salam anem...

    Selamat Hari Raya!!.. lama tak mai sini.. [^__^]

    hebatlah anem.. bagi tips macam2.. terima kasih.. boleh jadikan panduan ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Faa , salam :). selamat hari raya tau :) Anem masih belajar, hanya niat untuk berkongsi , salah silap harap ditegur nanti :)

      Delete
  3. while this post is good, adakah anda memohon kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar berkenaan daripada Official Photographer/Vendor untuk menggunakan gambar tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @safwan , saya hanya kreditkan semula dari awal lagi , namun penanti pengesahan jika penyiaran ini adalah tidak dibenarkan. Apapun terima kasih atas peringatan . Maaf di atas kejahilan saya :(

      Delete
  4. nice blog...folllow akak yer...tq...dear... http://sd2jaslim.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. nk tanya..apa maksud aperture f/6.3 - f/8?...serius xttaw..dan sy nk blajar cara2 nk blur background..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:38 AM

      blur background bergantung pade lense..bole gune lense biase..tp..kene zoom fokus pd subjek...t gmba jadi xberpe mnarek...pnggunaan lens maen kn peranan utk hajat yg fara nak

      Delete
  6. mohon share

    http://mb111.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. banyak tips berguna..tq

    ReplyDelete
  8. ejaiphoto11:57 PM

    bagus lah....banyak jug tips-tips!!

    ReplyDelete
  9. wah kak.. blognya keren banget! udah gitu berisi tentang photography lagi :)
    follback yah kaaak :D

    ReplyDelete
  10. thank kak coz bagi tip ambil gambar khawin

    ReplyDelete
  11. Anonymous2:31 PM

    tq info yg bguna sangt..

    ReplyDelete
  12. infonya sangat berguna sekali

    terima kasih yah.

    ReplyDelete
  13. info amat berguna bagi photographer cam kami ni.... syabas tt atas usaha yang hebat ini...

    www.facebook.com/chromatrickz

    ReplyDelete
  14. Anonymous3:48 PM

    terima kasih atas tip2 yg amat berguna buat yang terutama baru2 nak belajar...

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.


Protected by Copyscape Plagiarism DetectionPersonal Blogs :)
Diubahsuai oleh : Anem Arnamee