Saya tidak tahu kenapa malam ini saya rasa sungguh berdebar. Saya takut akan kehilangan. Namun saya lagi takut berdepan kenyataan. Sesekali saya melihat notifikasi. Kosong. Tiada teguran seperti kebiasaan.
Mana entah sosok yang sedang dirindu itu. Hilang tenggelam dalam kekabu yang dipeluk sayu. Saya tahu malah saya sedar manusia itu tidak berjanji apa apa. Ya, manusia yang saya sudah hias cantik tempatnya di hati saya.
Saya tidak tahu bila mulanya saya terasa mula menyenanginya. Dengan kata yang sungguh biasa, namun gayanya yang hanya mesra dengan yang rapat dengannya saja benar memukau saya Hanya dengan dengan memiliki senyumannya sahaja sungguh membuatkan saya bahagia.
Tapi saya tahu mimpi indah ni takkan lama. Mimpi -mana mungkin lama. Sampai saatnya saya akan terjaga meneruskan kehidupan seperti biasa. Bangun pagi berhidangkan sarapan sepi dan malam berbantalkan rasa sendiri adalah rutin rasmi sebelum bertemu dia. Ya, dia ini entah datangnya dari mana .
Tuhan itu adil, setelah diambil satu, diganti pula dengan yang lain. Dan yang pastinya lebih baik untuk kita. Dan dengan gantian ini saya cuba hargai sebaiknya. Cuma tetap bertemankan rasa takut dan percaya yang dia ini juga tidak akan lama dengan saya.
Sebak mula mendatangi saya tatkala mula menaip hakikat yang satu ini. Hakikat yang semua hanya pinjaman. Malah nyawa saya sendiri adalah pinjaman untuk diri. Tak tahu tarikh luputnya bila .
Dan untuk dia seorang ini, saya mahu mengucapkan rasa terima kasih untuk rasa bahagia ini. Saya janji rasa ini bukan sementara - saya akan tetap simpan selagi diizin Tuhan yang esa. Itu pasti selama-lamanya.
Dan rasanya saya tak perlu bertanya Tuhan kenapa - cukup saya tahu hikmahnya untuk belajar banyak perkara. Ya, menjadi seorang manusia lebih baik dan berguna - itu yang saya banyak belajar daripada dia. Hari ini, saat ini, saya jatuh - jatuh cinta kali yang keberapa.
Moga Tuhan ampunkan dosa hati saya. Saya mahu sayang dia kerana Pencipta. Benar, saya mahu. Tuhan, maafkan saya - ya ?
Kami mengujimu dengan kesusahan dan kesenangan dankepada Kami kelak kamu kembali.(Terjemahan al-Quran, surah al-Anbiya': 35)
-----------------------
I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
p/s : astagfirullahala'zim
2 yang menasihati
=)
ReplyDeletesame with my love story. but, it just temporary feeling that make me think of "him" every second in my life.
ReplyDelete:')
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.